Cuti sekolah penggal dah masuk minggu ke-2. Minggu ke-2 inilah baru Rohas dapat meluangkan masa bercuti dengan anak2. Cuti2 dalam Malaysia saja....itu jer yang mampu setakat ini, alhamdulillah.
Pagi2 lagi kami semua dah keluar dari rumah, jangkanya akan sampai ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) dalam pukul 11.00am. Maklum ler hari tersebut ialah Public Holiday Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agung, so banyak ler kereta di jalan raya. Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut sangat cerah, memudahkan lagi perjalanan kami.
Pintu Gerbang menghala ke Kuantan di atas jambatan Sungai Pahang.
Sempat ler snap Sungai Pahang.
Jambatan di Sungai Pahang.....cantik!
Kami sampai di BGRC tepat pukul 11.00am, sebelum ke water park buat registration
dulu di Reception. Oleh kerana check-in pukul 3.00pm, kami mandi manda di
Water Park sehingga pukul 6.00pm.
Ketika check-in petang tu.....memang shock kejap sebab terlalu ramai sangat
orang check-in di kaunter Reception. Siap ada yang menjerit2 minta dilayan dahulu,
macam nak bergaduh pun ada. Nasib baik Rohas dah register awal2 pagi tadi,
so dapat ler Rohas bilik pada masa yang ditetapkan.
Rasanya serik pulak nak bercuti pada masa2 peak ni.....
Inilah bilik yang kami tempah untuk 1 malam sahaja di Caribean Bay.
Biliknya bersih cukup ler untuk kami lepak berlima.
Jom layan gambar2 percutian Rohas di BGRC.
v
v
v
v
Mulanya malam tu Rohas plan nak pergi Nite Safari tapi terpaksa cancel
sebab En. Hubby dan anak bujang nak layan bola JDT lawan Pahang kat bilik.
So, Rohas layan Syahir & Along ke Pusat Entertainment.
Malam tu ada Street Performance Magic Show dan Clown.
Selebihnya bawa Syahir main game & Rohas sempat ler beli
souvenir sikit untuk kenangan.
Sekian dulu n3 kali ini.......nanti update percutian ke-2 pula ya, tunggu tau!
No comments:
Post a Comment