My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, July 22, 2013

IFTAR 12 RAMADHAN 1435H

Assalamualaikum.
Salam 14 Ramadhan.
Semoga rakan2 blogger & SR sentiasa sihat sejahtera
dalam menunaikan ibadah puasa.
 
Menu iftar Rohas ni untuk hari ke-12 Ramadhan,
iaitu pada hari Ahad yg lepas. Tapi hari ini baru dapat update kat blog.
Tak kisah lerkannn....
 
Menu untuk kami sekeluarga
#Dalca Daging#Talapia Goreng#Bilis Berlada#
Lemang + Rendang Daging#Air Buah#Kuih-muih#
 
Hari tu memang rajin sangat, keluarkan PML Meakin Jade
untuk menjamu keluarga tersayang.
 


Air Buah yg sungguh menggiurkan, sedap diminum ketika cuaca panas!
 
 Dalca Daging, makan dgn roti pun sodappp!


Pencuci mulut buah Nenas cicah dengan sos Mak Bee. 

 Lemang + Rendang beli dari Bahau, N9.
 
 
Malam lepas terawih, moreh pulak dengan Gula Sago......yummmyyy!
 
Daaaaa, jumpa lagi nanti!

Tuesday, July 16, 2013

NASI AYAM WITH BLUE WILLOW SET

Assalamualaikum.

N3 hari ni menu Nasi Ayam untuk iftar 5 Ramadhan.
Dah basi pun tp Rohas baru nak buat n3. Tak kisah lerkannnn....
Kebetulan weekend, so dapat ler Rohas update blog ni.
Kalau hari2 tu mmg ler tak dan, mana  nak photo shoot,
nak keluarkan PML lagi.
Nasi ayam ni specially request from En. Hubby. Jadi kena la pakai
set PML, makin bertambah lagi selera bila makan.
Kebetulan jugak set Blue Willow ni dah hampir lengkap,
so 1st time guna pakai Blue Willow.
 


 
 
Sayur Chap Chai ala Rohas.
 
Pinggan hidang ni besar banget, Rohas  dah tersalah beli,
ingatkan pinggan makan.....sekali datang besar gedabak.
Kalau ada sape2 nak swap dengan Oval Platter 12" Blue Willow
sila contact Rohas ya sbb Rohas ada extra 2 biji.

 Ayam Goreng ala Rohas.

 Sup Ayam.
 
Popia Basah dari Bazar Ramadhan TTHO.
 
 
Mug ni besar.....puas minum.
 
Teko baru dapat dari Lemari Cantique. Sizenya sedang2 saja.
Terima kasih ler pada Wan yg banyak melengkapkan koleksi Blue Willow ni.
 
Ok sampai di sini dulu n3 Rohas, esok2 nnt Rohas update lagi.
Tunggu n3 penuh untuk koleksi Blue Willow ni ya....daaaaa!

Wednesday, July 10, 2013

1ST DAY BUKA PUASA

Salam 1 Ramadhan1434H.
 
Syukur Alhamdulillah dipanjangkan usia, bertemu kita sekali lagi
dengan Ramadhan yg barakah. Mudah2an Ramadhan kali ini
memberi penuh penghayatan dan hidayah
dalam mengerjakan amal ibadat.
 
1 Ramadhan berbuka puasa, Rohas ambil cuti. Memang sahaja nak berehat
sebabnya weekend yg lepas Rohas kerja tanpa cuti minggu.
So, hari cuti ni Rohas manfaatkan masak kegemaran anak2 dan En. Hubby.
Kebetulan anak Rohas yg no. 2 dapat balik berbuka puasa bersama.
Adiknya Syahir pula dah mula berpuasa penuh tahun ni.
 
Tak salah rasanya memasak masakan yg agak istimewa sedikit
demi anak2 dan suami. Memasak & menghidangkan juadah yg enak2
untuk suami & anak2 pun boleh dapat pahala jugakkan.
Bukan ler dikatakan ikut nafsu semua nak makan di bulan puasa ni.
Rohas masak banyak pun bila anak2 semua berkumpul
dan kebetulan pulak Rohas cuti, boleh ler main masak2.
Kalau hari kerja rasanya Rohas akan masak masakan yg simple & cepat.
Maklum ler sampai rumah pun dah hamper pukul 6.00pm.
 
Banyak pulak Rohas membebel ni....semalam cuti,
sempat ler keluarkan PML Pyrex June Rose untuk makan berbuka.
Terasa nak makan pakai PML pulak.....
 
Layan.....
 V
V
V
V
 
 
Menu hari pertama berbuka, Rendang Itik, Ikan Patin Tempoyak,
Sayur Campur, Ikan Masin dan Ayam Goreng untuk Syahir.
Dessert Rohas sempat ler buat Puding Kastard Buah fav. anak2
dan Bubur Kacang kesukaan En. Hubby.
Popia basah, ondeh2 & otak2 pula dari Bazar Ramadhan.
Air teh o panas, ais oren squash & tak ketinggalan buah kurma.
 


Sekian n3 puasa Rohas, daaaa.....

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum...


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita semua memperolehi kesihatan yg baik agar dapat mengerjakan puasa, amal ibadat padaNYA & memperolehi keberkatanNYA di bulan yg mulia ini.

1st day bersahur, hanya menu yg ringan2 sahaja. 
Tak ada pun nasi & lauk pauk. 
 Alhamdulillah.....





54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E