Pagi ni Rohas tak kerja, semua orang pun tak ada di rumah.....
masing2 ada kerja sendiri. Baru ler rasa ada masa terluang untuk
membelek2 PML ni. Sudah lama tengok PML yang ada di kitchen
tu tak tersusun lagi, memang menunggu waktu yg
sesuai untuk susun atur semula.
Masa baru2 dapat almari ni dulu Rohas display semua Bunga Kangkung
sebab masa tu PML Rohas belum beranak pinak lagi.
Sekarang ni makin hari makin bertambah,
mana ler nak muatkan almari yg kecik tu....
Selepas beberapa ketika.....pindah pulak PML Bunga Kangkung
ke almari Baba Nyonya di living. Bila datang pulak minat koleksi
yg biru2, PML Bunga Kangkung angkut pindah ke Kitchen semula.
Macam tu ler kerjanya.....
Bahagian atas ni dulu Rohas letak semua tureen.
Tureen2 & pinggan2 diletakkan di para terbuka sahaja. Masih menanti kondo antik
yg entah bila dapat memilikinya.....
N3 pendek jer ni....sbb banyak lg ruang yg perlu dikemaskan
sebelum masuk bulan Ramadhan.
Jumpa lagi....daaaa!