My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Friday, June 14, 2013

Family Vacation - Colmar Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum.

Sepertimana yang Rohas janjikan yg Rohas akan update percutian Rohas
dengan keluarga di Colmar, Bukit Tinggi, Pahang. Percutian ni adalah sempena
Wedding Anniversary Rohas yg ke23 tahun. En. Hubby kata nak relax2 1 family.
Rohas tak kisahpun kat mana kitorang nak bercuti, dekat ke jauh x kisah ler......
yang penting quality time bersama2 family tercinta.
Syukur Alhamdulillah....
Ini adalah kali pertamanya kami ke sini. Memang tak terfikirpun nak ke sini
sebelum ni tp bila En. Hubby cadangkan ke sini, Rohas terus booking hotel.
Mmg teringin sangat nak merasai suasana di sini walaupun
hotelnya semalam dari RM200++ tp kalau rakan2 ingin ke sini,
Rohas cadangkan hanya bermalam semalam sahaja.
Rasanya tak berbaloi kalau nak bermalam banyak hari sbb makan di sini
tiada byk pilihan selain makanannya pun mahal.
Maklum ler suasana perkampungan ala2 French so makanannya pun ala2 western ler....
Aktiviti lain pun boleh buat
dalam sehari jer, kalau stay banyak hari, boring plak nanti.....
Semasa masuk ke sini, semua kereta berhenti di Entrance untuk membuat pembayaran.
Dewasa RM12, kanak2 RM8 tapi jikalau kita bermalam di situ ada refund
2 tiket dewasa dipulangkan semasa check-out.
DAY 1 (SUNDAY 2 JUN 2013)
Lets picture talk.....
v
v
v
v

Suasana dikaunter Reception....ramai orang jugak walupun hari Sunday sebab masih cuti sekolahkan...











 Rasa macam berada di Perth plak sbb ada black swan....hehehehe


Anak dara pantang nampak gelang.....



Suasana malam di Colmar.....sejuk anginnya sepoi2 bahasa.
Ada la beberapa aktiviti malam selain dinner spt games entertaining,
snooker, spa, games tikam2 yg macam di fun fair pun ada jugak.
Malam tu ada Performance Show Acrobatic from China,
rasanya setiap weekend ada show tp yg berlainan la kot.....
Jom tengok photo....
v
v
v

















Tunggu sambungan hari ke-2 pula ya :)
TQ for viewing.

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E