My Followers

Welcome & Greetings.

This Blog dedicated to my family and friends who wants to share an interest in antiques porcelain.

Wednesday, May 23, 2012

Kelebihana Bulan Rejab

Salam Khamis, 3 Rejab 1433H

Pada hari Selasa lepas adalah 1 Rejab 1433H. Jom kita share apa yg Rohas baca dari itenet.

Sekarang dalam kalendar islam kita telah memasuki bulan Allah, yakni bulan Rejab.
Bulan Rejab dijanjikan dengan pelbagai kelebihan kerana bulan ini adalah Bulan Khusus untuk Allah. Bulan Rasulullah yakni Sya’aban akan menyusul pada bulan depan sebelum kita memasuki bulan Umat Rasullah yakni bulan Ramadhan. Jom kita tengok kelebihan-kelebihan bulan Rejab dalam kaca mata Islam.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH:-

1) maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas,
maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

2) Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di
sisi ALLAH SWT.

3) Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

4) Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

5) Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

6) Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.

”Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya,
Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat
untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.” Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?” Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.


Oleh itu, marilah kita saling berpesan2 & memuliakan bulan Rejab dengan meningkatkan amal ibadat kita. Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

Thursday, May 10, 2012

Hobi Lama.....

Assalamualaikum....wahai rakan2 blogger!

Sudah sekian lama menyepi dr dunia blogger, fb & segala yg berkaitan dengan hobiku....PML. Syukur alhamdulillah keadaan Rohas sekarang dah seperti sediakala dan dibukakan semula hatiku untuk menulis dan "menghapdet" Teratak Rohas yg tak seberapanya ini.

Memang dah agak lama tak membeli PML....bukan sebab dah tak minat lagi tapi byk sebabnya....salah satunya bila penyakit 'M" dah bermaharajalela, kebetulan pula kesihatan Rohas yg tak mengizinkan beberapa bulan lepas. Semua faktor tersebut membuatkan Rohas lama menyepi dgn rakan2 PML. 

Tapi.....beberapa bulan lepas Rohas bercuti dari dunia PML dan berkurung lama di rumah, hobi lama pulak yg datang bertamu.....mengait @ Crochet.

Jom kita share apa yg Rohas dah kait......







Sampai kat ofis pun.....Rohas mengait bila waktu lunch, mmg tgh addicted ni!!!


Sekian dulu....apa yg dapat Rohas kongsikan untuk kali ini,  semoga bertemu kembali.
TQ for visiting :)

Friday, February 10, 2012

Jalan2 Ke Universal Studio Singapore (Pt 2)


Salam Sabtu untuk semua rakan blogger.

Hari ini Rohas nak share percutian Rohas & family ke Universal
Studio Singapore pada 6 Februari 2012. Boleh ler share dengan
rakan2 blogger yg bercadang untuk bercuti ke sana.

Dah lama tak jalan2 dgn family, so bila ada kesempatan, terus jer
booking tiket ke USS dengan Asia Travel di Kuala Lumpur,
kalau nak booking online pun boleh juga. Kitorang ke USS
dengan menaiki bas express dari Skudai terus ke USS.
Tiket bas cuma RM15/pax untuk perjalanan pergi balik.
Harga tiket ke USS pula untuk dewasa SD68.00 dan untuk
kanak2 SD50.00. Kalau baby F.O.C jer. USS buka pada pukul
10.00 pagi hingga pukul 7.00 malam pada weekdays.
Kalau Friday, Saturday and Sunday buka hingga pukul
9.00 malam.

Jom tengok photo2 yg Rohas dah ambil masa di USS.
V
V
V
V
V

Anak2 Rohas, buah hati mama.....

Syafiq posing di Transformers before que Transformers Ride.

Syahir x leh masuk Transformers Ride sbb x cukup tinggi,
so kena la tunggu si abang & kakak keluar dulu, boringnyaaaa.......
Kebetulan pulak hari tu Syahir pakai kasut Transformers.....
so posing sekali dgn tumbler Transformers yg baru beli dengan
harga yg cekik darah SD28.80 (boleh dpt 1 teko bulat bunga
kangkung ni).

Our lunch at Oasis Cafe, Egypt.....briyani ayam.
Makan 1 family dengan harga SD80.00, huh pokai mama.
Kalau beli PML ni leh dpt 1 set teaset.....huhuhu.

Setakat ni jer n3 kali ni....thank you for visiting.
Selamat berhujung minggu.

Wednesday, February 8, 2012

Jalan2 Ke Singapore (Pt 1)


Pada cuti minggu lepas, Rohas balik ke kg di JB. Sambil blk kg tu,
terus singgah berjalan2 ke Singapore pada keesokannya.
Maklum ler sejak berkahwin tak de jejakkan kaki lg ke Singapore.
Sekarang ni baru terfikir nak bawak anak2 jalan2 ke Singapore.
Cadangan Rohas pun disokong cik hubby, apalagi suka la anak2
dpt melancong ke luar negara.

Jom tgk pikas......Singapore di waktu malam.
Semua gambar2 ni di ambil di Esplanade, Singapore. Semua bangunan2 tercanggih
ada di situ. Memang cantik ler pemandangannya di waktu malam.
Siangnya pula kitorang lepak2 di Woodlands Waterfront.
Yang ini flat navy di Marsiling tempat cik hubby tinggal dan dibesarkan dahulu.
Kiranya macam cik hubby balik kampung ler jugak.....:))
Selamat bertemu kembali.....daaaa.

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Hari Wilayah untuk warga WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Hari cuti dengan bekpes Nasi Goreng Sardin Cili Padi.

V
V
V
V

Selamat bercuti.

Saturday, January 21, 2012

Bekpes Pagi Ahad

Salam Pagi Ahad.

Bekpes pagi tadi.....lempeng cecah sambal sardin, on request from my doter.

Layan.......


Selamat berhari minggu.......

Friday, January 20, 2012

PYREX JUNE ROSE


Salam Sabtu, Salam 1Malaysia.

Berjumpa kembali....alhamdulillah diberikan Allah masa untuk update
blog Rohas ni. Waktu cuti2 begini....layan blog dengan koleksi Rohas yg
terbaru, JUNE ROSE. Baru tak ler baru sangat, dah lama dapat cuma
masa yg tidak mengizinkan...

Rohas memang minat sangat dengan June Rose ni sebab bunganya
merah menyala tu nampak ceria jer. Sejak lihat June Rose ni di rumah
mertua, terus berazam untuk memilikinya. Alhamdulillah dah dapat pun....
Yang best tu....Rohas dpt complete dinner set. Tapi rasa2nya macam
ada yg belum lengkap jer....ermmm

Jom lihat gambar2nya......

V
V
V







Sekian dulu, Selamat Bercuti
& Happy Gong Xi Fa Chai untuk Chinese Blogger.....

Wednesday, January 11, 2012

Setiap Gambar Ada Cerita.....

Bismillahirrahmannirrahim......
Salam 17 Safar bersamaan 11 Januari 2012.
Dah 11 hari tahun 2012 melabuhkan tirainya,
kiranya ini adalah n3 pertama Rohas
dalam tahun 2012 ni. Memang dah lama tak update
citer baru disebabkan ketiadaan kamera.
So, betapa pentingnya kamera dalam kehidupan seorang blogger....
setiap gambar ada cerita, tak ada gambar tak ada orang nak
bukak blog kita, ya tak.....tak kisah la tu....

Sebenarnya....Rohas dah beli kamera baru minggu lepas,
gantikan kamera lama yg hilang tu.
Sebab tu ler ada gambar....hehehe
Taraaaa......ini ler hasilnya lens baru Rohas, cantik tak?
buah cempedak di luar pagar, amil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar......hehehe
boleh ler kan....dari tak de kamera :))

pssst.....cawan coklat tu yg terbaru Rohas dapat,
rasanya dah boleh tutup buku
sbb dah cukup 4 kaler tp....bunganya pulak tak sama,
ermmmm......
Pinggan2 kopi tiam ni baru menghuni di Teratak Rohas.....
kaler coklat mesti tak sama bunganyakan.....ermmmm
Almari solek & telefon telekom tu pun baru jugak.....hehehe....
Sekian n3 dr Rohas, have a nice day....

Saturday, December 3, 2011

Bila Sudah Jatuh Cinta.....

Selama hari ni mmg Rohas addict dengan Nescafe berbanding Milo atau Horlicks.
Kalau 1 hari tak minum Nescafe mmg tak sah. Kalau pepagi sampai ofis jer, terus bancuh Nescafe, kalau tak.... x leh buat kerja, macam tu ler penangan Nescafe nih.

Walaupun Rohas mmemang peminat no. 1 Nescafe tapi masih belum dapat collect free gift Nescafe ni sehingga la minggu lepas, semasa berbelanja di kedai 99 dan ternampak ler Nescafe White Coffee yg ada free cawan kopi tiam hijau ni.

Orang kata bila sudah jatuh cinta pada kopi tiam........layannn ya :)



Cop mohor NESCAFE.....


Bila sudah jatuh cinta......sekali 6 packs Rohas beli,
cukup untuk stok 6 bulan....hehehe

Jom minum Nescafe dengan penkek.....bekpes pagi tadi.

Have a good day :)

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E