My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Thursday, May 30, 2013

20 MEI......TARIKH KERAMAT


 20 Mei......tarikh keramat? Nape pulak eik????
Tarikh keramat bagi Rohas ler.....sebab 20 Mei 2013,
genaplah 23 tahun usia perkahwinan Rohas dengan En. Hubby.

Memang setiap tahun tunggu tarikh keramat ni.
Syukur Alhamdulillah....Allh panjangkan jodoh kami hingga ke hari ini
dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya.....Amin.

Memang ternyata rencana Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya.
Bahagia amat hidup Rohas dengan En. Hubby hingga dapat 3 orang anak,
anak sulung pun dah 22 tahun usianya.
Jikalah dulu ada rezeki mungkin sekarang ni Rohas ada 4 orang anak
tapi Allah lebih sayangkan dia, kami terima dengan redha.
Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku, yang kita tak tahu.
Terima kasih yang tak terhingga pada En. Hubby yang sama-sama mengharungi
onak & duri dalam kehidupan berumahtangga. Kelebihan dan kekurangan
masing2 dapat mematangkan lagi hubungan kami suami isteri.
Terima kasih kerana memahami & menerima Rohas seadanya......
Sempena wedding anniversary yg ke-23, tahun ni dapat ler Rohas
sebentuk gelang emas. Tahun2 lepas tak de pun, just celebrate makan2
dengan anak2. Tahun ni dapat gelang emas sbb emas
turun hargakannnn........
(Minta maaf ler kalau n3 ni terover sikit....sbbnya Rohas ni excited sgt, lgpun blog ni umpama diari Rohas sebagai kenang2an. Kalau ada yg tak suka tu....ignore jer la ya.)
 
Kebetulan wedding anniversary kami jatuh pada bulan Mei, masa cuti sekolah.....
so kami raikan dengan percutian bersama anak2,
saja nak rehatkan minda & bersantai2 1 family.
 
Ok ler, malam ni Rohas kena berkemas2 baju & barang2
yang patut dibawa untuk bercuti.

Balik holiday nanti.....Rohas update lagi ya......daaaaa!

Wednesday, May 15, 2013

BIRTHDAY CELEBRATION DI FULLHOUSE

Assalamualaikum untuk sesiapapun yg sudi singgah ke Teratak Rohas.

Sebenarnya ini ialah entry yg tertangguh, tp tak kisah ler.....Rohas tetap nak update di blog ni, sebagai kenang2an walaupun dah beberapa hari berlalu.

8 Mei 2013 genap ler anak dara Rohas Nur Syafiqah aka Along 22 tahun usianya.
Rohas sentiasa berdoa semoga Along beroleh kesihatan yg baik &
sentiasa diberkati Allah dlm apa jua pekerjaan yg Along usahakan.
Semoga menjadi anak yg solehah & hormat pd ibubapa.
Cepat benor besornya, rasa macam masih budak2 jer Along ni.
Kalau dulu mama sebaya Along dah nikah pun dengan Abah.
Ini bererti dah 23 tahun usia perkahwinan Rohas.
Syukur alhamdulillah dilimpahi kurniaMU  dengan penuh kebahagiaan,
semoga berkekalan hingga akhir hayat.....Amin.

 My only princess....luv u muahhh!


 Buah hati Rohas.

 
 Menu mlm tu....Chicken Chop Grilled Black Pepper.

Chicken Chop Massala.

 Chicken Chop Herbs.
Adik jer makan mushroom soup & garlic bread.
Gambar tak sempat amik sebab dah habis licin Adik bedal.


Semua makan CC....x de pulak yg nak rasa Lamb Chop or Steaks, lain kali kot!
Best jugak makan di Full House ni, selain dr decor English yg cantik, 
menunya jugak best2, byk pilihan. Harganya tak la mahal sangat, biasa2 aje....std harga di KL :)

 My heroes....luv uols!

 Adik belajor amik gambar.



Balik rumah sambung supper dengan dessert birthday cake dr Secret Recipe -
Cappucino Cheese Cake, Along's fav.


Sekian dulu....tata.


Wednesday, May 8, 2013

FOR SALE

Assalamualaikum....
 
Dah lama tak update blog, tetiba jer ada sale PML.
Rohas cuma nak clearkan beberapa item PML yg berlebihan
dan collect PML terpilih sahaja.
 
Kalau ada yang suka bolehlah email ke
 

Tureen Bunga Kangkung, chop merah. Gold rim masih tebal lagi.
Condition elok seperti dalam gambar.
Size : +- 7inci
Harga : RM200 termasuk pos. SOLD
 

Cawan berlekuk2 Big Rose.
Condition elok seperti dalam gambar.
Std size cawan ML. Ada 2 pcs.
Harga : RM40/pc termasuk pos. SOLD
 
 
Cawan Batik Kopi Tiam Japan, tiada chop.
Condition elok seperti dalam gambar.
Std size cawan ML. Ada 2 pcs.
Harga : RM100/pc termasuk pos. SOLD
  
Kalau berminat, jangan lupa email ke rohasmustaffa@yahoo.com
 
Terima kasih :)
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E