My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Showing posts with label Kopi Tiam. Show all posts
Showing posts with label Kopi Tiam. Show all posts

Monday, October 22, 2012

A New Find ` Display Kopi Tiam jer.....

Salam all....

Dah lama rasanya tak update koleksi PML sebabnya tak de PML yang baru. Kalau ler asyik2 nk update PML yg lama jer, jemu la pulakkan.

Kebetulan Rohas baru beli Display Shelf ni. Memang dah lama berhajat sebab nak display cawan2 kopi tiam Rohas yg tak berapa kerat tu. Actually nak kata baru beli tak jugak sebabnya sebelum raya puasa dah dapat shelf ni, cuma tak de orang nak tolong drill untuk sangkut benda ni.

Jom ler tengok!

Tak tahu ler menarik ke tidak susunan Rohas ni, tengok minah salleh tu susun sempoi jer....dah nampak cantik. Sayang pulak Rohas rasa kalau tempat tu kosong....almaklum ler cawan2nya banyak.
Opsss...banyak sangat ke??? :D
 
Cer tengok minah salleh ni decor.....cantikkan!
 
 The Shelf sebelum display cawan & piring.

Semua kopi tiam Rohas yg berbunga2 jer, yang de tulis2 masih belum collect lagi.
Belum ada mood nak collect lagi.

Set kopi tiam Twin Roses......my favourite.

Yang biru ni pun favaourite jugak.

Yang hitam ni suka jugak.....jarang jumpa kaler ni, kira rare la kan!

Kaler2 lain tu uoals tengok ler sendiri ya.
Nampak macam kosong jer decor Rohas ni, rasanya kena tambah alas kot baru naik serinya.
Gaya country pun x de....huhuhu.
Tengok ler rasa2 nak tambah decor kt shelf ni, nnt Rohas update lagi ya.
 

Tuesday, May 22, 2012

Wednesday, January 11, 2012

Setiap Gambar Ada Cerita.....


Bismillahirrahmannirrahim......
Salam 17 Safar bersamaan 11 Januari 2012.
Dah 11 hari tahun 2012 melabuhkan tirainya,
kiranya ini adalah n3 pertama Rohas
dalam tahun 2012 ni. Memang dah lama tak update
citer baru disebabkan ketiadaan kamera.
So, betapa pentingnya kamera dalam kehidupan seorang blogger....
setiap gambar ada cerita, tak ada gambar tak ada orang nak
bukak blog kita, ya tak.....tak kisah la tu....

Sebenarnya....Rohas dah beli kamera baru minggu lepas,
gantikan kamera lama yg hilang tu.
Sebab tu ler ada gambar....hehehe
Taraaaa......ini ler hasilnya lens baru Rohas, cantik tak?
buah cempedak di luar pagar, amil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar......hehehe
boleh ler kan....dari tak de kamera :))

pssst.....cawan coklat tu yg terbaru Rohas dapat,
rasanya dah boleh tutup buku
sbb dah cukup 4 kaler tp....bunganya pulak tak sama,
ermmmm......
Pinggan2 kopi tiam ni baru menghuni di Teratak Rohas.....
kaler coklat mesti tak sama bunganyakan.....ermmmm
Almari solek & telefon telekom tu pun baru jugak.....hehehe....

Sekian n3 dr Rohas, have a nice day....

Saturday, December 3, 2011

Bila Sudah Jatuh Cinta.....

Selama hari ni mmg Rohas addict dengan Nescafe berbanding Milo atau Horlicks.
Kalau 1 hari tak minum Nescafe mmg tak sah. Kalau pepagi sampai ofis jer, terus bancuh Nescafe, kalau tak.... x leh buat kerja, macam tu ler penangan Nescafe nih.

Walaupun Rohas mmemang peminat no. 1 Nescafe tapi masih belum dapat collect free gift Nescafe ni sehingga la minggu lepas, semasa berbelanja di kedai 99 dan ternampak ler Nescafe White Coffee yg ada free cawan kopi tiam hijau ni.

Orang kata bila sudah jatuh cinta pada kopi tiam........layannn ya :)



Cop mohor NESCAFE.....


Bila sudah jatuh cinta......sekali 6 packs Rohas beli,
cukup untuk stok 6 bulan....hehehe

Jom minum Nescafe dengan penkek.....bekpes pagi tadi.

Have a good day :)

Friday, June 24, 2011

Hitam2 Dipandang Manis....

Salam Sabtu....23 Rejab 1432H

Adakalanya kita suka, berduka, benci, marah, sihat & sakit.....
macam2 perasaan yg datang silih berganti setiap masa dan ketika.
Begitulah lumrah hidup di alam fana ini
dan selama mana kita digelar manusia,
setiap orang akan merasai perasaan itu.
Begitu juga dengan diri ini....

Apapun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
masih dapat melihat bumi yg indah ini, dikelilingi orang2 yg kusayangi,
dan masih dapat melihat dan memegang PMLku.....

Sebenornya Rohas ni masih x de mood lagi nak berblog,
jom ler tengok sepasang cawan kopi tiam hitam yg Rohas baru dapat.....
walaupun rupamu hitam tetapi kau tetap menawan....




Sekian dulu ya rakan2 blogger....


Selamat berhujung minggu dan ceria2 selalu :))

Monday, May 9, 2011

MY 1ST KOPI TIAM

Bertemu kembali.....
Kali ni bersiaran dgn koleksi Kopi Tiam Biru yg baru nak bermula.
Dulu2 tak rasa nak collect set Kopi Tiam ni, maklum ler,
asyik2 nampak si Hijau jer....bila ternampak si Biru ni
macam rare jer....dah terjumpa di depan mata, apalagi rembat ler...


Permulaan tersuka dengan koleksi Kopi Tiam ni bila tengok kawan punya,
tak lama selepas tu...Rohas terjumpa sendiri cawan Kopi Tiam ni.
Dapat 2 biji tanpa piring...

Bermula dari situ....dapat lagi 4 set cawan Kopi Tiam bunga biru yg sama.
Dah meriah sikit keluarga nikan....

Walaupun cawan2 ni bunganya sama tapi cuba tengok pada tangkai cawan tu....berbezakan...
Cawan2nya tanpa chop tp piring2nya tertulis Japan.


Sampai ketemu di lain siaran....daaaaa.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E