My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, September 27, 2010

MOOD RAYA....CIK PORT VS ROSA

Assalamualaikum....
Salam ke-17 Syawal



Kita masih dalam mood raya....so n3 pun masih tentang raya jugak.
Kali ini aku nak n3 pasal koleksi portmeiron studio pink yg kubeli thn lepas.
Baru 1st time nak pakai....itupun time raya jer...sayang nak pakai sbb koleksi ni x byk...susah nak dapat pulak tu....klu selalu pakai, takut2 terpecah.
Gambar ni diambil malam tadi, sewaktu aku ada tetamu yg berkunjung raya di rumah.
Sehari sebelum tu pun aku ada pakai jugak cawan ni tapi x digandingkan dengan teko mekin rosa & tureen cinderella.

Hari ni kena buat gandingan yg sedondon sbb aku terajin
nak masak mee hoon goreng....hehehe


Layan gambar ya.......:))






Cawan dan piring portmeiron studio
Bunga pada cawan & stamp di belakangnya
Pinggan makan 'mekin' digandingkan dengan piring & cawan cik port...


Sekian dulu, berjumpa di lain siaran....selamat malam!

Thursday, September 23, 2010

SALAM LEBARAN AIDIL FITRI 1431H

Assalamualaikum

Salam ke-13 Syawal, Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat rakan2 blogger....Maaf Zahir & Batin.

Dah lama x update blog ni semenjak menyambut bulan Syawal.....sekarang ni pun masih agak sibuk dengan raya & open house.

Jom kita jamu mata dengan gambar2 raya akak sekeluarga......layan....ya!
Juadah di pagi raya....biasanya orang Johor sediakan ketupat, lepat, rendang ayam, kuah lodeh, sambal kacang.....mak pun buat jugak serunding tapi aku lupa pulak nak snap....hehehe

Rutin pagi raya...sesudah subuh, kami sekeluarga menziarah kubur arwah Abah.....buat pertama kalinya hujan turun pada pagi Syawal ketika kami semua sedekahkan Yassin pada arwah,
hujan rahmat ni......Al-fatihah.

My big family di Johor Bahru....


Raya ke-2, beraya di Seremban dengan keluarga Mertua

Sekian..., salam sayang & salam mesra....

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA......

Assalamualaikum
Salam Ramadhan Ke 27

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya......
Syawal bakal menjelang tiba,
Tangan dihulur maaf di pinta,
Semoga berbahagia di Hari Raya....

SELAMAT HARI RAYA buat semua rakan blogger yangg akan menyambut Syawal yg tak berapa lama lagi. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan balik kampung ya. Berhati2 di jalan raya, sayangilah keluarga anda.....

Sempena raya ni, pinggan mangkuk pun nak beraya jugak....sebelum dipakai, kena ler service dulu ya....
Jom kita cuci2 mata dengan koleksi yg sedang2 aje ni.....

Boleh ler nak kata complete set OCR ni......boleh ler pakai raya nanti....

Mangkuk Tureen yg aku paling suka.....cun!

Coffee Pot bergandingan dengan sugar pot & jug milk


Sekian dulu n3 kali ini, tuan rumah dah cuti nak balik kampung raya.....
Salam mesra & salam sayang.

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E