My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Wednesday, July 10, 2013

1ST DAY BUKA PUASA

Salam 1 Ramadhan1434H.
 
Syukur Alhamdulillah dipanjangkan usia, bertemu kita sekali lagi
dengan Ramadhan yg barakah. Mudah2an Ramadhan kali ini
memberi penuh penghayatan dan hidayah
dalam mengerjakan amal ibadat.
 
1 Ramadhan berbuka puasa, Rohas ambil cuti. Memang sahaja nak berehat
sebabnya weekend yg lepas Rohas kerja tanpa cuti minggu.
So, hari cuti ni Rohas manfaatkan masak kegemaran anak2 dan En. Hubby.
Kebetulan anak Rohas yg no. 2 dapat balik berbuka puasa bersama.
Adiknya Syahir pula dah mula berpuasa penuh tahun ni.
 
Tak salah rasanya memasak masakan yg agak istimewa sedikit
demi anak2 dan suami. Memasak & menghidangkan juadah yg enak2
untuk suami & anak2 pun boleh dapat pahala jugakkan.
Bukan ler dikatakan ikut nafsu semua nak makan di bulan puasa ni.
Rohas masak banyak pun bila anak2 semua berkumpul
dan kebetulan pulak Rohas cuti, boleh ler main masak2.
Kalau hari kerja rasanya Rohas akan masak masakan yg simple & cepat.
Maklum ler sampai rumah pun dah hamper pukul 6.00pm.
 
Banyak pulak Rohas membebel ni....semalam cuti,
sempat ler keluarkan PML Pyrex June Rose untuk makan berbuka.
Terasa nak makan pakai PML pulak.....
 
Layan.....
 V
V
V
V
 
 
Menu hari pertama berbuka, Rendang Itik, Ikan Patin Tempoyak,
Sayur Campur, Ikan Masin dan Ayam Goreng untuk Syahir.
Dessert Rohas sempat ler buat Puding Kastard Buah fav. anak2
dan Bubur Kacang kesukaan En. Hubby.
Popia basah, ondeh2 & otak2 pula dari Bazar Ramadhan.
Air teh o panas, ais oren squash & tak ketinggalan buah kurma.
 


Sekian n3 puasa Rohas, daaaa.....

3 comments:

  1. Replies
    1. salam ramadhan shima,
      rending itik mmg menu tahunan 1 ramadhan :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E