My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Saturday, April 3, 2010

ALMARI ANTIK BABA NYONYA

Salam Ahad, salam ceria....

Hari ini aku rasa happy sangat..... Semalam aku tidurpun tersenyum2 sebab apa yang diidamkan dah ada di dalam rumah. Boleh pandang & tengok setiap masa. Rasa macam tak percaya pun ada....tapi itulah hakikatnya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala pekerjaanku dan kehidupanku ini. Syukur Alhamdulillah.....Amin.

Mulanya aku sekadar bertanya....orang kata merisik2 khabar. Memangpun aku berkenan sangat almari bentuk ni....dah banyak kali aku tengok almari antik ni kat rumah orang, dalam internet, dalam blog CMG pun ada. Selalu cakap dalam hati...."bilalah aku nak dapat almari antik ni.....". Orang dulu2 almari ni dia orang buat almari mekap.
Kali ni aku dapat almari ni memang cukup antik, tak shelac lagi pun (betul ke ejaan ni??), original dari peniaga Antik dari Perak. Berurusan dengannya cukup mudah dan selesa sekali bila berbual dengan dia. Seronok rasanya berurusniaga dengan orang macam ni, segalanya ikhlas dan kerana Allah. Menurut katanya almari ni dapat dari rumah orang Cina kaya. Rasanya memang almari bentuk ni orang2 Cina suka especially Cina Baba Nyonya. Aku panggil almari ni Almari Mekap Baba Nyonya. Kalau di Melaka harganya memang sangat2 tinggi, memang tak mampu aku nak memilikinya.

Almari ni direka pada penghujung tahun 1940an dan diperbuat dari kayu jati tua, ukiran tangan, tangam (cara pemasangannya tak pakai paku). Part yang paling aku suka, tiles yang dipasang pada tengah2 almari tu. Katanya tiles ni buatan dari England. Sekarang ni tiles fesyen bunga2 macam ni dah tak boleh dapat lagi dah...Rasanya Cik Tasha kita ada collect tiles antik ni.

Aku tak buat apa2 lagipun pada almari ni sebab baru dapat semalam. Hubby kata nak shelac sikit, pastu barulah aku boleh display barang atau pinggan antik di atasnya.

Layan gambar ya......

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam rohas,sememang antiklah almari nie..susah nak dpt tau..tentu harganya boleh tahankan yer.Tahniah rohas.

    ReplyDelete
  3. salam..bertuahnya badan dpt lemari tu...

    ReplyDelete
  4. salam shariff, ida....
    thks sudi singgah,rasanya mmg bertuah sgt sbb dpt almari antik ni,dah lama usha2 ni....kebetulan rezeki saya. It's very rare, tu yg nak share dgn rakan2 bloger kat sini...:))

    ReplyDelete
  5. salam kak rohas..
    cantekkkk sesangat almari tu akak..syabas kerana berpeluang memilikinya sis..tumpang gumbira sangat2..nak tengok siapakah yang bertuah yang bakal menduduki almari antik nie..

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat almari tuuuu...berapa yer harga almari tu + penghantaran..hehehehe...nak gak tau..nanti boleh lah banding2kan kalau nak beli..tak lah rasa terkena pulak bila beli dgn harga yang mahall..

    ReplyDelete
  7. salam kak...
    hehehe...sy tau dr mana akak beli almari tu...
    dr man kampar kan/??
    hehhee
    sy dah tgk pun almari tu kat rumah die..mmg cantik kak....sy tringin juga tp x mampu...hehe

    ReplyDelete
  8. salam ezany,
    thks sudi ziarah...

    mesti la awk kenal dia, satu daerahkan....hehehe

    ReplyDelete
  9. sama2 kak...
    nti sy folo n link akak ye...

    ReplyDelete
  10. salam kak rohas..wow...lawa tu akak dapat sideboard babanyonya....memamg payah nie nak dapat..dulu saya pun ada..tp saya nie bussinness..dah dijual pun..

    ReplyDelete
  11. salam ca,
    tq sudi singgah...aha akak tgk ca byk collect brg antik yg unik2 tmsk la katil besi, ada gak org offer tp lum minat lg nak beli katil besi tu....collect almari antik ni sekurang2nya leh letak pgn2 antik....hehehe

    ReplyDelete

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E