My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Tuesday, December 28, 2010

CUTI2 DI IPOH (PART 2)....Berjumpa Geng2 Antik di Loken

Bersambung lagi cerita2 pasal cuti2ku di Ipoh.
Masa hubby setuju nak pergi Ipoh tu,
bukan main suka lagi Rohas, maklum ler
hajatnya nak melawat pasar antik Loken di Memory Lane Ipoh.
Duit shopping pun Rohas dah reserved awal2
untuk beli PML di situ....hehehe



Pagi2 sesudah subuh...kami dah keluar ke Ipoh,
bersarapan dan terus ke pasar Antik Loken.
Memang teruja sangat Rohas.....nasib baik tak sesat.....



Sampai di pasar tu kami berjalan2 di situ sambil leka
memerhatikan barang2 antik yg diniagakan.
Rohas mesti ler cari PMLkan....
Sedang leka melihat2 tu terpandang ler satu wajah yg agak
famous jugak di FB. Bila Rohas tengok budak perempuan tu...
mmg tak sah lagi yg tu geng Antik alammaya,
Julaina dr Selasih Biru dan familynya.
Peramah jugak si Julaina ni, kami bersembang sebentar dan
mengambil gambar sebagai kenang2an.
Maklum ler bukannya selalu dpt jumpa ni.


Sedang Rohas leka membelek2 piring2 jade,
ada pulak sorang perempuan tegur Rohas.
Terperanjat jugak Rohas....siapa la pulak ni....
mmg Rohas tak cam langsung.
Saidah dr. SaidahIpohOnlineShop memperkenalkan dirinnya....
lagi peramah si Saidah ni.
Kami berbual2 sebentar & mengambil gambar sebelum beredar.
Saidah nak cari brg2 masak, Rohas pulak nak cari PML lagi....

Masa sebelum datang ke Ipoh ni, Rohas awal2 dah
buat temujanji dengan Putera Antik Malaya,
siapa lagi kalau bukan Ezany dr. Gallery Ezany.
Ezany yg datang lewat sekali, Rohas dah hampir
selesai shopping PML di Loken.
Sempat jugak kami berbual2 dengan Ezany.

Tak sangka pulak dapat bertemu dengan rakan maya yg lain,
seronoknya sangat berjumpa dengan mereka.
Geng2 Antik Ipoh mmg best, frenly & tak lokek info psl barang antik.

Terima kasih atas layanan mereka dan
Rohas harap persahabatan alam maya ni berkekalan hendaknya.

Sekian dulu, salam sayang.

2 comments:

  1. salam kak rohas, trima kasih abadikan perjumpaan kita kat dlm ni...ape yg terlebih dan terkurang harap dimaafkan la ye..hehehe...ada rezki kite jmp kat k.l pulak.

    ReplyDelete
  2. salam zany,
    akk happy banget jumpa zany & rakan maya yg lain kelmarin, klu boleh nak jumpa lg & sembang2 psl PML. x puas rasanya. Insya'Allah klu ada rezeki kita jumpa lagi di lain masa ya :))

    ReplyDelete

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E