My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, August 30, 2010

GA ANNI / MOMMY NYNA

Assalamualaikum
Salam 20 Ramadhan


Esok Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 tahun....,
semoga bumi Malaysia sentiasa aman damai dan selamat dari ancaman musuh.

Selamat Hari Merdeka buat semua rakan blogger.....


Esok jugak adalah tarikh tutup GA Anni/Mommy Nyna dari blog Anak Manja Abah,
so aku masih ada masa rasanya untuk join GA ni...


Apo yg patut dibuek.


1. Beri cadangan 2 nama baby & maknanyer (1 boy..1 gal)

(i) boy - AMEER DANISH
AMEER maknanya Putera, Ketua, Pemerintah
DANISH maknanya Bijaksana

(ii) girl - NUR DANIA QAISARA
NUR maknanya Cahaya
DANIA maknanya Kebijaksanaan
QAISARA maknanya Permaisuri


2. Resepi simple dlm pantang yg berkhasiat & lazat @ petua2 yg berfaedah bg org pantang.


DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahannya:
Daging dihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin, Sos tomato, Sos tiram
Kicap pekatGaram/serbuk perasa

Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar.
Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


Petua yg paling mujarab untuk menyembuhkan luka2 dalaman dengan cepat:

(i) Minum air ibu kunyit 3 hari berturut2 ketika selepas bersalin.
(ii) Ketika mandi...rendam separuh badan dr paras pinggang ke bawah dengan air rebusan sireh


1) Sesaper yg dok kat Malaysia jer, x kira jd follower ker tak. Saper yg xder blog tu kena email nyna (anakmanjaabah@gmail.com)
Memang duduk kat Malaysiapun....dah follow lama dah.....:))


2) Pd yg ader blog, buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog na skali (http://anakmanjaabah.blogspot.com/
Dah buat n3 dan dah link pun kat blog.....


3) Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox ker, email ker utk bgtau nyna yg anda join GA ni..bg link skali ek.
Ok....nnt maklumkan ya...dgn link sekali


4) Tarikh tutup 31 ogos 2010.
Esok ler....


5) Peserta yang bertuah akan dipilih secara serius oleh my beloved hubby & maksu cos maksu na yg nak bersalin bulan 8 ni...dan peserta bertuah hanya 2 org ajo
Kalau suka pilihlah akak....hehehe


Ini ler hadiah2nya....2 biji tureen untuk 2 pemenang......bestkan....


Jom kita ramai2 join......masih ada sikit masa lagi nih....


Sekian, salam sayang....

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E