My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Thursday, November 24, 2011

Bila Resah......

Macam2 rasa yg ada di hatiku hari ini......sedih, geram, marah,
terkilan, apapun ada.
Adat ler....lumrah alam, sekejap bahagia, gembira....tup tup sedih plak.
Tapi apa yg terjadi tu biarlah Rohas sorang jer yg rasa,
bukan nak kongsi dgn orang lain pun.....biarlah rahsia.

Bila hati resah, gundah gulana.....
Rohas cari alternatif untuk menenangkan fikiran yg bercelaru,
dengan memandang PML hati jadi sejuk,
itu ler terapi minda yg sesuai dgn jiwa ini.
Malam ni Rohas nak kongsikan PML Rohas yg jauh
dtgnya dr. England.....Johnson Bros Fresh Fruit Jug & Bowl.

Sudi2 ler tengok ya....





Kalau nak tengok koleksi penuh FF ni boleh klik SINI ya.

Sehingga jumpa lagi, selamat berhujung minggu :)

Friday, November 18, 2011

Selamat Pengantin Baru....

Selamat Pengantin Baru buat sepupu hubby
FARUZA dan pasangannya AHMAD IZANY pada 12 November 2011 yg lalu.

Majlis berlangsung di dewan besar Hotel Alson Kelana Resort, Seremban.
Majlis pernikahannya diadakan 4 hari sebelum majlis perkahwinan
iaitu pada 9 November 2011 di Masjid Negeri, Seremban Negeri Sembilan.

Layan sajelah gambar2nya.....


Bride & Groom in a purple dressing....
Pelamin pun purple jugak.....


Wedding gift dr pengantin....bekas porceline yg dalamnya diletakkan tasbih.
Kiranya bermanfaat ler jugak dapat gift ni :)

Sajian pengantin untuk para tetamu....Nasi briyani.

My children.....Syafiqa, Syafiq & Syahir. Sebelum masuk ke dewan posing dulu....

Syahir & 2nd cousin....yg jadi flower girl malam tu.


Bergambar kenangan dengan my SIL yg glamer tuh....


Nak jugak rasa jadi pengantin....tp yg ni pengantin lamo :D

Anak bujang berangan nak cari bride secantik mak langnyer.......ermmmm

Tengok ler anak bujang den ni.....curi2 bergambar atas pelamin berdua,
bkn main over lg dia. Saje jer buat pengantin lelaki jeles :D


Hah....ni baru betul pengantin baru....
bergambar ramai2 dengan pengantin &
keluarga belah pengantin perempuan (sedaro den la tu).....
happy jer semua malam tu,
kalau ler esok2 anak daro den pulak kahwin buat kat hotelkan best,
berangan jer la si Rohas ni....hehehe

Sampai jumpa lagi....daaa.

Saturday, October 29, 2011

Sepetang dengan Blue Willow

Selamat berhujung minggu....

Minggu ni Rohas tak kemana2, macam biasa duduk rumah
mengemas apa2 yg patut. Sambil2 tu curi2 snap gambar
untuk update blog Rohas ni. Maklum ler guna pakai
kamera hubby, snap asal ok jer....


Petang ni Rohas nak share PML yg baru masuk ke Teratak Rohas.
Teko Sadler Blue Willow, England.

Digandingkan dengan cawan Stevenson Blue Willow, dr England juga.

Walaupun kaler ada berlainan sedikit tapi masih serasi bersama.

Minum teh o dengan apam balik beli dr gerai.


Teko Sadler BW ni Rohas display sebagai salah satu hiasan dinding di rumah.

Sekian dulu n3 Rohas kali ni, hingga ketemu lagi.

Salam sayang :)

Friday, October 28, 2011

Jalan2 Cari Antik, Cari Makan.....

Assalamualaikum semua.

Dah lama benor rasanya tak bersiaran sejak akhir2 ni.
Semenjak kamera Rohas hilang terbatas segala xtiviti
blogging dan berfb. Rindu sgt2 nak berblog,
rumah rakan2 pun tak terjengok.

Cerita pendek Rohas ketika melawat Jonker Street (JS)
pada cuti Deepavali yg lepas. Sebenarnya tak plan pun nak
ke sini, tujuan utamanya anak2 nak makan seafood di Umbai.
Bila hubby kata nak bertolak awal terus ler
Rohas ajak singgah ke JS, boleh ler cuci2 mata.

Best rupanya dtg ke JS ni, macam2 kedai ada di sini,
harga pun boleh tahan ler. Ada kedai yg jual murah
ada yg jual mahal, yg ptg kena la pandai2 nego-kan.

Jom ler sudi2kan tgk gambar Rohas ni, tak banyak mana
pun sbb dlm otak ni asyik fikir nak cari PML jer,
mana la sempat nak snap....hehehe


Sebelum melawat kedai2 di JS ni, pekena cendol durian dulu.....best gilerrrr

Harganya RM4.50 semangkuk, makan 1 tak cukup....hehehe

Anak dara & anak bujang posing, di belakang tu JS Hotel.

Singgah posing di JS Park, melayan Syahir.


Sebelum ke Umbai singgah jap di Kapal Samudera ni.
Kesian Syahir tak dpt masuk dlm kapal tu sbb dah tutup.
So, amik gambar jer sbg kenangan.

Dinner seafood di Umbai, Jenahak bakar, udang butter, sotong goreng,
cendawan goreng & kangkung belacan....puhhhh yummy yummy...

Dah licin pun.....

Ole2 PML dari JS. Tak byk pun yg Rohas beli sbb tak cukup budget,
maklum ler tak plan kan....
Tiffin tu plg Rohas suka, dapat harga murah dari harga yg Rohas
dapat di Loken. Ada hikmah rupanya klu masuk ke kedai yg dah nak tutup
& Rohas adalah customer yg terakhir. Sukanyaaaa.....
OP Jade 16" & piring kekwa seketul pun dpt murah jugak, memang berbaloi3 ler
datang ke JS ni.

Sekian dulu cerita dr Rohas, salam sayang :))

Wednesday, September 28, 2011

TETAMU SYAWAL 1432H

Malam ni Rohas nak kongsi gmbr2 tetamu Rohas masa hari raya kelmarin.
Rohas x de buat open house pun sbb Teratak Rohas mmg sentiasa terbuka
untuk saudara mara & rakan2. Kalau ada yg kata nak datang,
baru ler Rohas masak juadah yg termampu untuk tetamu,
tapi kalau tak de notis maknanya dpt mkn kuih raya aje ler....

Masa orang datang rumah ler, baru Rohas pakai pinggan mangkuk
yg Rohas collect selama ni. Masa ni la PML ni berguna bagi Rohas bukan setakat untuk hiasan semata2. Rasanya berbaloi2 bila ada tetamu yg memuji kecantikan PML ni.
Kembang ler sekejap tuan rumah ya.....:))

Syawal ke-8 Rohas jamu tetamu dengan masakan Nasi Ayam Rohas.
Cer tengok Cik Port tu....., PML Corelle pun keluar juga,
nak pakai Cik Port semua mana ler cukupkan....
makum ler Cik Port tu beli hanya 1 set dinner jer,
mahal beb nak beli 2 3 set....huhuhu

Kemudian Rohas masak Laksa Johor pula bila kawan2 anak datang beraya.
Untuk Laksa Johor mmg sesuai kalau pakai set Vantage ni,
sbb byk accessories laksa dimasukkan bersama....


Cer tengok cer tengok bekas air tu....
Suka hati bila dapat pakai punch bowl Wexford masa raya tuh....
Ramai pulak yg berkenan & bertanya mana dapat bekas nih.....:))



Hah...dalam ramai2 tetamu, ini ler tetamu istimewa Rohas.
cer teka cer teka sape la agaknya ya.........
rasanya semua rakan2 PML kenal sgt dengan dia.
Saje Rohas letak gambar dia di sini untuk tatapan rakan2 yg merinduinya.


Sekian dulu n3 Rohas kali ini, ada masa kita jumpa di n3 yg seterusnya ya.

Salam sayang.

Monday, September 26, 2011

KENANGAN SYAWAL 1432H

Rasanya belum terlambat lagi kalau Rohas nak share gambar2 raya Rohas
sbb skrg pun kita masih di bulan Syawalkan...hari ini dah hari raya yg ke-27.
Saja jer Rohas update blog ni dgn gambar2 raya sebagai kenang2an buat diri sendiri.
Sudah lama sejak bulan puasa Teratak Rohas "cuti", kesian pulak blog ni tak ber-update. Memang malas betul ler tuan rumah ni....hehehe.

Jom ler layan pikas dibawah ni.....

Bergambar dulu sebelum pegi raya....tahun ni sedondon greyish :)

Setiap tahun pagi Syawal Rohas mesti bersalam dengan bonda tercinta,
so far mmg x pernah miss. Syukur alhamdulillah....
terima kasih pada cik hubby yg memahami :)

Selepas cium tangan bonda, cium tangan hubby pula....


Family besar Pn. Hajah Rahimah....masih ada 1 family yg tak dapat turut serta
kerna tahun ni turn mertua.

Yang paling seronok tahun ni Rohas & hubby dah dapat title atuk & nenek.
Sekali dapat 2 cucu saudara.
Tapi sebab nak glamer & tak nak mengaku dah tua,
Rohas suruh panggil Wan Ana jer....hehehe.

Sekian dulu n3 dari Rohas, kalau free esok Rohas update lagi tentang raya ya.

Salam sayang.

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E