My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Tuesday, July 19, 2011

CONVOI RIDE DI MAJLIS PENGKODINAN (PART 2)

Hari ni masih lagi citer psl event di Istana Sri Menanti kelmarin. Semua motor dah masuk ke pintu gerbang Istana Sri Menanti Negeri Sembilan. Ini ler 1st time Rohas masuk istana lama N9, den bukan org N9 tapi dah lamo belajor selok belok org negeri sbb hubby org sini.

Betapa gahnya pintu gerbang ni, senibina lama orang Minangkabau. Hubby den yg ride depan sekali sbb hari tu dia dilantik jadi Road Captain, semua motor ikut belakang dia...termasuk ler Rohas yg ikut convoi tu tp den bawak keto....hehehe.



Ini pintu gerbang arah ke Istana Sri Menanti, semuanya warna kuning, lambang kerabat diRaja.

Cantikkan.....

Majlis Adat Pengkodinan ataupun Masuk Suku diadakan....Fauziah Latif pun ado sekali, dia Presiden Lady Bikers.

Semua Presiden kelab2 motor dijemput hadir ke atas pentas untuk acara Masuk Suku.



Majlis menaiktaraf Adat Perpatih ni adalah acara tahunan, kolaborasi antara Kelab Motor N9 dengan Kerajaan Negeri. So, sape2 yg nak tau adat2 Perpatih ni, boleh ler datang sini tahun depan....


Sementara majlis berlangsung, dapat jugak Rohas masuk ke Istana lama Sri Menanti & melihat2 barang2 antik di sana. Jom tengok....

Katil lama yag digunakan oleh orang2 dahulu. Bila tengok katil ni, baru ler Rohas faham bila Eis jual Kepala katil, muka bantal, kaki katil dsbnya.


Baju Sultan & Permaisuri dulu2. Ignore 2 model kecil tu ya.....



Hah...yg ni plg Rohas suka, esp. teko meakin tu...rasa mcm nak bawak balik jer....

Pinggan meakin....

Kotak sireh tekad ni pun Rohas suka.


Pelita tembaga.

Barangan tembaga.




Di sana sempat jugak Rohas bergambar dengan Fauziah Latif :))


Sekian dulu n3 kali ni, kalau ada citer yg best2 lagi....nnt Rohas share ya...daaaa.

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E