My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Friday, April 8, 2011

SUKA DUKA KEHIDUPAN.....

Assalamualaikum.



Baru 2 3 hari lepas aku mendapat berita gembira anak lelakiku mendapat result cemerlang dalam SPM dan anak daraku dapat Dean List untuk kali yg ke-3nya, aku dikejutkan pula dengan berita sedih yg hubbyku mendapat kemalangan motor. Sungguh tak kuduga kemalangan yg berlaku selepas kami sekeluarga meraikan kejayaan anak2 kami pada malam 26 Mac 2011.

Selepas makan malam, kami sekeluarga pulang kerumah tetapi hubby dan anak lelakiku keluar semula dengan menaiki motorsikal berasingan. Katanya mahu berjumpa dengan kawan yg akan menolong untuk kemasukan anak lelaki kami ke Universiti yg diidam2kannya. Mereka berjumpapun di tempat yg agak dekat dengan rumah kami. Oleh kerana dekat dan hendak berjumpa sekejap sahaja, hubby tidak memakai jaket sepertimana selalu. Hubbyku memang terkenal dgn sikapnya yg tegas & berdisiplin dlm keselamatan jika menunggang motorsikal. Kemalangan yg hendak menimpa kita, kalau dah ditetapkan olehNYA, tidak kira dekat atau jauh, lama atau sekejap…..ia tetap akan berlaku jua. Cuma yg aku terkilan sikap hubbyku pada malam itu yg tidak mahu mengenakan jaket menyebabkan dia luka teruk.

Aku rasa tersentak seketika sbb selama 20 tahun perkahwinanku, tak pernah sekalipun kami ditimpa bencana seperti ini. Aku terima dugaan yg mendatang ini dgn memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa. Dia yg menciptakan suka dan duka kehidupan seseorang. Syukur Alhamdulillah keadaan hubbyku tidaklah seteruk mana kalau dibandingkan dengan kecederaan orang lain sehingga ada yg mengalami koma dan kecacatan kekal. Walaupun kesusahan yg menimpa kami selama 2 minggu ini Allah tetap memberikan hikmah kepada hambaNya. Ikatan kekeluargaan kami anak beranak saling utuh & erat. Sikap saling hormat menghormati & saling membantu antara satu sama lain menjadi kami semakin akrab sebagai satu keluarga yg bahagia, bahkan pertolongan dari keluarga mertuaku juga sangat2 aku hargainya.

Seketika aku berkerja, anak lelakikulah yg menjaga dan merawat segala keperluan ayahnya sehinggalah sekarangpun masih menjadi driver kepada hubbyku, selagi balutan tangannya yg retak belum benar2 sembuh. Anak daraku ada kuliah seperti biasa, so pada anak lelakiku sajalah yg kuharapkan untuk menjaga ayahnya yg sakit. Aku sgt2 bersyukur kepadaMu Ya Allah kerna mengurniakan aku seorang anak lelaki yg sangat sabar dan prihatin kepada ayahnya. Tak dapat kubayangkan kesabaran anakku melayan kerenah ayahnya yg sakit, sebab hubbyku memang jarang sakit, so kalau dia sakit aku sendiri tak sabar nak melayan kerenahnya….apalagi kesakitan yg ditanggungnya sekarang ini. Kau rahmatilah kehidupan anak2ku.

Dalam pada masa yg sama juga, aku terpaksa menguruskan dan memantau permohonan anak lelakiku ke IPTA. Walaupun aku rasa sangat penat menguruskan hubby, kerja dan hal anak2 tapi aku redha…..kerna keluargaku adalah kehidupanku. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna mengurniakan aku sebuah keluarga yg sempurna & ceria ini. Tanpa mereka sepilah aku di dunia yg fana ini. Semoga kami semua dapat berkumpul sebagai satu keluarga di Akhirat kelak, insya’Allah.

Dugaan kecil yg datang ini juga turut menginsafkan aku suami isteri…..bukannya sepanjang masa kita diberikan kegembiraan, ada masanya kita diduga dengan kesedihan dan kedukaan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat padaNYA setiap masa dan ketika. Adakalanya kita alpa dengan kesibukan dan kemewahan di dunia hingga terlupa padaNYA, sebab itulah kita diberikan dugaan dalam kehidupan ini. Alhamdulillah Kau berikan aku kekuatan dan ketabahan dalam menerima keadaan ini kerna aku sedar aku bukanlah seorang insan yg sempurna.

Semoga apa yg terjadi hari ini menjadi panduan dan iktibar pada hari2ku yg mendatang. Semoga Kau berilah kami rahmat dan hidayahMu pada hambamu yg lemah ini. Semoga kami diberikan petunjuk untuk menuju ke jalan kebaikan. Kau kuatkanlah ingatanku untuk selalu sujud padaMu……

Catatan ini bagaikan coretan peribadiku untuk peringatan diriku sendiri…..tiada kaitan dengan sesiapa jua samada yg hidup ataupun yg mati. Sesiapa yg baca bolehlah dijadikan renungan dan panduan bersama…..itupun kalau ada yg sudi.

Sekian dulu, salam sayang.

2 comments:

  1. Assalamualaikum k rohas.
    Moga k rohas sekeluarga tabah menghadapi dugaan yg mendatang...

    ReplyDelete
  2. wsalam ju,
    tq sudi singgah ke teratak akk, lain kali singgah lg ya :)

    ReplyDelete

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E