My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Friday, May 7, 2010

HAPPY BIRTHDAY......to NUR SYAFIQAH

(Gambar terbaru Along ketika menghadiri Hari Anugerah Dekan untuk 1st Semester.)


Salam....


Tepat jam 12:00am 8 Mei, genaplah umur anak perempuanku 19 tahun. Pejam celik pejam celik....tau2 aku dah ada anak dara. Rasa macam baru jer aku melahirkan dia, membelai dan mendukung dia di dalam pangkuanku. Terlalu cepat masa berlalu dan usiaku pun dah semakin hampir ke penghujungnya.

"Selamat Hari Ulangtahun" Nur Syafiqah aka Along .....
Mama doakan semoga Along dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dirahmati Allah di setiap perjalananmu, diperbanyakkan rezekimu, dipermudahkan segala pekerjaanmu, semoga diberi kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi, diberikan akal fikiran yang waras dalam setiap gerak langkahmu dan jadilah anak soleh dan taat kepada kedua orangtuamu....Amin.


Along dan Mama.....luv u!
Along....masa umur 17 tahun.

Along semasa berumur 7 tahun, dengan Afiq.

Along ketika umur 5 tahun.




***************************************************


Hari Ulangtahun anakku jatuhnya sama dengan Hari Ibu, so aku pun nak ucapkan,

"SELAMAT HARI IBU" terutama sekali pada Ibuku HAJAH RAHIMAH BINTI HJ ARSHAD, Ibu Mertuaku HAJAH MARADIAH BINTI KASSIM, kakak2ku, kakak iparku dan yang disayangi rakan2 blogger yang bergelar IBU.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E