My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Monday, May 31, 2010

CELESTE.....YANG MENAWAN

Salam.....everyone.

Mula2 tak terfikirpun nak collect celeste ni....sbb aku lebih suka yg pink. tapi bila tengok rakan2 blogger yang ada koleksi celeste ni....lama2 aku dah jatuh cinta.

Ini saja koleksi celesteku yang ada....tak byk manapun, tapi aku pasti suatu waktu nanti ia dah beranak pinak...:)

Mangkuk oval .........di awal koleksiku, itupun ternampak di blog CMG.

Dikuti dengan coffee pot dari rakan iternet, Suzi aka Y.

Tureen ni beli dari adik Nyna.

Ini yang paling istimewa....free gift dapat dari 'Achik Nyna' (bukan Nyna yang bagi tau....) jangan jeles pulak ya.....dah rezekiku

Terima kasih pada rakan2 blogger yang masih sudi mengikuti blogku ini.........

Sekian, salam mesra dan salam sayang.

Sunday, May 9, 2010

MAKAN BERDAMAI .....ALA2 ENGLISH VANTAGE

Salam semua.....dan SELAMAT HARI IBU untuk semua rakan blogger yang bergelar Ibu.

Rasanya semua blogger menyambut Hari Ibu hari ini. Akupun tak terkecuali menyambut Hari Ibu dan Birthday anak sulungku siang tadi. Walaupun tidak dapat menyambut bersama Ibu tersayang tapi aku rasa happy sangat kerana aku dapat berkumpul bersama anak2ku.
Malam ni aku nak n3 pasal makan berdamai di majlis perkahwinan anak saudaraku minggu lepas. Syukur Alhamudillah semuanya dah selamat....tapi penatnya masih terasa hingga ke hari ni. Walaupun bukan majlis aku tapi kiranya aku mengerah keringat jugak menolong menjayakan majlis perkahwinan ini. Tugas aku menyiapkan meja pengantin untuk makan berdamai. So, siang2 lagi my niece dah merayu mintak tolong untuk siapkan meja pengantin yang ala English.
Memang aku awal2 nak bagi pinjam set vantage bersama gelas berkaki wexford aku untuk majlis perkahwinan ni......
Kawan2 semua layan le gambar2 ni ya......




Sekian, sampai jumpa lagi.....

Friday, May 7, 2010

HAPPY BIRTHDAY......to NUR SYAFIQAH

(Gambar terbaru Along ketika menghadiri Hari Anugerah Dekan untuk 1st Semester.)


Salam....


Tepat jam 12:00am 8 Mei, genaplah umur anak perempuanku 19 tahun. Pejam celik pejam celik....tau2 aku dah ada anak dara. Rasa macam baru jer aku melahirkan dia, membelai dan mendukung dia di dalam pangkuanku. Terlalu cepat masa berlalu dan usiaku pun dah semakin hampir ke penghujungnya.

"Selamat Hari Ulangtahun" Nur Syafiqah aka Along .....
Mama doakan semoga Along dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dirahmati Allah di setiap perjalananmu, diperbanyakkan rezekimu, dipermudahkan segala pekerjaanmu, semoga diberi kejayaan yang cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi, diberikan akal fikiran yang waras dalam setiap gerak langkahmu dan jadilah anak soleh dan taat kepada kedua orangtuamu....Amin.


Along dan Mama.....luv u!
Along....masa umur 17 tahun.

Along semasa berumur 7 tahun, dengan Afiq.

Along ketika umur 5 tahun.




***************************************************


Hari Ulangtahun anakku jatuhnya sama dengan Hari Ibu, so aku pun nak ucapkan,

"SELAMAT HARI IBU" terutama sekali pada Ibuku HAJAH RAHIMAH BINTI HJ ARSHAD, Ibu Mertuaku HAJAH MARADIAH BINTI KASSIM, kakak2ku, kakak iparku dan yang disayangi rakan2 blogger yang bergelar IBU.

Wassalam.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E