My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Friday, February 15, 2013

Tea For 2

Salam guys....

Petang ni rasa nak share dengan uoals semua hidangan tea time tadi.
Kek coklat kukus lembab dan air teh panas.
Hari ni Rohas pilih nak pakai teaset Indian Tree 
sebab rasanya dah lama benor dia terperap jer dalam almari tu.....kesian pulak. 
Sekali sekala minum teh dengan PML & borak2 berdua dengan cik hubby best jugakkan! 
Sambil2 borak tu sedap jer mata memandang pokok2 menjalar tu....unik!


Kek coklat ni resepinya Rohas cedok dari blog masak2. 
Seronok pula main masak2 dengan anak dara Rohas, nampak gaya dia pun berminat, 
dan apa yg dimasak pulak menjadi....memang best!



Ok ler perut pun dah kenyang, mata pulak dah kuyu.....kita sambung esok lusa pula ya!
Daaaa......

Sunday, February 10, 2013

SI KOTAK ROSES...Idaman Kalbu

Salam. 
Si Kotak Twin Roses sudah berada di Teratak Rohas. Sebenarnya dah lama dapat si kotak ni, cuma masa dan keadaan jer yg tak mengizinkan Rohas buat entry awal. Bila cuti2 ni byk pula masa terluang baru ler dapat update blog. Kiranya dulu Rohas ingat dah tak dapat nak memilikinya, maklum ler kita selalu jer terlewat, org lain semua awal2 dah booked. Tapi kalau dah rezeki tak kemanakan! 
Jauh datangnya si kotak TR ni, nun di utara......
Terima kasih byk2 pada CPSK kerana sudi menjual si kotak ni pada kak Rohas.

V
V
V
V

Cantikkan si TR ni, bunganya pun terang, gold rimnya pun berkilat2....


Disaji dengan kuih serimuka....untuk minum petang.


Digandingkan bersama dengan cawan kopi tiam TR. 



Pandangan dari atas, penutupnya pun ada bunga rose, sukanyaaaaa :)


Sekian, dulu entry Rohas, jumpa lagi nanti ya!

Saturday, February 9, 2013

GONG XI FA CHAI....2013


Entry Rohas yg pertama di bulan 2013. Dah lama Rohas tak update blog, terasa rindu juga tapi apakan daya bz yg teramat....

1st time Chinese New Year berada di KL, selalunya setiap tahun Rohas akan balik kampung di JB ataupun pergi bercuti bersama keluarga, maklum ler cuti panjangkan....
Kali ni bila cuti CNY hanya duduk di rumah dan jalan2 di sekitar KL. Yang penting masa untuk bersama family, tak kira la walau dimanapun kita berada.

Sempena perayaan Chinese New Year.....Rohas ucapkan selamat bercuti kepada rakan2 blogger 
"Gong Xi Fa Chai" untuk semua kaum Cina di Malaysia.

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E