My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Tuesday, November 27, 2012

TRAVELOG: HAT YAI, SONGKHLA, THAILAND (PART II)

DAY 2 (SUNDAY, 11 NOV 2012)

Hari ke-2 di Hat Yai, cuaca sangat panas tanpa hujan. Pagi2 lagi kami sudah keluar hotel bertolak ke Songkhla. Perjalanan dengan kereta sendiri mengambil masa dalam 45 minit, berpandukan pada map yang Rohas bawa dari KL. Kalau naik kereta better bawa GPS atau map bawak dr rumah sebab di Hat Yai ni tak banyak hotel yang sediakan tourist map, so buat homework awal2 sebelum bertolak.

Pemandangan di sepanjang bandar Hat Yai, sistem pendawaiannya berselerak, sgt2 tak sistematik.....sakit mata tengok.

Ada masjid besar di Songkhla...ini bermakna di sini ramai pendudukan Thai Muslim.

 Pantai Samila, Songkhla.
 
Apa ada di Songkhla???? Kalau datang hari Ahad ada pasar pagi di pekan Songkhla.
Orang kata kalau dah sampai Hat Yai, mesti nak datang Songkhla. Di sekitar Pantai Samila ada banyak patung2 tugu. Yang famous ialah patung naga yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor naga di 3 bahagian yang agak jauh.
 
 Ini kepala naga.....gambar ehsan pakcik gugel.
 
Ini badan naga yang Rohas sempat snap dari dalam kereta.

Ini ekornya pulak.....pun snap dari dalam kereta.
 
Patung ikan duyung ni ler yg plg ramai orang amik gambar, kena beratur ler kalu nak bergambar di sini. Ini kiranya trade mark kat Songkhla....bila orang sebut patung duyung tau ler kat manakannnn.... 
(gambar ehsan pakcik gugel jugak)

Tengok ler apa dah jadi dengan gambar Rohas sekeluarga ni, muka duyung jer yg nampak.....badan, ekor semua dah dilindungi dgn kitorang. Dah shoot baru perasan...fail ler photograper ni......huhuhuhu.
 
  
Tanda nama Songkhla.
 
  

Shopping lagi budak ni .......

Kedai ni souvenir dia yg paling murah, fridge magnet boleh dapat 4 pcs - 90 Bhat.
 
 
Di Songkhla ada banyak gerai2 seafood halal yang fresh dan sedap sambil menikmati pemandangan laut yang cantik. Di setiap kedai muslim ada tanda halal, mereka tulis Allah Muhammad ataupun ada simbol bulan dan bintang. Ada juga kedai non-halal, kena la pandai2 pilih kedai ya.

Di sini jugak terdapat muzium dan aquarium tapi Rohas tak singgah masukpun.

Kami hanya berada 2 jam di Songhkla, selepas ambil gambar & shopping souvenir kami bertolak balik ke Hat Yai Park kerana anak Rohas yang kecil tu nak main salji di Ice Dome. Tapi malangnya sampai di sana Ice Dome tutup 2 bulan untuk maintenance, iaitu bulan Oktober dan November setiap tahun. Memang frust sangat ler kitorang, lebih2 lagi Syahir.....moody jer dia. Pujuk2 dia suruh ambil gambar disekitar Ice Dome. Lain kali kalau nak datang lagi ke sini kena datang antara bulan January - April kerana pada masa ni ada Lantern Festival, so memalam meriah ler.
Tiket masuk Ice Dome : 300 Bhat untuk dewasa, 150 Bhat untuk kanak-kanak.
Buka setiap hari dari pukul 9.00am hingga 9.00pm.



Selain dari Ice Dome, di sini jugak ada tasik untuk berkayak atau naik pedal bot, Hatyai Pusat Sains dan boleh naik Cable Car untuk melihat pemandangan bandar Hat Yai.

Di hadapan Hat Yai City Art Chamber in Honor of His Majesty King Bhumibol.
 
Tiket naik cable car : 200 Bhat dewasa, 150 Bhat untuk kanak-kanak.

  
Bersebelahan cable car ni ada temple Buddha, patut ler ramai orang cina datang ke sini.


 
Turun dari cable car, sudah tengahari, semua orang dah kelaparan & kehausan yg amat sangat. Masing2 decide nak lunch kat kedai makan pasar lagi. So hari tu kitorang makan hidang lauk tomyam campur, udang, sotong, sayur, telur dadar dan tak ketinggalan teh ais.....yummy!

Teh ais Hat Yai.....BESTTT! 




Lepas makan ayah dan anak2 balik hotel, para isteri & anak pompuan pegi shopping lagi sampai lewat petang.....:D

Malam tu kitorang dinner lagi kat kedai sarang burung untuk malam teakhir. Tak sanggup nak makan kat kedai lain sebab bimbang kalau2 tak sedap. Yang sebenornya nak minum teh ais lagi.....hehehe.
 

Yang ni seafood goreng......must try!
 
Lepas dinner, masing2 jalan sendiri. Anak2 Rohas shopping untuk malam terakhir, cik hubby dan anak kecil jalan2 & balik hotel. Mak2 ambil peluang buat foot massage sebab siangnya dah terlalu banyak berjalan. Foot massage cuma 200 Bhat jer untuk 1 jam, murahkannn. Dah masuk situ....semua nak cuba, manicure & pedicure jugak! Hangus 400 Bhat. Sekali sekala nak manjakan diri....Rohas tak kisah.



 
 
 
Rohas beli fridge magnet dan kain batik Thai untuk souvenir & kenang2an.
 
Tunggu sambungan hari ke-3 pulak, ok :) 
 


1 comment:

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E