My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Friday, November 30, 2012

TRAVELOG: HAT YAI, SONGKHLA THAILAND (PART III)

DAY 3 (MONDAY, 12 NOV 2012) 

Hari ini hari terakhir kami berada di Hat Yai dan harus pulang ke KL semula. Tepat pukul 10.00am kami bergegas check-out & buat pembayaran yg sepatutnya. Segalanya berjalan lancar, sehingga passport kami diserahkan balik oleh pihak hotel. Acara hari ini ialah melawat terowong komunis di Khao Nam Kang dan singgah Danok sebelum keluar dari selatan Thailand.   



 CIMB Thailand.

Sebelum sampai ke Khao Nam Kang singgah breakfast dulu. Masing2 dah kelaparan, maklum ler lepas bangun tidur hingga pukul 11 pagi baru kitorang dapat makan. Bila sudah keluar dari bandar Hat Yai agak susah untuk mencari kedai makan halal. Semua mata kitaorang melilau tengok signboard halal atau bulan bintang di setiap kedai sebab dah sgt2 lapar. Akhirnya jumpa juga signboard halal ni.

Kedai makan ni bukan hidangkan juadah breakfast aje, makanan untuk lunch pun dia dah siap masak.
Tapi makcik kedai ni tak tahu sikitpun berbahasa melayu atau english, so cakap pun main tunjuk2 jer.



My breakfast cum lunch....hidang dengan pinggan bunga kangkung, memang membuka selera.
Sambal belacan di Thailand memang superb.....bestttt!

Selepas breakfast, kami terus menuju ke Khao Nam Kang tapi malangnya signboard ke Khao Nam Kang pun tak nampak. Tanya orang Thai sepatah haram pun derang tak tau cakap melayu/english, so nampaknya terpaksa ler cik hubby redah saja. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 45 minit dah jadi hampir 2 jam. Yang suspennya cik hubby dah termasuk ke wilayah Pattani. Jalan ke Pattani tak banyak kenderaan, di kiri kanan jalan pun hanya pokok2 getah & pokok hutan. Bila mengenangkan peristiwa bom mengebom di Pattani, Yala & Narathiwat, gerun & kecut perut juga dibuatnya. Tapi Rohas hanya berzikir & berdoa pada Allah agar perjalanan kami dipermudahkanNya.


Akhirnya kami sampai juga di Kao Nam Kang setelah tersesat dari jalan yang sebenarnya. Syukur alhamdulillah.... 

Pintu gerbang sebelum masuk ke terowong komunis.

Sebelum masuk ke terowong kami diberi taklimat & penerangan serba sedikit tentang sejarah komunis di zaman pemerintahan Jepun sebelum merdeka. Pengasas tempat ini adalah salah seorang komunis pada ketika itu. Beliau berasal dari Sg. Buloh, Selangor tetapi sudah menetap di sini dan menjadi warga Thailand.
Beliau masih fasih berbahasa Melayu.





Peralatan komunis pada zaman dahulu....seramkan.





 

Untuk memasuki terowong, kita boleh mulakan samada melalui terowong terus ataupun bermula dari bahagian luar bukit.

Kami mendaki bukit di bahagian luar sebelum memasuki terowong.
Semput ler jugak.....huhuhu.











 

Dah selamat keluar terowong.

Selesai ziarah terowong, kami meneruskan perjalanan hingga ke pekan Danok.  Di Danok kami singgah untuk late lunch, shopping lagi dan makan pulut durian sebelum pulang ke Malaysia.
Syukur alhamdulillah.....kerana Allah permudahkan perjalanan kami hingga kami selamat sampai ke border dan berjaya melepasi pemeriksaaan kastam tanpa dikenakan tax pun.

Rohas sekeluarga rasa seronok sangat ke Hat Yai terutama part makan & shopping. Memang berbaloi datang ke Hat Yai, rasa nak repeat lagi jer....Semoga apa yang Rohas catatkan di sini dapat memberi info sedikit sebanyak kepada semua yang ingin ke Hat Yai :))


No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E