Assalamualaikum......Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
Rasanya masih belum terlambat untuk Rohas mengucapkan salam aidil fitri buat semua rakan blogger kerana kita masih lagi di bulan Syawal. Maaf zahir batin andai ada bahasa yg menyinggung perasaan selama Rohas berblog.
Rohas ingin mengabdikan kenangan raya di kampung halaman Rohas, di Johor sebagai kenang-kenangan buat diri sendiri. Nak update blog hari2 pun tak sempat, apalagi di musim raya....memang bz ya amat. Kesian blog Rohas ni dah tertinggal jauh ke belakang.
Hidangan wajib 1 Syawal....ketupat, lepat, rendang, serunding, kuah lodeh & kuah kacang.
Perkara pertama selepas sembanhyang raya.....minta ampun dengan mak Rohas.
Minta ampun dengan hubby....banyaknya dosa kena sebut satu2.
Bergambar sekeluarga dengan mak tersayang.
Keluarga besar Rohas di Johor, ada 1 lagi family yg tak ada, belum sampai daa....
Cucu2 mak....itupun ada lagi yg tak ada.
Petang raya kita orang pulang ke kampung mak di Bt Pahat, ziarah kakak2 mak yg masih tinggal di sana. Posing sekeluarga di hadapan rumah kampung.
Syahir dan sepupu2nya.
Anak2 bergambar di belakang parit sebagai kenangan, maklum ler sekali2 sekala balik ke kampung dan memang tak pernah jumpa parit pun :))
Tengok ler budak2 sekarang ni....jakun tengok parit.
No comments:
Post a Comment