My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Wednesday, August 21, 2013

AIDIL FITRI 2013 (SYAWAL 1434H)

Assalalmualaikum..

Salam Aidil Fitri 1434H dari Rohas sekeluarga untuk rakan blogger sekelian.
Hari ini dah masuk Raya ke-14 bersamaan dengan 14 Syawal 1434H,
baru ler Rohas dapat update blog cerita pasal hari raya di kampung Rohas, Johor.
Bukan ler kampung sangat pun area Skudai, berdekatan dengan UTM Skudai
dan tak jauh pun dari Bandar Johor Bahru.
Yang paling penting dapat berhariraya bersama mak tersayang
dan adik beradik Rohas.
 
Kami pulang ke kampong pada 26 Ramadhan 1434H, so dapat ler merasa bersahur
& berbuka sama dengan mak & keluarga Rohas. Memang macam tu ler
setiap tahun. Nasib baik ler Rohas dapat suami yg understanding,
kami tak ikut sistem giliran, tiap2 tahun Rohas akan beraya di kampong Rohas dahulu,
raya ke-2 baru ler ke Seremban kampung sebelah Hubby.
 
Tema tahun ni kaler dark green....
 
Malam raya ler yg paling meriah bagi budak2 sbb dapat main bunga api & mercun.
Walaupun mercun tu bahaya, tp anak2dipantau oleh ibubapa masing2.
 
 
Syahir paling seronok sbb dapat main mercun dgn cousin2-nya.
 
 Masakan Rohas untuk hidangan di pagi raya nanti, rending ayam kampong.

Rendang daging pun ada juga. Rendang mmg Rohas yg masak, 
mak Rohas dah uzur, sbb tu ler Rohas kena balik JB tiap2 tahun
kerana nak masakkan untuk mak.

Ketupat dan lepat, wajib ada.

Syahir pun sibuk nak tolong nenek dia.

 Pagi raya menyembah mak tersayang, mohon ampun & maaf padanya.

 Siblings.
 









 Raya ke-2 beraya di Seremban, mohon maaf pada mak mertua.
 
 Satu2nya kakak ipar yg Rohas ada.
 
 Keluarga sebelah Hubby, 2 family sahaja.
 
 Malam raya ke-2 pun main mercun lagi, kali ni mercunnya lg power.....







Rohas mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan2 blogger.
Maaf zahir batin.
Sekian dulu, daaaa.....

4 comments:

  1. Selamat hari raya untuk kak rohas dan keluarga. Wahh kak rohas meriahnya bila berkumpul beramai ramaikan,,, memang malatopsss bunga api tuu,,,, cantik gambarnya.Maaf zahir batin kak rohas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aidil fitri jugak buat aina, tq sudi dtg jenguk TR. Nnt free akk jenguk2 blog aina ya :)

      Delete
  2. selamat hari raya. suka tengok keluarga bahagia. Meriah sungguh. semoga kebahagian keluarga berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq saudara sukiman atas doanya, syukur Alhamdulillah....amin. :)

      Delete

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E