My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Saturday, October 29, 2011

Sepetang dengan Blue Willow

Selamat berhujung minggu....

Minggu ni Rohas tak kemana2, macam biasa duduk rumah
mengemas apa2 yg patut. Sambil2 tu curi2 snap gambar
untuk update blog Rohas ni. Maklum ler guna pakai
kamera hubby, snap asal ok jer....


Petang ni Rohas nak share PML yg baru masuk ke Teratak Rohas.
Teko Sadler Blue Willow, England.

Digandingkan dengan cawan Stevenson Blue Willow, dr England juga.

Walaupun kaler ada berlainan sedikit tapi masih serasi bersama.

Minum teh o dengan apam balik beli dr gerai.


Teko Sadler BW ni Rohas display sebagai salah satu hiasan dinding di rumah.

Sekian dulu n3 Rohas kali ni, hingga ketemu lagi.

Salam sayang :)

Friday, October 28, 2011

Jalan2 Cari Antik, Cari Makan.....

Assalamualaikum semua.

Dah lama benor rasanya tak bersiaran sejak akhir2 ni.
Semenjak kamera Rohas hilang terbatas segala xtiviti
blogging dan berfb. Rindu sgt2 nak berblog,
rumah rakan2 pun tak terjengok.

Cerita pendek Rohas ketika melawat Jonker Street (JS)
pada cuti Deepavali yg lepas. Sebenarnya tak plan pun nak
ke sini, tujuan utamanya anak2 nak makan seafood di Umbai.
Bila hubby kata nak bertolak awal terus ler
Rohas ajak singgah ke JS, boleh ler cuci2 mata.

Best rupanya dtg ke JS ni, macam2 kedai ada di sini,
harga pun boleh tahan ler. Ada kedai yg jual murah
ada yg jual mahal, yg ptg kena la pandai2 nego-kan.

Jom ler sudi2kan tgk gambar Rohas ni, tak banyak mana
pun sbb dlm otak ni asyik fikir nak cari PML jer,
mana la sempat nak snap....hehehe


Sebelum melawat kedai2 di JS ni, pekena cendol durian dulu.....best gilerrrr

Harganya RM4.50 semangkuk, makan 1 tak cukup....hehehe

Anak dara & anak bujang posing, di belakang tu JS Hotel.

Singgah posing di JS Park, melayan Syahir.


Sebelum ke Umbai singgah jap di Kapal Samudera ni.
Kesian Syahir tak dpt masuk dlm kapal tu sbb dah tutup.
So, amik gambar jer sbg kenangan.

Dinner seafood di Umbai, Jenahak bakar, udang butter, sotong goreng,
cendawan goreng & kangkung belacan....puhhhh yummy yummy...

Dah licin pun.....

Ole2 PML dari JS. Tak byk pun yg Rohas beli sbb tak cukup budget,
maklum ler tak plan kan....
Tiffin tu plg Rohas suka, dapat harga murah dari harga yg Rohas
dapat di Loken. Ada hikmah rupanya klu masuk ke kedai yg dah nak tutup
& Rohas adalah customer yg terakhir. Sukanyaaaa.....
OP Jade 16" & piring kekwa seketul pun dpt murah jugak, memang berbaloi3 ler
datang ke JS ni.

Sekian dulu cerita dr Rohas, salam sayang :))

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E