My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

HADIAH MYSTERY........TUREEN CONTEST

Assalamualaikum.....,

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni gara2 penyakit sindrom "M" dan kekekangan masa dengan kerja2 rutin yang meletihkan. Last weekend pulak aku demam selepas jumpa blogger Nanie di MAEP.
Kelmarin aku terima bungkusan dari Taj dan aku tahu yang bungkusan itu hadiah misteri Tureen Contest yang aku menang tempohari. Aku gembira bila dapat hadiah tu, walaupun hadiah itu tak sehebat hadiah K. Azah dan Chemp tapi aku hargai sangat pemberian dari Taj tu. Dah namanya pun Hadiah Misteri mestilah hadiahnya misteri jugakan, mestilah bukan tureenkan! Btw terima kasih daun keladi ya Taj....next time kalau ada contest lagi boleh la sponsor lagi hehehe....akak sudi nak join contest lagi...hehehe.
Aku rasa bertuah kerana dapat memiliki celepa dari Taj ni....sebab bukan mudah nak mencari celepa yang unik ni, tak semua rumah ada simpan celepa ni, kalau tak caya cuba tengok kat rumah hangpa ada ka? tapi satu yang aku pasti kat rumah otai Yatt memang ada.....hehehe....

Ok korang layan gambar2 di bawah ni ya......
2 biji celepa & 1 creamer bunga teratai yang macam Chemp punya hadiah tureen.
Bentuknya yang mengerutu tu buatnya jadi unik....warnanya....seputih salju....
Aku dah letakkan celepa ni di meja sisi bersama mangkuk kecil 5 roses.....
Pandangan dari atas....

Pandangan sisi.....

Sekian saja n3 kali ini, yang lain2 entah bila nak n3 lagi.....Selamat Malam semua....

Monday, April 5, 2010

ESSAY TUREEN CONTEST

ASSALAMUALAIKUM.....,

Pertama sekali kuucapkan Syukur Alhamdulillah.....kerana menang contest ni walaupun hanya menang Hadiah Misteri. Pada mulanya aku teragak2 nak masuk ke tidak....contest ni, maklum la aku nikan bloger baru di dunia antik, banyak benda, info antik yang aku kurang arif...apalagi hal2 tureen ni memang aku tak tau banyakpun. Yang aku adapun hanya 4 biji saja...itupun aku beli masa mula2 terjebak dalam dunia antik.

Disebabkan aku banyak kelapangan masa.....ketika aku bekerja di site, aku saja2 menulis essei tureen ni sementara menunggu waktu balik. Picture tureen memang siang2 aku dah snap sebelum contest ini diumumkan oleh Yatt, sbb aku fikir nak buat n3 di blog.

Sebelum terlupa, terlebih dahulu kuucapkan ribuan terima kasih dan setinggi2 penghargaan pada Pn. Mona & En. Taj yang sudi menaja hadiah2 yang begitu istimewa di mataku. Juga kepada Pn. Yatt yang bersusah payah menjayakan contest ini, terima kasih banyak2. Tak lupa juga TAHNIAH pada Kak Azah dan Chempaqa yang berjaya mengungguli hadiah yang lumayan itu. Pada yang tidak berjaya usah gusar, cuba lagi di masa akan datang, penyertaan anda jugak dihargai kerana memeriahkan lagi contest tersebut.

Oklah....dah terpanjang lebar pulak ucapanku ini, bosan pulak rakan2 bloger membacanya.

So, inilah esseiku yang agak simple, yang biasa2 saja....yang tercetus di fikiranku waktu itu(sebab otak aku dah lama beku dan akupun malas nak buat banyak rujukan kat internet...hehehe).

****************************************************

TUREEN ROSKU

KATEGORI: TUREEN ORIENTAL, MADE IN JAPAN

Ohhh…..leganyaaaaa! Aku lihat suasana di sekelilingku…., yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Sudah berhari-hari aku dan kembarku terperangkap di dalam kotak gelap yang merimaskan pandanganku. Kini aku sudah berada di tempat baru tapi ……aku tak pasti di mana ya…..?

Dulu aku tinggal di sebuah apartment mewah di Kota Singa, aku dijaga baik oleh tuan lamaku namun suatu hari…..aku terdengar dari tuan lamaku yang aku telah dijual kepada seseorang dari Kuala Lumpur. Kini……ya…. aku pasti benar yang aku memang sudah berada di Kuala Lumpur….harapanku..… aku akan dijaga baik oleh tuan baruku ini seperti dulu......

Setibanya aku di sini, kulihat tuan baruku tersenyum melihat kami……Tuan baruku terus mengangkat kami ke dapur dan dimasukkan ke dalam sinki, lalu diletakkannya air dan sabun. Dia membiarkan kami berendam di dalam air yang bersabun selama seketika….”mahu dibuat apa dengan kami ini?” tanyaku sendirian. Dadaku berdebar2 kencang…..tiba-tiba tuan baruku datang, kami dicuci, dilap dan digosok-gosok…..alahai!….bertuahnya aku…..kerana dapat dibelai dan dimanjakan begini. “Syukur Alhamdulillah”….kerana aku mendapat tuan baru yang baik sekali. Kemudian kami diletakkan di tingkat yang paling atas di dalam sebuah almari antik yang cukup cantik tersusun rapi. Aku benar-benar terharu dan merasa sangat-sangat dihargai oleh tuan baruku ini. Kami dikelilingi oleh saudara-saudara kami yang lain walaupun bukan dari jenis yang sama. Kalaulah aku dapat bersuara dan berteriak “Syukur Alhamdulillah”.......betapa girangnya hatiku.

Menurut kata tuan lamaku, aku berasal dari negara matahari terbit…iaitu Jepun. Aku telah diciptakan pada awal tahun 1950an. Wow! jauhnya aku mengembara hingga ke Malaysia kini…. Aku bernasib baik kerana badanku telah dicorakkan dengan kuntuman ros mekar yang berwarna warni. Corak ros ini memang ramai yang meminatinya. Oleh sebab itulah, kehidupanku sangat beruntung kerana aku setanding dengan saudara-saudara lain yang serba mewah dari England. Aku selalunya digunakan oleh tuanku ketika mengadakan majlis keraian bersama rakan-rakan dan saudara-maranya.
Macam biasa…… aku dipuji kerana kecantikanku. Itulah aku…..si tureen ros….sambil tersenyum bangga.
****************************************************
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E