My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Showing posts with label Almari Antik. Show all posts
Showing posts with label Almari Antik. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Susun Atur PML

Pagi ni Rohas tak kerja, semua orang pun tak ada di rumah.....
masing2 ada kerja sendiri. Baru ler rasa ada masa terluang untuk
membelek2 PML ni. Sudah lama tengok PML yang ada di kitchen 
tu tak tersusun lagi, memang menunggu waktu yg
sesuai untuk susun atur semula.
 
Masa baru2 dapat almari ni dulu Rohas display semua Bunga Kangkung
sebab masa tu PML Rohas belum beranak pinak lagi.
Sekarang ni makin hari makin bertambah,
mana ler nak muatkan almari yg kecik tu....
 
Selepas beberapa ketika.....pindah pulak PML Bunga Kangkung
ke almari Baba Nyonya di living. Bila datang pulak minat koleksi
yg biru2, PML Bunga Kangkung angkut pindah ke Kitchen semula.
Macam tu ler kerjanya.....
 
Bahagian atas ni dulu Rohas letak semua tureen.




Tureen2 & pinggan2 diletakkan di para terbuka sahaja. Masih menanti kondo antik
yg entah bila dapat memilikinya.....
 
N3 pendek jer ni....sbb banyak lg ruang yg perlu dikemaskan
sebelum masuk bulan Ramadhan.
 
Jumpa lagi....daaaa!

Monday, March 11, 2013

ALMARI BABA NYONYAKU VS BW



Assalamualaikum....

Hari ni baru terpanggil nak buat entry baru.
Padahal minggu lepas lagi dah berkemas2 & tangkap gambar,
tunggu masa yg sesuai baru leh update blog ni.

Almari Baba Nyonya Rohas ni sejak masuk ke TR,
dihuni oelh PML Bunga Kangkung. Dah 3 tahun kot....mmg rasa dah boring sgt2.
Dah tak de bunga lain ke??? asyik2 la kangkungkan....
klu byk yg rare tak pe jugakkan....hihihi

Nak display dengan PML lain rasa macam tak sesuai la pulakkk.....
So, akhirnya Rohas decide display jer la dengan koleksi biru putih
Blue Willow. Walaupun koleksi ni masih belum lengkap sepenuhnya,
Rohas display la jugak.....kot2 tengok hari2
boleh datang idea cemana nak lengkapkan koleksi BW ni....
(Idea tu maknanya kena keluar duit lerkann....:D)

Jom layan....

V
V
V

 Ini sahaja koleksi BW yg Rohas ada,
mungkin ada penambahan di masa akan datang.

 Design tiles lama di tengah2.....yg paling Rohas suka.

 Tureen biru JB serasi bersama BW.

  
 Suka tureen berkaki nih....

  Pandangan tureen dr atas....

Teko BW bersama teko Ricardo,
posing dulu sebelum berpindah ke rumah baru. 

 Teko BW yg disayangi.....biru mata hitamku.

 Cawan BW corak lain.....


Sekian dulu, entry Rohas....
terima kasih yg sudi singgah, sila datang lagi :) 

Wednesday, October 31, 2012

My Wish List.....

Salam all....

Akhirnya apa yg Rohas cita2kan.....tercapai jua.
Alhamdulillah...suka sangat2 bila jumpa kerusi kopi tiam ni, harganya juga reasonable (pada Rohas ler...)
Senang hati bila deal dgn taukeh antik yg peramah dan frenly serta tak lokek bagi info/petua tentang pml/barang antik. Isterinya pun sentiasa senyum jer bila kita tanya2 harga walaupun tak beli banyak pml.

Selama ni hanya jadi silent reader di FB tapi bila kebetulan raya Aidil Adha kelmarin Rohas sekeluarga beraya di Seremban, tergerak juga hati nak ke Kedai Antik Mr. Lee. Memang berbaloi pergi ke situ walaupun pml yg Rohas cari x de tp Rohas tak pulang dgn tangan kosong. Memang dah lama ushar2 kerusi kopi tiam ni, cuma harganya yg tak berbaloi.

Tak perlu kata apa2, jom ler tengok kecantikan kerusi ni......cantik ker????
Tak kisah ler kalau ada yg tak suka tapi Rohas mmg suka kerusi antik ni :))






Sekian dulu, daaaa.......

Saturday, April 3, 2010

ALMARI ANTIK BABA NYONYA

Salam Ahad, salam ceria....

Hari ini aku rasa happy sangat..... Semalam aku tidurpun tersenyum2 sebab apa yang diidamkan dah ada di dalam rumah. Boleh pandang & tengok setiap masa. Rasa macam tak percaya pun ada....tapi itulah hakikatnya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala pekerjaanku dan kehidupanku ini. Syukur Alhamdulillah.....Amin.

Mulanya aku sekadar bertanya....orang kata merisik2 khabar. Memangpun aku berkenan sangat almari bentuk ni....dah banyak kali aku tengok almari antik ni kat rumah orang, dalam internet, dalam blog CMG pun ada. Selalu cakap dalam hati...."bilalah aku nak dapat almari antik ni.....". Orang dulu2 almari ni dia orang buat almari mekap.
Kali ni aku dapat almari ni memang cukup antik, tak shelac lagi pun (betul ke ejaan ni??), original dari peniaga Antik dari Perak. Berurusan dengannya cukup mudah dan selesa sekali bila berbual dengan dia. Seronok rasanya berurusniaga dengan orang macam ni, segalanya ikhlas dan kerana Allah. Menurut katanya almari ni dapat dari rumah orang Cina kaya. Rasanya memang almari bentuk ni orang2 Cina suka especially Cina Baba Nyonya. Aku panggil almari ni Almari Mekap Baba Nyonya. Kalau di Melaka harganya memang sangat2 tinggi, memang tak mampu aku nak memilikinya.

Almari ni direka pada penghujung tahun 1940an dan diperbuat dari kayu jati tua, ukiran tangan, tangam (cara pemasangannya tak pakai paku). Part yang paling aku suka, tiles yang dipasang pada tengah2 almari tu. Katanya tiles ni buatan dari England. Sekarang ni tiles fesyen bunga2 macam ni dah tak boleh dapat lagi dah...Rasanya Cik Tasha kita ada collect tiles antik ni.

Aku tak buat apa2 lagipun pada almari ni sebab baru dapat semalam. Hubby kata nak shelac sikit, pastu barulah aku boleh display barang atau pinggan antik di atasnya.

Layan gambar ya......

Wednesday, February 10, 2010

ALMARI ANTIK

Yang diidam dah kunjung tibaaa......ini la almari antik retro yang kunantikan dr. bloger zulkis. Actually en. zul dah htr minggu lepas tapi tak dan lg nak wat n3. terima kasih byk2 ya en. zul sebab hantar almari antik ni sampai ke dalam rumah akak. Mengikut kata en. zul almari ni mak saudara dia punya, beli tahun 1970an. Orang dulu2 suka simpan kain baju dalam almari ni tapi orang sekarang (macam aku la...) pulak suka simpan pinggan mangkuk antik kat dalam almari ni. Korang layan le dulu gambar ni ya......
Almari antikku dah penuh berisi.....

mesti la display my fav.......bunga kangkung

Tuesday, February 2, 2010

My Retro Display Cabinet

Today aku happy sangat sbb dpt sms dr blogger zulkis, mengatakan yang display cabinet yang aku pesan tu dah ada. Dia pun dah upload picture kat blog dia. Ishhh.... tak sabar rasanya aku nak terima cabinet tu dan display my collection. Ini le cabinet-nya...En. Zul, pinjam picture ya!

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E