Pertama sekali kuucapkan Syukur Alhamdulillah.....kerana menang contest ni walaupun hanya menang Hadiah Misteri. Pada mulanya aku teragak2 nak masuk ke tidak....contest ni, maklum la aku nikan bloger baru di dunia antik, banyak benda, info antik yang aku kurang arif...apalagi hal2 tureen ni memang aku tak tau banyakpun. Yang aku adapun hanya 4 biji saja...itupun aku beli masa mula2 terjebak dalam dunia antik.
Disebabkan aku banyak kelapangan masa.....ketika aku bekerja di site, aku saja2 menulis essei tureen ni sementara menunggu waktu balik. Picture tureen memang siang2 aku dah snap sebelum contest ini diumumkan oleh Yatt, sbb aku fikir nak buat n3 di blog.
Sebelum terlupa, terlebih dahulu kuucapkan ribuan terima kasih dan setinggi2 penghargaan pada Pn. Mona & En. Taj yang sudi menaja hadiah2 yang begitu istimewa di mataku. Juga kepada Pn. Yatt yang bersusah payah menjayakan contest ini, terima kasih banyak2. Tak lupa juga TAHNIAH pada Kak Azah dan Chempaqa yang berjaya mengungguli hadiah yang lumayan itu. Pada yang tidak berjaya usah gusar, cuba lagi di masa akan datang, penyertaan anda jugak dihargai kerana memeriahkan lagi contest tersebut.
Oklah....dah terpanjang lebar pulak ucapanku ini, bosan pulak rakan2 bloger membacanya.
So, inilah esseiku yang agak simple, yang biasa2 saja....yang tercetus di fikiranku waktu itu(sebab otak aku dah lama beku dan akupun malas nak buat banyak rujukan kat internet...hehehe).
****************************************************
TUREEN ROSKU
KATEGORI: TUREEN ORIENTAL, MADE IN JAPAN
Ohhh…..leganyaaaaa! Aku lihat suasana di sekelilingku…., yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Sudah berhari-hari aku dan kembarku terperangkap di dalam kotak gelap yang merimaskan pandanganku. Kini aku sudah berada di tempat baru tapi ……aku tak pasti di mana ya…..?
Dulu aku tinggal di sebuah apartment mewah di Kota Singa, aku dijaga baik oleh tuan lamaku namun suatu hari…..aku terdengar dari tuan lamaku yang aku telah dijual kepada seseorang dari Kuala Lumpur. Kini……ya…. aku pasti benar yang aku memang sudah berada di Kuala Lumpur….harapanku..… aku akan dijaga baik oleh tuan baruku ini seperti dulu......
Setibanya aku di sini, kulihat tuan baruku tersenyum melihat kami……Tuan baruku terus mengangkat kami ke dapur dan dimasukkan ke dalam sinki, lalu diletakkannya air dan sabun. Dia membiarkan kami berendam di dalam air yang bersabun selama seketika….”mahu dibuat apa dengan kami ini?” tanyaku sendirian. Dadaku berdebar2 kencang…..tiba-tiba tuan baruku datang, kami dicuci, dilap dan digosok-gosok…..alahai!….bertuahnya aku…..kerana dapat dibelai dan dimanjakan begini. “Syukur Alhamdulillah”….kerana aku mendapat tuan baru yang baik sekali. Kemudian kami diletakkan di tingkat yang paling atas di dalam sebuah almari antik yang cukup cantik tersusun rapi. Aku benar-benar terharu dan merasa sangat-sangat dihargai oleh tuan baruku ini. Kami dikelilingi oleh saudara-saudara kami yang lain walaupun bukan dari jenis yang sama. Kalaulah aku dapat bersuara dan berteriak “Syukur Alhamdulillah”.......betapa girangnya hatiku.
hehehe..kelakar,tak terpikir nak buat story camtu.ada bakat mengarang.tahiah ye..kalau panjang lagipun okey,sanggup membacanya
ReplyDeletesalam rohas,,tahniah dari kmona kerana bersusah payah sertai pertandingan ini,,dan berjaya mendapat hadiah misteri dari Taj,,semoga apa yg diusahakan ni mendapat manfaat kepada kita semua,,lain kali klu ada pertandingan lagi,,boleh masuk lagi ye,,
ReplyDeletesalam kak rohas..
ReplyDeletethanks atas kesudian akak buat n3..saya sangat berbesar hati atas penyertaan akak nie..mmg esei akak kreatif sangat..thanks jugak sbb buat n3 nie..
apapun tahniah sekali lagi..jangan serik utk join lagi contest di masa akan datang.. ;)
patutlah menang..esei memang best...teringat anak sy bgtau semalam, waktu exam semalam dia buat karangan 'aku sebuah jam' hehehhh.....
ReplyDeletesalam rohas..firstly nak ucap tahniah kpd rohas krna berjaya ya..Syabas.Tentu rohas excited ya dpt hadiah..anyway excellent job.
ReplyDeletesalam.....
ReplyDeletepada sumer rakan bloger...thanks for de support. tanpa anda sumer sape la saya..
penyertaan saya hanya utk memeriahkan lagi pertandingan tu, x sangka pulak boleh menang. Pada penaja Pn. Mona & En. Taj tqvm for the gift...:lol :))
Salam Rohas...wahhhh..tahniah..kerana menang hadiah misteri...apa ya? dah tahu ke hadiah misteri itu?...hehehe..tahniah akak ucapkan kerana berjaya mengarang sebuah esei yang sangat bagus... memang teringat dulu2 saya sangat suka mengarang kerangan macam ni kat sekolah... " Aku sebuah buku", "aku sebuah beg", "Aku sepasang sepatu" dll ...let's your imagination go creative...
ReplyDeletetapi frankly speaking, tureen Rohas ni memang cun-melecun..tak nak jual kat akak ke? hehehe..saja je usik Rohas... mesti sayang kan...