My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Friday, October 4, 2013

Family Outing

Assalamualaikum.

Weekend yg lepas, Rohas & family keluar makan2. 
Memang rutin weekend akan keluar bersama kalau tak ada acara rasmi. 
Kalau hari Sabtu hubby bz dgn group motor dia, dia akan ganti hari Ahad 
untuk family. Begitulah selalunya.
Kebetulan minggu lepas semua nak celebrate birthday Rohas 
(24 September 2013) yg jatuh pada hari weekday. 
Kalau hari kerja tu mmg susah nak celebrate kecuali anak2 
semua ada di rumah. Kalau yg sorang tu ada kat hostel 
macam mana ler nak celebrate-kan.

Kami celebrate dinner kat Restoren Tupai-Tupai di Bukit Petaling, KL.
Restoren ni mmg kesukaan kami sekeluarga sejak dulu lagi. 
Selain dari menunya yg ala-carte, ada juga buffet steam-boat. 
Tapi kami sekeluarga prefer menu ala-carte.

 Ini la restoren Tupai-Tupai dari luar - pemandangan waktu malam.
(photo ehsan pakcik gugel)

 Pemandangan restoren waktu siang.

 Logo restoren Tupai-Tupai. Kenapa dinamakan Tupai-Tupai Rohas pun tak tahu. 
Mungkin sbb restoren ni dikelilingi hutan kecil disekitarnya.

Kami sampai di restoren pukul 6 petang. Sementara menunggu Along sampai, 
Rohas posing dulu dgn anak2 lelaki.

Apa la yg dibualkan hubby & anak lelakinya tu.....mesti citer pasal motor!


 Hari tu memang special sikit sbb ada kawan2 anak2 Rohas. So, ramai ler....

Mama yg paling rendah sekali.

 Tempatnya pun special siap ada belon untuk birthday girl :))

 Rohas sengaja pilih meja rendah kerana tempatnya agak privacy 
& boleh duduk bersila ala2 orang Jepun gitu....heeee






 Menu ikan siakap masal soya-sauce.

 Lagi 1 ikan masak 3 rasa.

 Menu lain - tomyam campur, sotong tepung, udang butter, 
kangkung belacan & telur dadar.


Dah licin pun semuanya, mmg best lauk2 dia. 
Sesapa berhajat nk try boleh ler cuba ke sini ya.

Daaaaa.......

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E