My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, July 18, 2011

RIDE CONVOI DI MAJLIS PENGKODINAN [PART 1]

Ahad yg lepas (17 Julai 2011), Rohas ikut serta hubby ride convoi di Majlis Pengkodinan, Istana Sri Menanti Negeri Sembilan. Rohas ikut pun sebab kelab motor hubby jadi tuan rumah, so Rohas kena la bagi support-kan.

Mesti ramai rakan blogger yg tertanya2 apa itu PENGKODINAN?
Pengkodinan itu maksudnya ialah MASUK SUKU bagi orang2 Negeri Sembilan yang masih mengekalkan Adat Perpatih. Kodin bermakna saudara, jadi berkodin ertinya bersaudara.

Mengapa diadakan Adat Berkodin? Supaya hidup tak berseorangan. Kehidupan mestilah bermasyarakatan dan bergantung antara satu sama lain tapi org dulu2 panggil Masuk Suku.
Sebab kedua; memang lumrah kehidupan mesti berpasangan, kehidupan suami isteri mesti dilengkapi dengan kehadiran anak2 lelaki atau perempuan. Dalam Adat Perpatih anak perempuan adalah aset keluarga yg akan mewarisi harta pusaka Adat. Jika tiada anak perempuan, harta akan berpindah milik kepada keluarga sebelah ibu atau waris suku berkenaan. Keluarga seperti inilah selalunya akan mengambil anak angkat perempuan dan mengadakan Adat Berkodin untuk mewarisi harta pusaka keluarga kelak.

Keterangan lebih lanjut tentang berkodin ni, boleh la baca di SINI ya.




Konvoi ni melibatkan 1000 motor berkuasa tinggi dan diiringi oleh Polis Trafik N9.


Sebelum konvoi semua motor berkumpul di Muzium Negeri.


Sebelum bertolak, sempat jugak Rohas snap brg2 antik di dalam muzium tu untuk tatapan rakan blogger. Jom tengok....










Teko kotak ni yg plg menggoda....teko kotak besar dr biasa kita jumpa, bunga pun cun.




Ada jugak terselit almari solek lama.

Basikal antik Posmen, kalau deco kat halaman rumah pun cantik ni....hehehe.


Sekian dulu n3 kali ini, nantikan Part 2 ya.

No comments:

Post a Comment

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E