My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Sunday, November 3, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

Assalamualaikum.

Selamat meninggalkan tahun 1434 Hijrah dan selamat menyambut Maal Hijrah 1435H....
esok 1 Muharram 1435H. Hari ini kita meninggalkan azam yg lama dan 
mulai esok bermulalah azam yg baru, semangat baru & kehidupan yg baru. 
Jika sebelum ini kita banyak leka padaNya, ishaAllah di tahun yg baru ini 
kita cuba berusaha lagi untuk mendekatiNya, perbanyakkan amal ibadat kepadaNya,
kerna hidup mati kita ditanganNya, bila2 masa sahaja Dia boleh mematikan kita. 
Jadi marilah kita berdoa semoga kehidupan kita yg mendatang ini akan menjadi lebih baik 
dari yg sebelum2nya. InshaAllah.....



Syukur Alhamdulillah, InshaAllah akan diberi kesempatan lagi untuk 
menyambut Awal Muharram sekali lagi. Semua kawan2 dah siap-siap 
cari doa awal dan akhir tahun awal muharram untuk kita baca petang ni,
hari terakhir bulan Zulhijjah 1434H. 

Rohas kongsikan doa awal dan akhir tahun awal muharram ini
kepada sesiapa jua yg singgah ke Teratak Rohas.
Kalau di FB Rohas kongsikan dengan tulisan Jawi, di blog pulak
Rohas kongsikan dengan tulisan Rumi.

InshaAllah....semoga kita semua sama2 beroleh manfaatnya. 
Semoga dengan perkongsian ini kita sama2 mendapat kebaikan 
di dunia & kebaikan di akhirat, ameen.


Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk 
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Barangsiap yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam 
pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, 
Allah ampunkan dosanya setahun”


Bismillaahirrahmaanirraahiim, 
wa shollalloohu’alaa sayyididinaa muhammaadin 
wa’alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, 
Alloohumma maa’amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii’anhu falam atub 
minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu
 ‘alayya ba’da qudrotika ‘uquubati wa da’autanii ilattaubati 
minhu ba’da jiroo-atii ‘alaa ma’shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika 
wa maa’amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa’adtanii ‘alaihits tsawaba wa as-aluka. 
Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu 
minnii walaa taqtho’ rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 
‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.


“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku,
apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang
Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari
padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun
telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba,
kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat
kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka,
maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan
yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya,
Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia,
yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima
amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan
hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia.
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.”

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini 
daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat 
memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Bismillaahirohmaanirrohiim. 
wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin 
wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. 
Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu 
wa ‘alaa fadhlikal ‘adliimi wujuudikal mu’awwali 
wahaadza’aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 
‘ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi 
wal ‘auni ‘alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli 
bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. 
wa shollalloohu ‘alaa sayyidinaa muhammadin 
wa ‘alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami 
Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. 
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. 
Hanya dengan anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. 
Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syaitan, 
kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu 
atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon 
kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu 
wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat 
dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami 
Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.”
 

InshaAllah dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan sepanjang tahun baru nanti serta mendapat setahun 
keampunan dosa yang telah lalu. 

Jadi, jangan lepaskan peluang sekali setahun ini ok. Jom sama2 kita baca!

Saturday, November 2, 2013

Blue Willow Yang Ohsem

Assalamualaikum.

Sudah lama Rohas tak update citer pasal PML. 
Bukan tak mahu tp sekarang ni dh lama tak membeli PML, 
jadinya tak ada la benda yg nak tunjuk & cerita. 
Kalau asyik2 PML yg sama jer pun orang jemu pulak nak tengokkan.....

Seperti yg pernah Rohas katakan dulu yg Rohas akan update 
PML Blue Willow, nah sekarang rasanya dah hampir lengkap 
koleksi BW ni, sebab tu la ada cerita pasal PML. 
Rasanya kalau koleksi transferware ni BW biru saja ler yg 
Rohas collect. Merah ke hijau ke, kaler lain tak terfikir lg nak collect. 
Biru itu paling menawan dimataku. 

Susah jugak nak collect koleksi BW ni menjadi lengkap seperti sekarang, 
kena ambil masa lama dan rajin buka fb sbb kalau yg biru2 ni mmg ramai 
peminatnya. Koleksi Rohas ada yg local made dan juga England made.
Walaupun local made tp birunya lebih terang dari yg England made. 
Buatan local made pun tak byk bezanya, lg elok sbb baru dr. kilang. 
Tak kisah ler local or oberc punya yang penting Rohas suka.

Banyak pula Rohas membebel, jom ler tengok gambar2nya,
V
V
v
v
v



 Teko kiri & tengah England made, manakala yg kanan local made. 
Nampakkan biru local made lebih terang lg kalernya. Bentuk teko pun berbeza.

 Oval Plate baru dapat, 14" panjang. Puas hati, boleh letak lauk banyak...

 Cawan design local made.

 Gambar di bhgn belakang cawan.

 Cawan England made, birunya agak kusam.

 Blue Windmill Clog ini pun nak interframe jugak :))


 Mug BW cukup untuk 6 orang. Susah nak dapat mug ni, memang rezeki Rohas lerkan!


Lengkap dah untuk hidangan 6 orang. 
Mangkuk tureen dah dapat tp masih dlm perjalanan lg.
Kalau dah dapat nnt, Rohas kongsikan lagi ya.


Sekian dulu cerita pasal BW, jumpa lagi, daaaa.....

Sunday, October 27, 2013

Birthday Dinner


Assalam.

24 October 2013 adalah birthday my hubby. Rohas dah janji dgn family 
nak belanja makan di Laman Grill dekat Bangi. 
Rohas tengok review psl restoren tu semua kata ok, 
so teringin jugak ler nak rasakan, maklum ler resepi dari 
Master Chef yg hot tu, Chef Zubir.

Semlmnya Along belikan Abahnya birthday kek utk yg ke 46 tahun. 
Semoga En. Hubby pjg umur, diberikan kesihan yg baik & rezeki yg 
melimpah ruah untuk menjaga kami sekeluarga. 
Kami sayang Abah :)


Dari rumah berkobar2 nak mkn western masakan Chef Zubir
 tp sgt kecewa bila kami sampai, semua table fully booked. 
Manager LG kata klu nak datang telefon dulu buat reservation. 
Tak sangka pulak hot smpi mcm tu sekali.

Snap picture restoren LG dari luar restoren sbg kenangan yg kitorg 
dh smpi ke sini tp x dpt mkn...huhuhuhu.


Kami x rasa nak tunggu hg ada meja kosong di LG sebab anak2 rohas semua dah kelaparan.
 Finally we all decide mkn nasi arab di Restoren Al Diafah bersebelahan dgn restoren LG.








Decor dlm restoren, nampak mewah!


Mixed hati, limpa & daging.

Mendy Lamb pilihan anak bujang - Syafiq.

Kabsah Lamb pilihan birthday boy.

Arabian spagethi pilihan Along - Syafiqa, tp x sedap sgt pon!

 BBQ Chicken - Arabian Western style, kering daaaa!



Decor restoren - Arabic style.

Bila Rohas dah bayar bil, mereka bagi goodie bag yg di dalamnya 
mengandungi kurma & manisan Arab.

Daaaaa......sampai sini dulu.

Friday, October 4, 2013

Family Outing

Assalamualaikum.

Weekend yg lepas, Rohas & family keluar makan2. 
Memang rutin weekend akan keluar bersama kalau tak ada acara rasmi. 
Kalau hari Sabtu hubby bz dgn group motor dia, dia akan ganti hari Ahad 
untuk family. Begitulah selalunya.
Kebetulan minggu lepas semua nak celebrate birthday Rohas 
(24 September 2013) yg jatuh pada hari weekday. 
Kalau hari kerja tu mmg susah nak celebrate kecuali anak2 
semua ada di rumah. Kalau yg sorang tu ada kat hostel 
macam mana ler nak celebrate-kan.

Kami celebrate dinner kat Restoren Tupai-Tupai di Bukit Petaling, KL.
Restoren ni mmg kesukaan kami sekeluarga sejak dulu lagi. 
Selain dari menunya yg ala-carte, ada juga buffet steam-boat. 
Tapi kami sekeluarga prefer menu ala-carte.

 Ini la restoren Tupai-Tupai dari luar - pemandangan waktu malam.
(photo ehsan pakcik gugel)

 Pemandangan restoren waktu siang.

 Logo restoren Tupai-Tupai. Kenapa dinamakan Tupai-Tupai Rohas pun tak tahu. 
Mungkin sbb restoren ni dikelilingi hutan kecil disekitarnya.

Kami sampai di restoren pukul 6 petang. Sementara menunggu Along sampai, 
Rohas posing dulu dgn anak2 lelaki.

Apa la yg dibualkan hubby & anak lelakinya tu.....mesti citer pasal motor!


 Hari tu memang special sikit sbb ada kawan2 anak2 Rohas. So, ramai ler....

Mama yg paling rendah sekali.

 Tempatnya pun special siap ada belon untuk birthday girl :))

 Rohas sengaja pilih meja rendah kerana tempatnya agak privacy 
& boleh duduk bersila ala2 orang Jepun gitu....heeee






 Menu ikan siakap masal soya-sauce.

 Lagi 1 ikan masak 3 rasa.

 Menu lain - tomyam campur, sotong tepung, udang butter, 
kangkung belacan & telur dadar.


Dah licin pun semuanya, mmg best lauk2 dia. 
Sesapa berhajat nk try boleh ler cuba ke sini ya.

Daaaaa.......
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E