My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Tuesday, November 20, 2012

TRAVELOG: HAT YAI, SONGKHLA, THAILAND (10 - 12 NOV 2012)

Assalamualaikum.

Nampaknya dah lama Rohas tak berblog.....maklum ler masa terbatas dgn urusan rumahtangga & kerja harian. Jadi tak dapat ler nak update blog selalu.
Pada permulaan cuti sekolah kelmarin, iaitu dari 9hb Nov 2012 hingga 12hb Nov 2012, Rohas pun bercuti jugak. Kiranya Family Holiday ler.....destinasinya kali ini di luar Malaysia tapi dekat2 Malaysia jer!
Mana lagi.....kalau bukan tutttt di utara semenanjung, HAT YAI, SONGKHLA, THAILAND.
Dulu awal2 tahun planing nak ke Kelantan tp lepas keguguran, planning ke Kelantan dibatalkan, tup...tup, Cik Hubby propose gi Hat Yai. Apalagi melompat suka ler Rohas dan anak2.....



DAY 1 (KL - HAT YAI, 9/10 NOV 2012)

Kami bertolak dari KL pukul 11.00pm, Cik Hubby mmg suka gerak memalam sbb nak elakkan traffic jem, maklum ler minggu ni permulaan cuti sekolah & cuti Deepavali, so mesti byk kereta. Kami driving untuk save & boleh berhenti di mana2 tempat yg kami rasa nak singgah, makan or shopping. Percutian kali ni bersama2 dgn cousin Cik Hubby, mereka 3 beranak. So semuanya 8 orang dlm 1 MPV! Perjalanan waktu mlm & gelap, so kitorang tidur jer la, hinggalah sampai di Changlung, Kedah pukul 4.30am. Sampai di Changlung sudah byk kereta & bas persiaran berhenti di sini untuk buat insurance/permit kenderaan masuk ke Thailand. Kos untuk kereta hanya RM25.00 sahaja. Dekat  sini juga boleh tukar duit dari Ringgit Malaysia ke Thai Bhat.

RM1 = 10 Thai Bhat.
RM1,010 = 10,000 Thai Bhat
 (Masuk Thailand jadi orang kayo sekejap....:D)

Lepas siap buat permit & tukar duit, kami terus gerak ke ImigresenBukit Kayu Hitam . Kami sampai waktu tu pukul 5.30am, Imigresen Malaysia tak buka lagi, so beratur ler dulu sehingga ofis bukak.




Imigresen Malaysia dah lepas, kena beratur pulak untuk cop passport di Imigresen Thailand. Nak masuk Thailand pun kena bayar jugak.....kena selit duit kopi RM1.00 dalam passport kita, kira rasuah kat pegawai2 ler tu.....ermmmm.


Kami sampai di pekan Danok lebih kurang pukul 6.30am, so sempat ler solat subuh di surau Danok.

Perjalanan dari Danok ke bandar Hat Yai mengambil masa lebih kurang 45 minit. Waktu kami sampai masih sangat pagi kalau dikira waktu di Thailand. Perbezaan masa ialah 1 jam lewat di Thailand, kalau waktu Malaysia pukul 8, waktu di Thailand ialah pukul 7.

Kami sampai awal di Hotel Regency. Last minute booking, dapat ler Hotel Regency tapi Rohas not recommend korang stay hotel ni....tak best langsung....harap mahal jer. Rohas nak book Grand Plaza tapi fully booked. Ini semua my Hubby fault, Rohas nak book awal2 tapi dia kata boleh book masa walk in. Last2 dapat hotel Regency yg tak bape mesra alam, agak kotor & ada lipas. Nasib baik kitorang dapat checkin early pukul 9.30am. Masa sampai hotel tu pukul 8.30am so, sementara tunggu bilik siap kitorang pergi breakfast dulu di Restoran Hamid.

Restoren ini mmg cantik & bersih.....pekerjanya pun cantik beruniform & pandai berbahasa melayu tapi mahal. Rohas memang dah tau kedai ni cekik darah bila baca di forum tp Cik Hubby berdegil jugak nak masuk sini. Tak kisah ler....lagipun dia yg bayar.

Sempat lagi Syahir main Boboi sementara tunggu breakfast siap...

Breakfast roti canai, roti bakar, nasi goreng & minuman, total = RM54. Mahalkan???


Cik Hubby aka our driver yg terlalu mengantuk....tertidur di sofa hotel sementara menunggu bilik siap.

Selepas berehat beberapa jam, kitorang keluar makan di Pasar Hat Yai. Perjalan dari hotel ke pasar adalah lebih kurang 15 minit dengan menaiki tuk-tuk. Harga tuk-tuk 20 Bhat untuk perjalanan di sekitar bandar Hat Yai. Kalau duit kita dalam RM2.00 untuk 1 kepala.


 Pilih....jangan tak pilih ya....

 
Di bahagian atas pasar adalah tempat makan, di bahagian bawah ada byk kedai2 menjual baju, kain, kasut, handbag, travel dll. Meroyan tengok semua kedai2 ni, rambang mata wei.....

Di hadapan Hotel Lee Garden yg pernah kena bom pada awal tahun 2012. Malam2 kat sini memang happening. Walaupun pernah kena bom namun orang masih ramai berkunjung ke sini. Sekarang kalau nak masuk Lee Garden Plaza ada polis periksa beg setiap pengunjung sebelum masuk.

Selepas puas bershopping di pasar Hat Yai, kami dah letih & dahaga. So, kitorang singgah cari makan2. Tapi kita mampu isi pulut durian jer for tea time. Ayam goreng, udang goreng ke whatever goreng2 one tak selera den.....sbbnya semua makanan tu sudah digoreng awal2, kalau kita nak, mereka akan goreng balik. Kalau tengok minyaknya pun dah tak suka.....hitam gitu!


 Yummy pulut durian! Minum dengan air kelapa.


 Lepas habis tea time, kitorang pakat2 nak pergi Klonghae Floating Market. Jauh perjalanan dengan tut-tut adalah dalam 1/2 jam tapi kami rasa macam driver tu bawa kami jalan jauh, sempat lagi dia singgah rumah dia ambil anak, sabor jer laaaa.
 Sementara tu dapat ler tengok senibina Thai sepanjang perjalan ke floating market. Sewaktu kami sampai tu dalam waktu senja, memang ler waktu puncak, byk tuk-tuk & orang ramai berpusu2 ke situ. Market ni dibuka hanya pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad, dari pukul 3.00pm hingga 9.00pm. 


Pintu gerbang ke Klonghae Floating Market.

Pasar malam sebelum menuju ke Floating Market.

 Ini salah satu makanan pelik orang Thai yang ada dijual di situ, iaitu ulat, cengkerik, belalang goreng dll. Rohas dah biasa tengok ni sebab dah pernah sampai ke Hat Yai ni dulu. Tapi bagi orang yg pertama kali datang & tengok benda ni, memang ler rasa pelik....geli geliman pun ado....isssshhh.


 Loya tekak den....

Pemandangan Floating Market dari atas jambatan.


Kebanyakan peniaga yang berniaga di sini ialah orang muslim Thai, so memang halal ler. Makanan & minuman diletakkan di dalam perahu, ada juga yg memasak di situ. Makanan yg dibeli di isi ke dalam bakul & dihulurkan kepada pembeli dengan batang kayu panjang. Bermacam2 makanan yg biasa & pelik ada dijual di situ, cantik berwarna warni. Minuman di Thailand memang best kalau nak dibandingkan di negara kita terutamanya teh ais, air laici dll....memang Rohas puji superb. Minuman diletakkan dalam balang tembikar yg berukiran kartun, selepas membayar minuman kita boleh bawa balik dengan bekasnya sekali sebagai souvenir.....unikkan!

 Walaupun bermacam2 aneka juadah yg dijual di sini tapi sedikitpun tidak menarik selera Rohas untuk menikmati juadah di sini. Kenapa??? tak tau ler memang bukan selera Rohas kot, biar ler menjadi rahsia Rohas. Semua decide makan malam di bandar Hat Yai nanti. Kami hanya membeli minuman sahaja sebab keadaan di situ yang sesak & terlalu ramai pengunjung.....panas beb!

 Syahir memilih bekas minuman Angry Bird, his fav!

Sempat jugak posing dengan penari Thai sebelum balik :)
Selepas sampai di bandar Hat Yai, Cik Hubby bawa makan kat gerai yg dia pernah makan dulu.
Kitorang order nasi goreng, mee goreng, kue tiaw goreng. Yang istimewa di sini ialah TEH AIS dia, memang power! Kalau di Thailand teh ais mereka panggil CEN YA.
Lai Chi Kang dia pun best. Abang yang berniaga tu muslim tapi kedai dia orang Cina pun duduk makan minum....tu maknanya mmg BEST!!!  Kasi dia 5 ***** :D

  

Ok ler Rohas dah penat menaip ni, insya'Allah ada masa nanti Rohas sambung balik ya.....

Wednesday, October 31, 2012

My Wish List.....

Salam all....

Akhirnya apa yg Rohas cita2kan.....tercapai jua.
Alhamdulillah...suka sangat2 bila jumpa kerusi kopi tiam ni, harganya juga reasonable (pada Rohas ler...)
Senang hati bila deal dgn taukeh antik yg peramah dan frenly serta tak lokek bagi info/petua tentang pml/barang antik. Isterinya pun sentiasa senyum jer bila kita tanya2 harga walaupun tak beli banyak pml.

Selama ni hanya jadi silent reader di FB tapi bila kebetulan raya Aidil Adha kelmarin Rohas sekeluarga beraya di Seremban, tergerak juga hati nak ke Kedai Antik Mr. Lee. Memang berbaloi pergi ke situ walaupun pml yg Rohas cari x de tp Rohas tak pulang dgn tangan kosong. Memang dah lama ushar2 kerusi kopi tiam ni, cuma harganya yg tak berbaloi.

Tak perlu kata apa2, jom ler tengok kecantikan kerusi ni......cantik ker????
Tak kisah ler kalau ada yg tak suka tapi Rohas mmg suka kerusi antik ni :))






Sekian dulu, daaaa.......

Monday, October 22, 2012

A New Find ` Display Kopi Tiam jer.....

Salam all....

Dah lama rasanya tak update koleksi PML sebabnya tak de PML yang baru. Kalau ler asyik2 nk update PML yg lama jer, jemu la pulakkan.

Kebetulan Rohas baru beli Display Shelf ni. Memang dah lama berhajat sebab nak display cawan2 kopi tiam Rohas yg tak berapa kerat tu. Actually nak kata baru beli tak jugak sebabnya sebelum raya puasa dah dapat shelf ni, cuma tak de orang nak tolong drill untuk sangkut benda ni.

Jom ler tengok!

Tak tahu ler menarik ke tidak susunan Rohas ni, tengok minah salleh tu susun sempoi jer....dah nampak cantik. Sayang pulak Rohas rasa kalau tempat tu kosong....almaklum ler cawan2nya banyak.
Opsss...banyak sangat ke??? :D
 
Cer tengok minah salleh ni decor.....cantikkan!
 
 The Shelf sebelum display cawan & piring.

Semua kopi tiam Rohas yg berbunga2 jer, yang de tulis2 masih belum collect lagi.
Belum ada mood nak collect lagi.

Set kopi tiam Twin Roses......my favourite.

Yang biru ni pun favaourite jugak.

Yang hitam ni suka jugak.....jarang jumpa kaler ni, kira rare la kan!

Kaler2 lain tu uoals tengok ler sendiri ya.
Nampak macam kosong jer decor Rohas ni, rasanya kena tambah alas kot baru naik serinya.
Gaya country pun x de....huhuhu.
Tengok ler rasa2 nak tambah decor kt shelf ni, nnt Rohas update lagi ya.
 

Sunday, October 21, 2012

Majlis Konvo Along ` 15 Oktober 2012

Pada Ahad lepas adalah hari yg dinanti2kan oleh anakku....Nur Syafiqah aka Along.
Sekejap jer rasanya dia masuk kolej dan sekarang dah pun hadiri majlis konvonya.
Mama bangga dengan Along sebab Along dah tunjukkan pada Mama yang Along dah belajar bersungguh2 hingga dapat Anugerah Dekan & Anugerah Khas Presiden. Mama sentiasa doakan yg terbaik untuk Along dan anak2 Mama....
Lepas ni Along kena belajar lebih giat lagi untuk dapatkan segulung Ijazah pulak....

 Pentas konvo.
 
Kasih sayang seorang Mama untuk anak tercinta.....
 
Posing dulu sebelum masuk dewan...
 
 
 
Selingan nyanyian koir dr pihak kolej, dah lama tak dengar nyanyian koir sbb masa sekolah dulupun Mama ahli koir sekolah :D
 
Selingan lagi....nyanyian lagu asli....lagi ler mengantuk zzzzzzz.
 
 
Gambar kenangan sekeluarga.
 
Along dpt byk hadiah bunga sampai x cukup tangan nk bawa.
 
Petang tu mmg from A to Z sessi amik gambar jer :D
 
Anak dara Mama....sekejap jer dah besor, alahai....
 
In ler hadiah yg paling Mama bangga...
Syukur Alhamdulillah, semoga diperbanyakkan lg rezeki Along selepas ni, Insya'Allah...Amin.
TQ Along....Mama luv u :)
 

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E