My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Friday, June 28, 2013

Susun Atur PML

Pagi ni Rohas tak kerja, semua orang pun tak ada di rumah.....
masing2 ada kerja sendiri. Baru ler rasa ada masa terluang untuk
membelek2 PML ni. Sudah lama tengok PML yang ada di kitchen 
tu tak tersusun lagi, memang menunggu waktu yg
sesuai untuk susun atur semula.
 
Masa baru2 dapat almari ni dulu Rohas display semua Bunga Kangkung
sebab masa tu PML Rohas belum beranak pinak lagi.
Sekarang ni makin hari makin bertambah,
mana ler nak muatkan almari yg kecik tu....
 
Selepas beberapa ketika.....pindah pulak PML Bunga Kangkung
ke almari Baba Nyonya di living. Bila datang pulak minat koleksi
yg biru2, PML Bunga Kangkung angkut pindah ke Kitchen semula.
Macam tu ler kerjanya.....
 
Bahagian atas ni dulu Rohas letak semua tureen.




Tureen2 & pinggan2 diletakkan di para terbuka sahaja. Masih menanti kondo antik
yg entah bila dapat memilikinya.....
 
N3 pendek jer ni....sbb banyak lg ruang yg perlu dikemaskan
sebelum masuk bulan Ramadhan.
 
Jumpa lagi....daaaa!

Thursday, June 27, 2013

Hobiku Masa Kini

Bila dah nak masuk Ramadhan jer....ini ler kerja Rohas.
Bulan Ramadhan ler Rohas ada byk masa terluang untuk buat crochet ni.
Dekat ofis pun Rohas boleh mengait waktu lunch hour.
 
Niat di hati nak buat alas meja bulat. Setakat ni dah habis guna 2 buku benang.
Sekarang ni dah masuk benang ke-3, masih ada banyak lg yg perlu dikait.
Ini baru siap permukaan atas meja sahaja.
 
Sebenarnya sangat2 membosankan apabila buat sambungan
yg berlainan patern dari yg tengah tu....
Ini pun dah beberapa minggu baru nak habis sambungan tu....huhuhu
Tapi kena la sabar banyak2 untuk hasilkan 1 design yg cantik!
 
Jom tengok!
V
V
V
V

 
Yeayyy....dah nak siappun sambungan ni, bercinta sgt2 nak buat bahagian ni.....

Macamana la nak siap cepatkan, memula kait mcm biasakan,
pastu tetiba jer kena buat sambungan tepi yang menegak pulak,
tension betul laaaaa.....
 
Alhamdulillah part ni dah nak siap, daaaa :)

Sunday, June 23, 2013

HAPPY BIRTHDAY ` Syafiq

Assalamualaikum.

23hb Jun 2013 adalah Hari Ulang Tahun anak teruna Rohas,
Syafiq yg ke-20 tahun. Sekejap jer rasanya derang ni membesar....
bulan lepas birthday anak dara Rohas, nampaknya setiap bulan ler pulak
kitorang celebrate birthday selepas bulan Jun ni.
Semalam jugak jatuhnya malam Nisfu Syaaban, jadinya hari ni Rohas berpuasa sunat
setelah puas makan besar semalam. Walaupun semalam Kuala Lumpur & Selangor
jerebunya agak teruk dengan bau asap tp plan kitorang tetap diteruskan jugak.
Lagipun kami outing indoor sahaja, masih okkan....
Dari rumah lagi kitaorang decide nak makan Korean BBQ kat Seoul Garden
IOI Mall Puchong tp sampai2 jer waiter kata dah full house,
 kalau nak jugak kena la que lebih kurang 40 minit.
Finally kitorang masuk TGI's Friday sebab semuanya dah kelaparan.

Happy Birthday son....semoga menjadi anak yg soleh &
maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Semoga hidupmu sentiasa dirahmati & diberkati Allah.....Amin.


ID TGIF yang sangat cantik.....leka tengok!


 Sebelum makan posing dulu....
  
 Clam soup.

 Syahir makan carbonara creamy spagethi, his fav...menu for kids ni FOC.

Lamb Grill.....menu pilihan Syafiqa & En.  Hubby.

Menu pilihan Rohas....1/2 Roasted Chicken wif black pepper sos....yummy!



 Menu pilihan birthday boy.....Beef Rib Grill wif BBQ sos. Besarnya.....tp mmg sodapp!

 Mama & Abah....yg belanja abah aje, hihihi


 Birthday cake sponsor by TGIF.....FOC tp kena la mentioned kat waiter ada birthday celebration ya!

 Sebelum tiup lilin, birthday boy kena dera dgn waiter & waitress TGIF,
kena berdiri atas kerusi & nyanyi 1 song...

 Kena buat wish jugak.....



Petang tu kitorang tea time dengan homemade tiramisu cake birthday
tp bukan Rohas yang buat ya. Rohas cuma keluar duit modal jer.....
yang buat kek tu anak dara Rohas sbb dia mmg expert bab kek2 ni. 
Jom tengok....




 Sekian dulu n3 Rohas......daaaa!

Monday, June 17, 2013

COLMAR, Bukit Tinggi Pahang (Part II)

Assalamualaikum.

Hari ini Rohas nak sambung/update percutian Rohas di hari kedua
di Colmar, Bukit Tinggi Pahang.
Kami check out tepat pukul 12.00 tengahari selepas breakfast.
Proses check-out berjalan lancar, dapat duit refund untuk 2 dewasa
ntrance fees. Sebelum meninggalkan Colmar, kami sempat jalan2 lagi
di sekitarnya. Suasana waktu pagi tenang sahaja dan tengahari pula sudah mula
agak sibuk dengan tourist yang keluar masuk di sini.

 
Selepas check-out, kami menuju 1 kedai yg menjual barangan clay/souvenir
yg boleh dilukis. Syahir dah ternampak Angry Bird. 1 AB sahaja berharga
RM13.90 & free colouring jika melukis di situ.
Jika dibawa pulang ada caj untuk colouring set.

Syahir mula melukis......his favorite Angry Bird black. 

 Semuapun tolong Adik melukis.....Abah jadi QC, Mama jadi cameraman.


Pandangan Colmar dari tempat outsider parking area.
 
 Kami jalan2 lagi disekitar luar Colmar sbb masa masuk kelmarin mmg x singgah
tempat2 menarik yg boleh posing....hihihihi
 



Kalau nak tahu.....ada lg 1 bangunan/hotel yg berdekatan dengan Colmar,
tp hotel ni ekslusif banget.....menurut kata pak guard hotel ni khas utk org
honeymoon jer, kanak2 dibawah 18 thn dilarang masuk sama sekali......
wowwww!!!! apa makna tu eik????

 Selepas tu kami medaki bukit tinggi.....namapun Bukit Tinggikannnnn.
Semput la jugak kami bila dah sampai kat atas tu.....huhuhu

 Dah habis daki tangga, kena mendaki bukit pulak nak sampai nun ke atas.

 Puncak Bukit Tinggi.

 Dah sampai puncak.....apa yg ada eik???? Jom kita tengokk....

v
v

 
 
Japenese Souvenir shop.
 
Japenese Garden.
 


 Japenese Village.
 







Dah hilang penat di Japenese Village, amik nafas dulu baru ler kami gerak
ke Animal Park di kaki bukit. Entrance fee RM3/pax.
Di sini boleh bagi makan rabbit, rusa dan naik donkey. 
Berbaloi ler dengan harga RM3-kannn...













Selain dari tu ada jugak aktiviti lasak di sini spt
Paint Ball, Jungle Trekking, Canopy Bridge dll.
 
Ok setakat ini shj cerita Rohas.....jumpa lagi :)
 

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E