My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Sunday, September 30, 2012

My Birthday Surprise.....24th September 2012

Kupanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana di usiaku 44 tahun aku masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan yang bahagia ini disamping orang2 yang kusayangi....suami & anak2 tercinta. Syukur Alhamdulillah :))
 
Ya Allah....Kau kekalkanlah kebahagiaan ini hingga ke akhir hayatku,
Kau berilah aku kesabaran & ketabahan menghadapi hari2 mendatang......
 
Kreatifkan anak2ku.....buat party surprise untuk mama dia dengan benda2 terpakai jer, tapi mama suka. TQ guys...... mama luv uols:))
 
Baru balik kerja...rumah sunyi sepi, ingatkan tak de orang kat rumah, rumahpun gelap jer....
rupa2nya.......ada birthday surprise, terkejut betul mama :))
 
Tiup lilin yg ke-44 tahun....
 
 
Makanannya Dominos pizza......simple jer tp mama terharu sgt.....TQ to my hubby & anak2,
mama tak akan lupa saat ni.
 
 
Birthday girl....Mama.
 
 
 
Kenangan manis bersama family yang tak akan Mama lupa..... 
 

Monday, September 17, 2012

Kenangan Raya Di Tapah, Perak

Salam semua.

Kelmarin raya sempat juga Rohas sekeluarga pulang beraya di kampung sebelah bapa mertua di Kg. Chenderiang, Tapah Perak. Kalau ada yg duduk di Perak pasti tahu tempat ni sebab ianya terkenal dengan air terjun Lata Kinjang. Kampung ni terpencil di sebalik bukit bukau & gunung ganang, sebab tu ler banyak punca air terjun & sungai. Bila berada di sini rasa sangat suasana kampung dan kenyamanannya.

Syukur alhamdulillah masih berkesempatan datang ke sini walaupun bapa mertua telah 6 tahun pergi menghadap Yang Maha Esa. Silaturrahim yang telah lama terjalin masih erat di sanubari.


Lihatlah betapa syahdunya suasana kampung ni.....

Walaupun kita sampai waktu tengahari tetapi masih nampak kabus lagi......
So, cuba anda bayangkan betapa sejuknya kalau di waktu malam......

Sampai2 jer Syahir dan sepupunya dah terjah kolam ikan di belakang rumah Mak Chor.
Syahir excited sangat2, maklum ler 1st time balik ke kampung Tapah.


Kolam ni dibina atas bekas lombong, maknanya air di kolam ni sangat2 dalam.
Kalau nak tangkap ikan kena guna perahu, so derang tengok jer la Pak Long yang jaring ikan ya sbb orang yg expert dlm kerja2 ni jer yg boleh turun ke kolam.

Duduk berbaris semuanya menunggu ikan :D

Ikan dah masuk jaring.....ikan lampan ni.....

Cer tengok cara orang kampung ikat ikan2 tu....guna tali rapia jer.


Ikan2 fresh dari kolam......ada lampan, jelawat & talapia.

Ini ler yang Syahir suka.....naik motor kelliling kampung.

Mama Syahir pun suka jugak naik motor......naik motor duduk style kampung :)


Petang tu kami semua bermandi manda di air terjun tapi bukan ler air terjun Lata Kinjang tapi air terjun yang lain, kecil sedikit dari Lata Kinjang. Saja nak privacy.....


Air terjun ni terletak di tengah2 perkampungan orang asli tetapi idak ler kami takut sebab sepupu hubby kenal dengan orang2 asli tu....


Yang seronoknya hanya kami sekeluarga saja yang mandi di situ.

Sementara kami mandi, mertua & Mak Chor sibuk memasak ikan sungai yang ditangkap ptg tadi.


Menu malam tu.....ikan patin gulai lemak tempoyak, ikan goreng, ikan bakar cecah cili kicap & air asam.....memang membuka selera....so delicious...yummy...yummy!

Makan ramai2 bersila di atas lantai.

Untung Syahir dapat main bunga api & mercun malam tu sebab Pak Longnya toke mercun kat kampung tu.

Syahir seronok sangat dapat merasai suasana kampung. Yang paling dia suka mandi air terjun hingga tak nak balik.


Gambar kenangan Rohas dengan mertua & Mak Chor.
Yang pasti kami akan datang lagi bila tiba musim buah nanti :)

Sekian dulu, wasalam.

 

Sunday, September 9, 2012

KENANGAN 1 SYAWAL 1433H

Assalamualaikum......Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Rasanya masih belum terlambat untuk Rohas mengucapkan salam aidil fitri buat semua rakan blogger kerana kita masih lagi di bulan Syawal. Maaf zahir batin andai ada bahasa yg menyinggung perasaan selama Rohas berblog.

Rohas ingin mengabdikan kenangan raya di kampung halaman Rohas, di Johor sebagai kenang-kenangan buat diri sendiri. Nak update blog hari2 pun tak sempat, apalagi di musim raya....memang bz ya amat. Kesian blog Rohas ni dah tertinggal jauh ke belakang.


Hidangan wajib 1 Syawal....ketupat, lepat, rendang, serunding, kuah lodeh & kuah kacang.


Deretan balang biskut raya & kerepek untuk hidangan tetamu, banyak kuih tunjuk jer tu....


Perkara pertama selepas sembanhyang raya.....minta ampun dengan mak Rohas.


Minta ampun dengan hubby....banyaknya dosa kena sebut satu2.


Bergambar sekeluarga dengan mak tersayang.


Keluarga besar Rohas di Johor, ada 1 lagi family yg tak ada, belum sampai daa....

Cucu2 mak....itupun ada lagi yg tak ada.


Lepas sesi bermaaf-maafan, ramai2 serbu rumah kak long Rohas.


Petang raya kita orang pulang ke kampung mak di Bt Pahat, ziarah kakak2 mak yg masih tinggal di sana. Posing sekeluarga di hadapan rumah kampung.

Syahir dan sepupu2nya.


Anak2 bergambar di belakang parit sebagai kenangan, maklum ler sekali2 sekala balik ke kampung dan memang tak pernah jumpa parit pun :))

Tengok ler budak2 sekarang ni....jakun tengok parit.


Sekian dulu, cerita dari Rohas, bertemu lagi di lain posting.....daaaa.

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E