My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Friday, February 10, 2012

Jalan2 Ke Universal Studio Singapore (Pt 2)


Salam Sabtu untuk semua rakan blogger.

Hari ini Rohas nak share percutian Rohas & family ke Universal
Studio Singapore pada 6 Februari 2012. Boleh ler share dengan
rakan2 blogger yg bercadang untuk bercuti ke sana.

Dah lama tak jalan2 dgn family, so bila ada kesempatan, terus jer
booking tiket ke USS dengan Asia Travel di Kuala Lumpur,
kalau nak booking online pun boleh juga. Kitorang ke USS
dengan menaiki bas express dari Skudai terus ke USS.
Tiket bas cuma RM15/pax untuk perjalanan pergi balik.
Harga tiket ke USS pula untuk dewasa SD68.00 dan untuk
kanak2 SD50.00. Kalau baby F.O.C jer. USS buka pada pukul
10.00 pagi hingga pukul 7.00 malam pada weekdays.
Kalau Friday, Saturday and Sunday buka hingga pukul
9.00 malam.

Jom tengok photo2 yg Rohas dah ambil masa di USS.
V
V
V
V
V

Anak2 Rohas, buah hati mama.....

Syafiq posing di Transformers before que Transformers Ride.
Syahir x leh masuk Transformers Ride sbb x cukup tinggi,
so kena la tunggu si abang & kakak keluar dulu, boringnyaaaa.......
Kebetulan pulak hari tu Syahir pakai kasut Transformers.....
so posing sekali dgn tumbler Transformers yg baru beli dengan
harga yg cekik darah SD28.80 (boleh dpt 1 teko bulat bunga
kangkung ni).




Our lunch at Oasis Cafe, Egypt.....briyani ayam.
Makan 1 family dengan harga SD80.00, huh pokai mama.
Kalau beli PML ni leh dpt 1 set teaset.....huhuhu.





Setakat ni jer n3 kali ni....thank you for visiting.
Selamat berhujung minggu.

Wednesday, February 8, 2012

Jalan2 Ke Singapore (Pt 1)


Pada cuti minggu lepas, Rohas balik ke kg di JB. Sambil blk kg tu,
terus singgah berjalan2 ke Singapore pada keesokannya.
Maklum ler sejak berkahwin tak de jejakkan kaki lg ke Singapore.
Sekarang ni baru terfikir nak bawak anak2 jalan2 ke Singapore.
Cadangan Rohas pun disokong cik hubby, apalagi suka la anak2
dpt melancong ke luar negara.

Jom tgk pikas......Singapore di waktu malam.




Semua gambar2 ni di ambil di Esplanade, Singapore. Semua bangunan2 tercanggih
ada di situ. Memang cantik ler pemandangannya di waktu malam.

Siangnya pula kitorang lepak2 di Woodlands Waterfront.
Yang ini flat navy di Marsiling tempat cik hubby tinggal dan dibesarkan dahulu.
Kiranya macam cik hubby balik kampung ler jugak.....:))
Selamat bertemu kembali.....daaaa.

Wednesday, February 1, 2012

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat Hari Wilayah untuk warga WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Hari cuti dengan bekpes Nasi Goreng Sardin Cili Padi.

V
V
V
V

Selamat bercuti.

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E