My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Wednesday, July 27, 2011

"MEAKIN" ROSE JAPAN

Senangnya hati bila yg dinanti dah tiba. Hampir setahun menunggu,
akhirnya lengkap jugak teaset "Meakin" Rose Japan ni. 3 kali terlepas
tak bermakna tak dapat memilikinya terus.
Semuanya dah ditakdirkan dan rezeki itu datangnya dari Allah.
Syukur alhamdulillah....

Jom saksikan kecantikan ros ni, pada Rohas rosnya cantik banget,
merahnya berseri2 gitu...hehehe.



Bermula dengan cawan2nya. Sebenarnya Rohas beli cukup 6 set
tapi cedera sewaktu sampai di Teratak Rohas.
1 biji cedera parah & tak dapat diselamatkan.
2 biji pun cedera jugak tp masih boleh digam
dan dijadikan hiasan sahaja. Sedihkan....huhuhu
Rohas redha kerna dah bukan rezeki Rohas....
Cop mohor teko dan cawan berbeza tapi asalnya sama dr. Japan.
Yang penting bunganya sama :))


Teko bunga hadapan. Teko ni besar dr saiz biasa. TQVM pada Bro Shariff yg offer teko ni.

Teko bunga belakang, kecil sedikit.

Cawannya cantik seh...dalam cawan pun ada bunga. Suka ya amat...




Sekian dulu untuk n3 kali ini, selamat menjamu mata...daaaa.

Wednesday, July 20, 2011

2 ROSES CHINA

Salam 19 Sya'ban.

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, bulan puasa. Sebelum berpuasa ni ler nak kemas rumah, cuci2 langsir, bersihkan segala habuk.....PML pun nak kemas jugak. PML-nya dah berlonggok2, lemari antik x de lagi....so kemas2 jer la apa yg patutkan....

Terlupa Rohas ada cawan2 2 roses, Made in China. Bunganya mmg cantik, padanan warnanya jugak sesuai sgt, itu yg nampak so sweet. Masa mula2 dpt cawan2 ni, Rohas ingat nak letgo jer....tp bila terlihat tekonya di blog SHAS, rasa macam dah jatuh cinta pulak kat bunga ni. Masih menanti tekonya....ntah bila la nak jumpa tu, tak pe la simpan dulu....kot2 ada rezeki Rohas esok lusa.

Jom tengok cawan ni....



Sekian dulu, n3 pendek hari ni, selamat menjamu mata.....daaaaa.

Tuesday, July 19, 2011

CONVOI RIDE DI MAJLIS PENGKODINAN (PART 2)

Hari ni masih lagi citer psl event di Istana Sri Menanti kelmarin. Semua motor dah masuk ke pintu gerbang Istana Sri Menanti Negeri Sembilan. Ini ler 1st time Rohas masuk istana lama N9, den bukan org N9 tapi dah lamo belajor selok belok org negeri sbb hubby org sini.

Betapa gahnya pintu gerbang ni, senibina lama orang Minangkabau. Hubby den yg ride depan sekali sbb hari tu dia dilantik jadi Road Captain, semua motor ikut belakang dia...termasuk ler Rohas yg ikut convoi tu tp den bawak keto....hehehe.



Ini pintu gerbang arah ke Istana Sri Menanti, semuanya warna kuning, lambang kerabat diRaja.

Cantikkan.....

Majlis Adat Pengkodinan ataupun Masuk Suku diadakan....Fauziah Latif pun ado sekali, dia Presiden Lady Bikers.

Semua Presiden kelab2 motor dijemput hadir ke atas pentas untuk acara Masuk Suku.



Majlis menaiktaraf Adat Perpatih ni adalah acara tahunan, kolaborasi antara Kelab Motor N9 dengan Kerajaan Negeri. So, sape2 yg nak tau adat2 Perpatih ni, boleh ler datang sini tahun depan....


Sementara majlis berlangsung, dapat jugak Rohas masuk ke Istana lama Sri Menanti & melihat2 barang2 antik di sana. Jom tengok....

Katil lama yag digunakan oleh orang2 dahulu. Bila tengok katil ni, baru ler Rohas faham bila Eis jual Kepala katil, muka bantal, kaki katil dsbnya.


Baju Sultan & Permaisuri dulu2. Ignore 2 model kecil tu ya.....



Hah...yg ni plg Rohas suka, esp. teko meakin tu...rasa mcm nak bawak balik jer....

Pinggan meakin....

Kotak sireh tekad ni pun Rohas suka.


Pelita tembaga.

Barangan tembaga.




Di sana sempat jugak Rohas bergambar dengan Fauziah Latif :))


Sekian dulu n3 kali ni, kalau ada citer yg best2 lagi....nnt Rohas share ya...daaaa.

Monday, July 18, 2011

RIDE CONVOI DI MAJLIS PENGKODINAN [PART 1]

Ahad yg lepas (17 Julai 2011), Rohas ikut serta hubby ride convoi di Majlis Pengkodinan, Istana Sri Menanti Negeri Sembilan. Rohas ikut pun sebab kelab motor hubby jadi tuan rumah, so Rohas kena la bagi support-kan.

Mesti ramai rakan blogger yg tertanya2 apa itu PENGKODINAN?
Pengkodinan itu maksudnya ialah MASUK SUKU bagi orang2 Negeri Sembilan yang masih mengekalkan Adat Perpatih. Kodin bermakna saudara, jadi berkodin ertinya bersaudara.

Mengapa diadakan Adat Berkodin? Supaya hidup tak berseorangan. Kehidupan mestilah bermasyarakatan dan bergantung antara satu sama lain tapi org dulu2 panggil Masuk Suku.
Sebab kedua; memang lumrah kehidupan mesti berpasangan, kehidupan suami isteri mesti dilengkapi dengan kehadiran anak2 lelaki atau perempuan. Dalam Adat Perpatih anak perempuan adalah aset keluarga yg akan mewarisi harta pusaka Adat. Jika tiada anak perempuan, harta akan berpindah milik kepada keluarga sebelah ibu atau waris suku berkenaan. Keluarga seperti inilah selalunya akan mengambil anak angkat perempuan dan mengadakan Adat Berkodin untuk mewarisi harta pusaka keluarga kelak.

Keterangan lebih lanjut tentang berkodin ni, boleh la baca di SINI ya.




Konvoi ni melibatkan 1000 motor berkuasa tinggi dan diiringi oleh Polis Trafik N9.


Sebelum konvoi semua motor berkumpul di Muzium Negeri.


Sebelum bertolak, sempat jugak Rohas snap brg2 antik di dalam muzium tu untuk tatapan rakan blogger. Jom tengok....










Teko kotak ni yg plg menggoda....teko kotak besar dr biasa kita jumpa, bunga pun cun.




Ada jugak terselit almari solek lama.

Basikal antik Posmen, kalau deco kat halaman rumah pun cantik ni....hehehe.


Sekian dulu n3 kali ini, nantikan Part 2 ya.

Thursday, July 14, 2011

POKOK KELAPA DI TERATAK ROHAS

Hari ini baru ada mood nak update blog. Teruja sangat bila Rohas berhasil dapatkan teko Pokok Kelapa ni, maklum ler keluarannya limited, seller pun jual mahal sgt....

Masa mula2 dulu macam x minat jer nak collect pokok kelapa ni, melambak2 org jual...ignore jer, bila dah x de baru ler menyesal....cari sana sini pun x jumpa2. Nasib baik ler ada seorang sahabat yg baik hati offer kat Rohas...teko kelapa ni. Macam orang mengantuk disorongkan bantal jer...

Koleksi kelapa Rohas bermula dgn penemuan kremer aladin di Loken. Tertarik dgn bentuknya & dapatpun dgn harga yg berbaloi3...Rohas sematkan impian nak completekan teasetnya.

Kemudian dapat pula 3 pasang set cawan & sebiji platter dari rakan FB. Dan lagi....pasang angan2 lagi untuk dapatkan tekonya.....akhirnya.....dapat jugakkan, walaupun lambat. Orang kata berakit2 ke hulu......eh betul ke peribahasa Rohas ni....hentam saje la.....

Sekarang Rohas nak pasang impian lagi....nak dapatkan tureen pulak....boleh jumpa ke? Tak pe...tak kena bayarpun nak berangan2 dulukan....

Jom ler tengok koleksi pokok kelapa Rohas ni.....yang biasa2 aje!









Selamat menjamu mata,
Sekian dulu n3 kali ini, salam sayang....daaaa.

Monday, July 4, 2011

Si Ibu Sunshine Bertemu Anaknya....

Dah agak lama jugak Teratak Rohas tak update new n3
sebab tuan empunya diri tak sihat sejak kebelakangan ni.
Dah sebulan batuk ni tak mau pergi,
selama itu jugak ler macam malas jer nak snap2 gambor PML.
Rindu pulak rasanya nak berblog....
Nak menceriakan suasana berblog ni,
Rohas upload gambar cawan
Meakin Sunshine ` Autum Flower yg baru dapat.....
tapi single jer......kawan2 yg lain lum datang lagi,
boleh ler dia berteman dengan si ibu Teko.

Layan jer la ya....

Cawan meakin ni corak ros ni ada yg semilar dr Japan,
Rohas punya ni England mari sbb ada kuntuman ros di dalam cawan.

Si ibu Teko Sunshine....

Sekarang dah berteman.....si Ibu Teko & anaknya. Bila la nak bertemu dengan anak2nya yang lain. Rohas pernah n3 Meakin Sunshine sebelum ni, kalau nak tengok boleh ler klik sini ya.



Sekian dulu, Happy Viewing....
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E