My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Monday, February 28, 2011

My 1st Teko Kotak...

Assalam.


My latest finding....Teko kotak Bunga Poppy.
Dah lama usha2 teko kotak rakan2 blogger yg lain,
yg selalu jumpa kat Amcorp Mall pun x de bunga yg Rohas kenan.


Walaupun harganya mahal, Rohas rembat jugak
sebab dah masuk ke kedai tuh....,
pantang Rohas kalau dah masuk kedai x beli barang.
Selalunya kalau Rohas ke kedai antik atau pasar karat,
Rohas mesti nak dapat yg lebih murah dari yg jual online
tp hat ni harganya pun lebih kurang online jugak.


Terkilan ler sikit sebab jauh Rohas berjalan tp pulangannya tak berbaloi.....
apa2pun Rohas redha, mungkin rezeki Rohas di tempat lain
bukan di kedai antik tu....


Mungkin hari ni kita dapat harga mahal,
esok2 kita dapat pulak harga runtuh,
mana tau...lusa pulak kita dapat barang FREE....
begitu la lumrah alam, ini semua rezeki Allah s.w.t.




Sekian, salam ceria.

Wednesday, February 23, 2011

Sekuntum Mawar Biru

As-Salam.

Setiap kali nampak yg biru2 jer, mesti Rohas kenan.
Tak kira la biru gelap ke, biru muda ke, biru turkoish ke....
Apalagi kalau yg biru tu nampak cantik sangat dimataku....
mmg sah2 Rohas rembat. Kalau masa tu tengah tak de duit pun,
sanggup korek mana2 dulu demi nak mendapatkan koleksi biru2....

Kebetulan memang rezeki Rohas nak dapat si biru ni,
pagi2 buta dah layan itenet, ternampak ler ros biru ni
masih belum berpunya,
apalagi....terus aje masuk meminang dr Onie.

Jom ler layan koleksi terbaru Rohas nih.....sudi2kanlah ya...


Suka sangat dengan sekuntum ros biru ni, lain dr yg biasa.....


Set for 4, 22 gold karat Imperial, Made in England.


Terserlah keayuan ros biru ni di cake platenya.



Teaset di bawah sinaran lampu kuning...



Set Trios.


Piring kuih & cawan, patern bunga kecil kat tepi piring tu
dah macam kain lace, emboss lagi....memang cantik ler....


Peti harta karunku....hasil hunting di JB masa CNY kelmarin.....
yg penting cantik & murah2 aje....



Sekian, selamat menjamu mata & salam ceria.

Saturday, February 19, 2011

GA NITA ~ Past Times Collectibles

As-Salam.

Ramai pulak rakan blogger kita yg adakan GA,
lepas seorang, seorang lagi, lagi dan lagi....
bila pulak giliran kita nak buat GA eik....entah ler,
tungga la kalau hati Rohas terbukak nanti.

Walaupun Rohas baru jer menang GA Aida Al-Kesah,
Rohas tetap nak join GA rakan2 blogger yg lain.
Itu pun jika Rohas ada kelapangan masa untuk buat n3 GA ni,
kalau bz kadang2 x sempat jugak.

Yang penting pada Rohas join GA ni bukan ler nak menang sangat....
sebenarnya kita sesama blogger saling sokong menyokong
antara satu sama lain dan ikhlas dalam persahabatan.
Kalau menang Syukur Alhamdulillah....
kalau x menang pun boleh cuba lagi & lagi......

Sape2 yg belum join tu masih ada masa lagi nak join....

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Jadi follower blog saya ~ Done
2. Link kan blog saya dlm blog list anda ~ Done
3. buat N3 GA ni dalam blog anda ~ Done
4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )? ~ Tahun 2008
5. Apakah koleksi PML anda yang pertama? ~ Bunga Kangkung ler
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung ~ Of Course Kangkung
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
f) Koleksi Meakin/ J & G ( pink, biru, kuning dan hijau )

Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011. Sila email pada pasttimes74@yahoo.com untuk maklumkan nama penuh, alamat dan contact no. ~ Done


Hadiah2 nya seperti berikut :

TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE



TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE


TEMPAT KE3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU



Apalagi kawan2....jom kita join ramai2....


Tuesday, February 15, 2011

Koleksi Biru

Salam Maulidur Rasul, 12 Rabiul Awwal 1432H.

Sempena hari yg amat bermakna pada umat islam seluruhnya....
semoga kita semua dapat melipagandakan amalan dan
berselawat ke atas Nabi Muhammmad s.a.w.
Semoga kita semua mendapat rahmat & hidayahNYA.

Untuk menenangkan minda di hari cuti ni,
Rohas nak share koleksi biru yg baru dapat bulan lepas.
Rembatan di Amcorp di sebuah gerai minah salleh di tgkt atas.
Harganya pun berbaloi2 ler pada Rohas.


Apa yg membuat Rohas tertarik pada teko ni sbb
ia sedondon dengan tiffin biru yg Rohas beli dr Haizul.
Rohas mmg suka sangat dgn koleksi biru2 ni.


Cuba tengok tangkai pada tiffin & teko tuh....
itu yg buat Rohas suka sangat.
Gabungan porcelain dan tembaga mmg nmpk cantik sekali.
Susah nak dapat hat ni. Kalau dapat yg complete set
harganya mencecah hingga RM200 tp yg ni
Rohas dapat RM20 jer, itu yg Rohas terus rembat.


Cutekan teko ni.....pada pandangan mataku ler....



Sekian dulu.....selamat menjamu mata, layannnnn.......

Sunday, February 13, 2011

Hasil Hunting di JB

Salam Ahad.

Hari ni Rohas tak kemana2 pun....badan pun kurang sihat.
Rohas hanya berehat duduk di rumah sahaja layan hubby & anak2.

Sambil2 tu Rohas buat ler n3 tentang hasil hunting masa
perayaan Chinese New Year yg lalu.
Rohas rembat semua ni di 2 buah kedai 2ndhand
di Johor Bahru. Nak serbu kedai apek semuanya tutup.

Jom tengok apa yg Rohas dapat.....

Berbaloi jugak rasanya walaupun hasilnya tak seberapa.
It's cost RM10 only.
Sukanya hati sebab x perlu keluar duit banyak....save a lot....
3 pinggan bunga kopi tiam, 2 piring cawan,
belakang stamp Made in Japan,
mangkuk nasi Wexford & mangkuk2 kecil & gelas2.


Pinggan2 ni yg paling Rohas suka, dah digandingkan dgn piring batik Japan.


Pinggan2 hijau ni Rohas buat hiasan jer
sbb itu shaja yg ada, yg sedara maranya belum mai lagi....

Sekian, n3 kali ini....salam sayang.

Friday, February 11, 2011

Rezeki Yang Tak Terduga.....Menang GA Aida Al-Kesah

Salam Jumaat.

Today nak buat n3 tentang hadiah GA Aida Al-Kesah yang Rohas
menang 1st prize.
Memang teruja sangat2 & happy giller
bila dapat tahu yg Rohas menang tempat pertama.
Rohas ingatkan cuma dapat hadiah kecil aje tp bila balik umah tgk blog,
dpt hadiah besar rupanya....mmg surprise ler....


Ini gambar dari blog Aida Al-Kesah yg menunjukkan Rohas menang tempat pertama.
Rezeki yg tak disangka2, Syukur Alhamdulillah....
Happy sgt maklum ler dapat hadiah pinggan yg Rohas collect.
Terima kasih pada tangan yg memberi Aida MN dari Al-Kesah,
semoga Allah permudahkan lagi rezeki Aida sekeluarga. Amin.


Sekarang pinggan2 dan tureen Indian Tree ni dah berada
di rumah Rohas, sukanyaaaa....
Senyum sebulan nampaknya ni.....heheheh


Tureen IT, Wedgewood Made In England.


Baru2 ni terima platter 16" IT dari Oshin. Platter ni besar sangat & berat.


Pinggan2 & tureen dah berkumpul dengan teaset Rohas yg terdahulu.
Dah semakin meriah keluarga IT ni.




Perbezaan platter besar gedabak tu dengan pinggan2nya.


Rohas suka corak bunga Indian Tree ni,
pd pandangan mata Rohas cantik sangat.




Gambar kenangan dengan Aida sewaktu Aida dtg menghantar hadiah tu.
Aida ni peramah & frenly orangnya....suka Rohas berjumpa dengannya.
Semoga persahabatan kita ni berkekalan di alam maya & juga realiti.


Sempat jugak Rohas titipkan small gift buat Aida sebagai kenang2an.

Sekian, selamat menjamu mata....

Sunday, February 6, 2011

Walaupun Hitam Dipandang Manis....

Salam Ahad.



N3 ringkas jer malam ni, sebab esok dah nak kerja,
anak pun nak kesekolah, kena siapkan rutin harian
seperti sediakala selepas seminggu bercuti raya cina.

Jom saksikan koleksi ros hitam Rohas ni,
lengkap ler kalau nak jamu tetamu makan malam.



Suka dengan bunga ros ni walaupun hitam tetapi dipandang manis...


Koleksi ros hitam ni bermula bila hunting di kedai antik Beranang.


Cawan mulut lebar dapat dari silent reader, teko tinggi beli dari Khaty Penang.


Teko bulat & teko tinggi....hanya menunggu teko Aladin, itu pun kalau ada rezeki.


Set Trios.




Sekian dulu, selamat menjamu mata.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E