My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Monday, January 31, 2011

" GONG XI FA CHAI "


Salam Selasa.

Semoga rakan2 blogger sekelian berada di dalam lindunganNYA
tak kira la di mana jua berada....

Kepada rakan2 yang menhadapi banjir diharap banyak2 la bersabar
dengan dugaan yang ALLAH berikan,
pasti ada hikmahnya atas segala yang berlaku.

Sempena perayaan Chinese New Year ni,
Rohas pun nak n3 koleksi merah2 Rohas yang seciput ni.....
rasanya Rohas tak pernah lagi buat n3 khas untuk koleksi ini.

Wishing to all my Chinese frenz
" the prosperous Chinese New Year & Gong Xi Fa Chai. "

Silalah jamu mata dengan koleksi Rohas yang tak seberapa ni....
harap2 dapat ler menenangkan minda anda semua di hari2 cuti nih...


Rohas mmg suka dengan kaler merah....kalau anda juga suka, layannnn......


Koleksi enamel merah semuanya dapat dari Kedai Antik Welly,
pelita merah dapat dr Mudah.my dan
bakul sia Nyonya dibeli di Melaka.


Mangkuk nasi enamel Made in Indonesia, tengok rama2 tu cunkan....


Terbaru Tiffin Enamel Merah Made in Indonesia jugak.



Sekian dulu, salam sayang & ceria2 selalu.

GA SULONG AIDA AL-KESAH....BEST GILERRR

Salam Isnin....
Semoga rakan2 blogger semua happy2 selalu
dengan koleksi masing2 dan sempena cuti Chinese New Year nih.....
boleh ler hunting PML lagi ya.
Tapi 1 jer Rohas nak pesan
"Berhati2 Di Jalanraya & Sayangilah Keluarga Anda...."
Rohas tadi jenjalan kat blog pastu ternampak ler
si Aida dari Al-Kesah ni buat GA sulong
sempena perayaan Chinese New Year.
Aida ni walaupun blogger baru tapi dah lama jadi collector kot....
koleksi dia mmg cantik2 & mabeles....
especially koleksi England dia...mmg mengancam abis,
dan byk koleksi rare pulak tuh.
Rohas mmg tabik spring ler kat Aida nih,
macam Yatt jugak semua koleksi dia jadi inspirasi
buat Rohas & kenkawan yg lainnya.
Yang baik & cantik tu...apa salahnya klau kita
jadikan panduan & teladankan....
Jom rakan2 semua kita join sesama,
hadiah2nya lumayan...sape2 yg belum ada koleksi ni boleh ler joinkan....
Rohas pun nak join jugak...hehehe
Syarat2 penyertaan:-
1) Mestilah jadi follower Aida.
Dah lama jadi follower Aida.
2) N3 GA Aida & linkkannya.
N3 dah siap & dah link pun.
3) Tinggalkan jejak di post Comment.
Dah tinggalkan jejak jugak.
4) Terbuka pada kengkawan/blogger di Malaysia sahaja.
Rohas memamg tinggal di Malaysia.


Hadiah2 GA Aida:-


Hadiah Pertama : Tureen Indian Tree Wedgewood & 5 Mangkuk mungkum.


Hadiah Kedua : Sakura Chinese Teaset & 1 piring kuih.
Macamana kengkawan.....lumayankan hadiah2nya.
Rohas dah cuba nasib, anda bagaimana?
Selamat Mencuba.....

Saturday, January 29, 2011

ETERNAL BEAU JOHNSON BROS

Salam Sabtu...

Malam minggu ni rohas nak sharing koleksi Eternal Beau Johnson Brothers
yg baru rohas terima parcel-nya dari seller FB,
Eyna Koleksi BarangUK.

Terima kasih byk2 pada Eyna yg tahan dgn kerenah rohas nih....
kadang2 kitapun teralpa...dengan kerja2 harian yg tak pernah habis2.

Kiranya ini koleksi ke-2 rohas dr Johnson Bros yg berbentuk segi lapan nih.
Kalau nak tengok n3 rohas yg dulu tentang koleksi JB segi lapan nih
boleh klik sini ya...

Jom kita saksikan gambar2nya....

Koleksi EB ni rohas cuma dapat lengkapkan koleksi teaset jer....


Suka tgk teko nih....cantik dipandangan mataku...
tangkainya pun bersegi2


Jug kremer yg comei lote....cun sgt2


5 set trio cawan


Trio cawan



Jam EB ni baru dapat dr Oshin pagi tadi.....



Sekian dulu....selamat menjamu mata & selamat berhujung minggu.....

Friday, January 21, 2011

REZEKI YG TAK TERDUGA.....

Salam Jumaat.

N3 hari ni nak share pasal rezeki yg tak terduga....
kenapa rohas cakap begitu eik???

Memang rohas tak sangka akan dapat completekan
set kekwa merah ni. Bunga kekwa merah ni antara
spesis yg sangat payah nak jumpa. Kebetulan.....rezeki
yg memang tak terduga oleh rohas....Syukur Alhamdulillah,
kerna cawan2nya adalah pemberian dari seorang rakan di FB.

Terima kasih banyak2 pada kawan rohas tu, rohas cuma
dapat doakan kesejahteraan dia sekeluarga, bertambah rezekinya
dan budinya akan rohas kenang sampai akhir hayat.

Orang kata rezeki yg datang, jangan ditolakkan....
sukanya hati dapat lengkapkan koleksi kekwa merah ni....

Jom kita layan gambar2nya.....

Mula2 dapat beli teko bulat ni dari Eis.



Cawan kekwa Mulut Lebar 5 set pemberian dari seorang rakan FB,
1 set beli dari Eis.


Cawan2 ML berposing.


Set Trio kekwa.


Set Trio dibaringkan....cantikkan bunga kekwa ni.....



Set Pinggan & piring.


Pinggan makan dari mak, 2 bunga kekwa yg berlainan...
yg 1st tu bunga kuncup, yg lg 2 bunga kembang.



Sekian dulu, selamat menjamu mata.....salam sayang.

Saturday, January 15, 2011

Sepetang Dengan Koleksi English Vintages

Salam Sabtu.

Semoga rakan2 blogger sekelian bergembira di hujung minggu bersama2 keluarga tercinta.

Tak kira ler di mana kita berada...di rumah, kedai antik, pasar karat,
shopping complex ataupun di kedai apeks,
yg penting kita happy dengan apa yg kita lakukan.

Petang2 begini best kalau minum teh dengan cekodok ke, kuih karipap ke...
apa2 aje la, janji soruuu...kan!

Rohas minum petang dengan teh & kuih kapit jer....
tapi yg istimewanya petang ni minum dengan
koleksi English vintages yg Rohas suka.
Jom tengok.....




Koleksi vintages teaset Miranda, Royal Worchester dari England.
Terima kasih pada Onie dari blog Lovely Treasure
yang telah memenuhi hajat Rohas untuk memiliki set ni.


Teaset ni mengandungi 6 set cawan, 6 piring kuih, 1 cake plate, kremer & sugar pot.
Dah lama mengidam nak set pastel green berbunga di tengah2,
baru kini Rohas dapat memilikinya.


Set cawan2nya. Bagaimana la agaknya rupa teko ni ya!
Kalau adapun mesti tangkainya bersiku sepertimana cawan & kremernya.


Set cawan & piring kuih. Bunga liar di dalam cawan....
cun sesangat (di mata Rohas ler...)


Pandangan dr atas bila cawan dibaringkan, nampak macam Jade pun ada.
Boleh juga kalau digandingkan dgn teko Jade.
Tapi Rohas teko Jade pun tak de....huhuhu


Cake plate, piring kuih & piring cawan. Cantikkan bunga yg di tengah tu....


Kremer & cawan bersiku.


Pandangan dr atas.


Terserlah keayuan bunga liar tu di tengah2 piring & di dalam cawan.



Sekian dulu, selamat berhujung minggu.


Thursday, January 13, 2011

KOLEKSI GELAS AMBER

Salam Ceria...

N3 kali ni Rohas nak share koleksi Amber Rohas
yg dulunya dimiliki oleh MIL pada tahun 1970an.

Koleksi gelas2 Amber ni jugak ada di blog Yatt & Ezany
(seingat Rohas ler...klu blogger2 lain ada koleksi ni tp Rohas x sebut...jgn marah ya...),
tapi dlm bentuk yg berbeza.
Rohas tak mau citer panjang sbb x de idea nak menulis....
lagipun mata ni mcm dah nak tertutup sgt...

Jom kita layan gambar2nya....

Ini sahaja yg ada dlm simpanan Rohas,
set pinggan mangkuk lain Mak masih guna lagi untuk kenduri kendara.


Jug lama, tangkainya drp plastik lama & boleh dicabut2...


Hanya tinggal 5 biji gelas tinggi, banyak dah pecah....
gelas rendah pun ada jugak beberapa bijik, lupa pulak nak snap sekali....
Dah lama x guna gelas2 ni sejak dah beli gelas baru....hehehe


Tak pasti kegunaan mangkuk sampan ni
tapi Rohas rasa sesuai kalau untuk letak butter....atau sambal belacan.



Sekian, selamat menjamu mata & selamat malam....

Sunday, January 9, 2011

Tureen Polos 4 Warna

Salam Ahad.

Dalam kesibukan para2 ibu menguruskan persekolahan anak2, ramai jugak collector yg sibuk shopping PML di awal tahun baru ni. Kalau dah namanya collector x kira di mana, x kira masa, kalau dah suka mmg PML akan di collect bawa masuk rumah....termasuk ler yg cakap ni jugak.....hehehe

Rohas tak nak cerita panjang, lets enjoy viewing the picture here....

Tureen polos 4 warna ni....w/pun tanpa bunga tapi tetap cantik dimataku....
it's my fav tureen...


Kesemua tureen2 ni datangnya dari England.....


Mula2 dapat beli tureen Celeste ni dari Nyna....
Rohas mmg minat biru sbb tu collect kaler ni dulu.


Kemudian dengan tak disangka2 dapat pulak rezeki nak memiliki si
Rosa Cinderella ni, mmg unbelieveable.....


Selepas beberapa bulan kemudian, terminat pulak dengan kaler
kuning ni & kebetulan jalan2 di blog Ajmah,
ternampak pulak si Jasmine ni....
mmg rezeki Rohas sbb belum ada yg meminangnya
w/pun sudah beberapa hari berada di blognya.


Bila dah dapat 3 tureen...hati pulak berkata2,
kenapa x collect 4 kaler sekali??
Kebetulan pula....bila berchating dengan Ezany,
saje jer la gatal mulut ni nak tanya pasal tureen Jade.
Org kata klu dah mmg rezeki kita xkan kemanakan....


Cop mohor di belakang tureen2ku....Celeste, Rosa, Jasmine & Jade.


Sekian, selamat malam...


54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E