My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR.....Jade Pembuka Tirai 2011

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua rakan2 bloger
dan sesiapa saja yg singgah di Teratak Rohas ni.

Hari ni bermulanya tahun baru 2011,
sebagai pembuka tirai tahun 2011 ni,
Rohas nak share koleksi Jade Rohas yg baru ada sedikit ni.

Jemu asyik snap di dalam rumah jer....
kali ni Rohas snap di luar rumah pulak sambil minum teh
dengan cawan 'Jade'.


Jom kita layan gambar2nya....


Koleksi Jade ni bermula dengan Tureen Jade, dapat dr. Ezany,
diikuti dengan cawan 'Jade'. Kalernya mmg ngam dengan tureen tu.


Pandangan Tureen dr dekat.



Piring cawan & piring kuih Jade dapat dr. Pasar Loken @ Memory Lane, Ipoh.



Cop Mohor Jade di belakang piring.


Sedang2 snap....ada pulak tetamu yg datang,
tengok air teh tu dah tinggal separuh...


Ini ler tetamu kecil Rohas.....mesti nak interprem....
kalau Rohas tgh shoot......hehehe

Semoga tahun 2011 ni, Rohas dapat bertemu dengan Teko Jade & seterusnya
melengkapkan koleksi ni.

Sekian, salam sayang.

Thursday, December 30, 2010

Hasil Rembatan Di Loken

Salam ceria buat rakan2 blogger.

Selamat menyambut Tahun Baru 2011,
semoga kita semua sukses dlm pencarian melengkapkan
koleksi masing2 dengan cara sihat & berhemah.

Malam ni Rohas nak share hasil rembatan
di pasar antik Loken @ Memory Lane Ipoh tempohari.
Kiranya ini adalah hasil rembatan penutup tahun 2010 yg terbaik & berbaloi2.

Jom tengok apa yg Rohas rembat....


Teko Aladin Seashell & cawan 2 roses Japan beli dr kedai Lily di Loken.
Kremer Aladin Pokok Kelapak dapat dgn harga yg mmg berbaloi3,
puas hati sangat dpt hunting dengan harga yg rendah.


Cawan2 & piring 'meakin rosa' beli dr Ezany.
Kalernya mmg ngam dgn teko rosa Rohas.


Pencarian Tiffin Biru ni mmg Rohas idam2kan dari dulu lagi.
Semenjak terlihat tiffin ni di blog Yatt & Aida,
Rohas terus jatuh cinta, kebetulan Rohas mmg suka dengan kaler biru.

Tapi penemuan tiffin ni di Loken mmg tak dijangkakan.
Setelah puas tawar-menawar, akhirnya close deal jugak.
Kalau hati dh suka....berapapun harganya kurembat jua.
Tapi harga yg Rohas dapat ni rasanya mmg berpatutan.
Suka sangat2 bila dpt bawak balik tiffin ni,
senyum memanjang sampai ke rumah....hehehe.


Sebenarnya ada lagi PML yg Rohas rembat di Loken & dr. Ezany
tp yang itu Rohas rasa nak buat n3 khas untuk koleksi jade.
So, rakan2 nantikan n3 yg seterusnya ya.

Sekian dulu, SELAMAT TAHUN BARU 2011...
& have a nice weekend....


Tuesday, December 28, 2010

CUTI2 DI IPOH (PART 2)....Berjumpa Geng2 Antik di Loken

Bersambung lagi cerita2 pasal cuti2ku di Ipoh.
Masa hubby setuju nak pergi Ipoh tu,
bukan main suka lagi Rohas, maklum ler
hajatnya nak melawat pasar antik Loken di Memory Lane Ipoh.
Duit shopping pun Rohas dah reserved awal2
untuk beli PML di situ....hehehe



Pagi2 sesudah subuh...kami dah keluar ke Ipoh,
bersarapan dan terus ke pasar Antik Loken.
Memang teruja sangat Rohas.....nasib baik tak sesat.....



Sampai di pasar tu kami berjalan2 di situ sambil leka
memerhatikan barang2 antik yg diniagakan.
Rohas mesti ler cari PMLkan....
Sedang leka melihat2 tu terpandang ler satu wajah yg agak
famous jugak di FB. Bila Rohas tengok budak perempuan tu...
mmg tak sah lagi yg tu geng Antik alammaya,
Julaina dr Selasih Biru dan familynya.
Peramah jugak si Julaina ni, kami bersembang sebentar dan
mengambil gambar sebagai kenang2an.
Maklum ler bukannya selalu dpt jumpa ni.


Sedang Rohas leka membelek2 piring2 jade,
ada pulak sorang perempuan tegur Rohas.
Terperanjat jugak Rohas....siapa la pulak ni....
mmg Rohas tak cam langsung.
Saidah dr. SaidahIpohOnlineShop memperkenalkan dirinnya....
lagi peramah si Saidah ni.
Kami berbual2 sebentar & mengambil gambar sebelum beredar.
Saidah nak cari brg2 masak, Rohas pulak nak cari PML lagi....

Masa sebelum datang ke Ipoh ni, Rohas awal2 dah
buat temujanji dengan Putera Antik Malaya,
siapa lagi kalau bukan Ezany dr. Gallery Ezany.
Ezany yg datang lewat sekali, Rohas dah hampir
selesai shopping PML di Loken.
Sempat jugak kami berbual2 dengan Ezany.

Tak sangka pulak dapat bertemu dengan rakan maya yg lain,
seronoknya sangat berjumpa dengan mereka.
Geng2 Antik Ipoh mmg best, frenly & tak lokek info psl barang antik.

Terima kasih atas layanan mereka dan
Rohas harap persahabatan alam maya ni berkekalan hendaknya.

Sekian dulu, salam sayang.

CUTI2 DI IPOH (PART 1)

Assalamualaikum
& Salam Ceria.


Pada Krismas yg lepas Rohas sekeluarga bercuti ke Ipoh.
Saja bawa anak2 berjalan & enjoy lepas exam kelmarin.
Memang saja Rohas pilih destinasi Ipoh sebab Rohas mmg
belum sampai lg ke sana & sebab kedua pulak,
hati ni teringin sangat nak tgk Loken @ Memory Lane Ipoh.


Syahir yg paling happy sekali kalau bab berjalan ni.
Selalu over....


Deretan kedai2 lama di Pekan Tapah.

Kami berhenti di Tapah, sembahyang Jumaat &
makan tengahari di situ. Kami makan di sebuah kedai makan
di sebelah masjid tu, mmg famous ler kedai tu sbb
byk jenis lauk-pauk, ulam2an & ikan bakar.
Masakannya sedap...harganya boleh tahan mahal, maklum ler dah famous....

Dah sampai di Sunway City.....


Kami sampai di Alpine Apt. lebih kurang pukul 3.30pm.
Ini ler aptnya....3 bilik, 2 bilik air. Swimming Pool, Gym pun ada.
Suasana pun tak bising. Ok la tu...not bad.
Rohas pilih apt. ni sebab dekat nak ke Lost World of Tambun.

Pagi Sabtu kami terus ke Lost World of Tambun.
Yang suka sangat anak2 Rohas ler,
mereka ni mmg suka sangat dengan air tapi air laut tak suka sbb masin.
Sebab itu ler Rohas pilih destinasi ni. Yg penting anak2 happy.

Kami bergambar kenangan sekeluarga di hadapan LWOT.....


Syahir bergaya dgn swimming suit dia yg baru...peace...

Anak2ku, buah hatiku....

Theme Park

Ada Tiger Park jugak...

Boleh explore dalam cave...

Sempat posing lagi dalam cave tu....


Setelah penat seharian di LWOT, malamnya
kami makan seafood di Restoran Waritha....
servis cepat, sedap & murah. Boleh datang lagi ni....

Sekian dulu, nantikan next Part 2 pulak....

Friday, December 17, 2010

TUREEN ROSA CINDERELLA

Salam Sabtu.
Rohas nak cerita sikit kisah si Tureen Rosa Cinderella ni.
Masa dapat beli tureen ni suka sangat, senyum manjang
sampai ke telinga.
Rasa macam dapat emas jer....
Rohas ni suka layan mudah.com, kalau 1 hari tak layan mcm
tak sempurna hidup ni, maklum ler sebelum2 ni pun ada
dapat brg2 best kat mudah.com.
Kadang2 kita boleh dapat barang tu dengan harga yg
berbaloi3.....
Satu petang (masa tu dah nak Maghrib)...layan mudah.com
dulu atas katil...hehehe. Buka ler page yg dah lepas2
sbb Rohas dah tertinggal 4 5 hari. Tup...tup ternampak lah
si tureen ni & anak2nya sekali. Terus jer tangan ni mendail no
si empunya tureen. Memang tuah Rohas ler nak
simpan tureen Cinderella ni, nego sikit, terus close deal.
Dulu dah terlepas dengan Ajmah...tp orang kata kalau dah rezeki,
mmg tak kemanakan....
Dalam melayari kehidupan sebagai collector ni, kita kena byk
bersabar, kadang2 kita tak terduga akan dapat sesuatu yg tak
disangka2 dengan harga yang murah....

Jom kitya layan tureen Cinderella ni....
Suka sangat pada pemegangnnya di bahagian penutup tu.

Itu yg buat dia nmpk cantik sangat.....


Pandangan tureen dr pandangan atas.



Tureen di bahagian dalam.
Masa terima tureen ni mmg Rohas puas hati sbb kondisinya
mmg nampak macam baru.



Ini pulak anak2nya....brand serupa fr England jugak.
Dapat mangkuk bubur yg sama ni mmg best sbb kalau

makan bubur kacang isi dalam mangkuk bubur ni

sekali dgn tureennya untuk tambahan buburnya.

Orang kata tu sedondon ler....hehehe

Cop mohor di belakang tureen.


Sekian dulu....selamat berhari minggu.


Thursday, December 16, 2010

TUREEN JASMIN


Salam 10 Muharram.


Masa mula kenali PML ni Rohas suka collect meakin kaler
pink & blue jer.
Tak sangka pulak sekarang ni Rohas dah tersuka dengan semua
kaler polos meakin....rosa, celeste, jade & jasmin.
Rezeki pulak menyebelahi Rohas bila terserempak
dengan Tureen Jasmin ni di Kedai Ajmah.

Tureen di bahagian dalam....condition-nya mmg cun...


Tureen dr pandangan sisi.


Tureen dr pandangan atas.

Walaupun kalernya polos (Butter Yellow) tp kalau diperhatikan betul2,
di bhgn penutup dan badannya terdapat bentuk garisan.

Cop mohor di belakang Tureen....Jasmine, England.

Sekian, salam ceria.

Tuesday, December 14, 2010

BIG ROSE & PERTEMUAN DENGAN BLOGGER2 ANTIK DI AMCORP


Assalamulaikum,
Salam Ceria semuanya....

Lama sungguh tak update blog ni, rindu pula nak berblog.....

Malam ni hanya nak share satu2nya teko Big Rose yang Rohas ada.
Belinya dah lama tapi baru ambil dr Eis minggu lepas
dan kebetulan jugak nak berjumpa dengan si Ratu Antik kita,
sapa lagi kalau bukan Yatt dr. Yatt Precious.
Di sana jugak dapat berkenalan dengan Rizal Ceker Ayam Atos.

Jom kita layan dulu gambar2nya, sebelum kita layan gambar Big Rose.




Now....layan teko Big Rose pulak ya.....

Teko bulat Big Rose.....ada 1 saja, teko Aladin ke, teko langsing ke....belum jumpa lagi....
masih nyorok lagi la tu.....hehehe



Set cawan ni special sikit sbb badannya berlekuk2....
cawan MJ belum nmpk bayang lagi.....huhuhu.


2 set cawan & piring dapat di Utara......dari Cik Jah.


Koleksi Big Roseku yang seciput jer.....tapi aku tetap bersyukur & mudah2an akan dtg,
dapat ler kawan2nya yg lain pula.


Sekian, selamat malam, hingga bertemu kembali.......daaa....
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E