My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Tuesday, November 23, 2010

PUJAAN HATI DAH MAI.....


Salam Selasa....

Riang hatiku rasa bertuah....
Dapat cawan 5 roses yg cantik, lalalalala....

Alahai menyanyi la pulak Rohas ni bila dah dapat pujaan hati....hehehe
Ini ler yg dikatakan rezeki yg tak disangka2....

Jom tengok gambar2nya....jangan bosan pulak ya....


Perbezaan bentuk cawan,....cawan yg di sebelah kiri dah ada lama,
cawan di belah kanan ni baru dapat dari Cik Jah.
Gold lining pd cawan yg pertama tu lebih tebal kalau dibandingkan dengan cawan kedua.


Cawan yg pertama back stamp kaler merah & cawan kedua kaler hijau.


Sugar Pot Montoks dari Cik Ajmah & Sugar Pot Aladin dari Cik Jah.
Cute sangatttt.....comei betul yg Aladin tu....

Hampir lengkap koleksi 5 rosesku...,
harap2 esok lusa akan dapat kremernya pulak.

Sampai jumpa lagi....salam ceria.

Sunday, November 14, 2010

TWIN ROSESKU.....Dah Membiak

Salam Ahad
Semoga para blogger sekelian riang gembira berhujung minggu bersama keluarga tercinta.

Orang kata tak kenal maka tak cinta....dah kenal terus melekat...hehehe...
Macam tu lah pemburuan aku mencari si Twin Roses ni....
nak hunting di kedai Apeks mmg tak berkesempatan....
disebabkan kekekangan masa, so aku hunting jer di alam maya ni,
jimat masa sikit.
Inilah untungnya kita berblog2 ni....
menambahkan rakan taulan dan menambahkan koleksi yang sedia ada.

Rohas tak nak ambil masa panjang berceloteh....
layan jer gambar2 Twin Roses pujaan hatiku ini.



Sebelum ni koleksi Twin Roses ni cuma ada sebiji pinggan makan, teko bulat &
4 set cawan mini. Kalau nak tgk n3 lama...boleh ler klik sini ya.


Cawan kopi tiam.....walaupun repro, boleh ler tokok tambah, daripada tak adakan.....
Masih menunggu cawan MJ....entah bila la nak dapat.....

Dulu seorang, sekarang berdua.....


Mangkuk bubur ni mmg cun sangat.....5 biji dapat dr Ezany.
Aku pun dah gunakan untuk makan bubur....mmg best, cantik pulak tu.

Teko Aladin pun dr Ezany jugak.



Piring kuih leper pun dapat 5 biji....mmg berbaloi2 dapat simpan Twin Roses ni,
cantik sangat dimataku.


Sekian dulu, selamat malam & salam mesra.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E