My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Sunday, October 31, 2010

SI TEKO SIKU 5ROSES


Assalamualaikum

Moga semua blogger sihat2 saja.
Today baru nak wat n3 kat blog, padahal dah lama dok tayang si teko ni di FB.

Sukanya tak terkata bila dapat meminang si siku ni dari Halim JunkerIpoh.
Kalau dah rezeki memang rezekiku....tak lari kemanapunkan.

Malas nak citer lebih2.....kang bertambah parah lak blogger2 yg dah melepas si siku ni.....
layan jer gambar2 di bawah ni untuk menikmati keindahan 5roses ni ya....


Close-up picture.....bunganya yg terserlah ayu
dengan warna bunganya yg very de clear


Set cawan piring dengan flash


Gambar bunga pada cawan tanpa flash


Koleksi 5rosesku yang seciput.....hehehe




Ada tambahan mug 5roses



Sekian, salam mesra.

Tuesday, October 26, 2010

INDIAN TREE ~ SOVEREIGN CHINA LTD

Salam Selasa....

Semalam terima parcel dari Onie Lovely Treasures personally.
Dah lama mengidam nak set Indian Tree ni...akhirnya aku
dapat jugak......walaupun bukan
dari jenama Johnson Bros.

Bila aku lihat sendiri set ni di depan mata...speechless....
mmg cantik sangattttt......
minta maaf ya kalau aku yg perasan lebih....
tapi mmg sangat cantik dimataku.....

Layan ler gambar2 di bawah ni ya.....
untuk menceritakan kecantikan teaset ni :))


Jatuh cinta pandang pertama....bila terpandangkan
Teko IT ni, cunyerrr bentuk dia,.....


Pandangan dari muncung teko....


Pandangan bunga dari atas teko....


Set cawan....gambar bunga semua terang2,
very da clear....gold rim jugak berkilauan.


Set creamer & sugar bowl


Cop mohor di belakang piring.....Sovereign China Ltd, Stoke-On-Trent,
Made In England.





Sampai jumpa lagi.....salam mesra.

Tuesday, October 19, 2010

JEJAK KASIH ......SI IBU & ANAK2NYA

Salam sejahtera.....

Gumbiranya hati bila yg ditunggu dah kunjung tiba.....
dah hampir setahun hamba mencari baru kini gerangan si ibu teko menjelma.....
Syukur Alhamdulillah si ibu dah bersatu dgn anak2nya...


Pandangan gambar bunga di belakang teko.....


Close-up teko Geometriku.....


Berkumpul sebagai satu keluarga.....


Cawan2 ni adalah pemberian dari mak, tekonya aku beli dari tokeh
antik, sape lagi kalau bukan En. Eis kita....
Terima kasih byk2 pada Eis kerna dapat
melengkapkan koleksiku ini.


Walaupun bentuk Geometri ni nampak biasa saja, tapi ia unik di mataku....
lining gold, bentuk mulut yg berbiku2 & pinggan ramping maharaninya ni
buat ia nmpk cantik menawan.


Pandangan dari atas.....


Setakat aku jadi blogger dan collector ni, tak pernah lagi aku
tgk pinggan mangkuk bentuk Geometri ni.....
Ada sesape rakan blogger yg ada set lengkap koleksi ni ke?

Sekian....
sampai jumpa lagi, salam mesra.

Sunday, October 17, 2010

BLUE WHITE COLLECTION - PART II

Assalamualaikum....

Sepertimana yg kujanjikan koleksi Blue White aku ni ada kesinambungannya.

Kalau minggu lepas aku tunjuk koleksi cawan teko,
so malam ni aku nak share koleksi pinggan2nya pulak....
pun adik beradik tiri jugak.....
tapi yg penting sedondon....hehehe
Pinggan & mangkuk, buatan Malaysia tapi design di Japan, stamp di belakang pinggan tertulis NITSUKO.



Pinggan2 ni mengingatkan aku pada nostalgia lama,
masa aku baru tukar kerja ke-2, pada tahun 1993,
kebetulan di sebelah ofis tu ada kedai jual pinggan mangkuk direct selling,
aku rembat 2 set....tapi byk dah pecah...
yg tinggal hanya pinggan2 makan jer,
cawan, piring semua dah tak ada.
Pinggan2 ni pun dah hampir retak 1000.


Piring ni walaupun keluaran Claytan...tapi aku suka
scenery Windmill tu,
corak bunga di tepi pinggan still sama
dengan pinggan makan Nitsuko.




Salam mesra.....sampai jumpa lagi!

Tuesday, October 12, 2010

BLUE WHITE COLLECTION - PART 1

Assalamualaikum...

Semoga rakan blogger sekelian dalam sihat sejahtera dan terima kasih
pada rakan blogger yang sudi jadi follower aku.

Selepas tengok koleksi Blue and White (BW) CMG, Welly dan rakan2 blogger yg lain, hari ni aku tergerak nak share dgn rakan blogger tentang koleksi BW aku yang tak seberapa ni....tak byk manapun...tapi bolehlah nak cuci2 mata ya.

Cawan dari Churchill

Koleksi cawan Churchill ni tak ada tekonya tapi aku dah gandingkan dgn satu2nya teko kotakku, buatan Italy yg sedondon warnanya....hehehe

....digandingkan dgn creamer Claytan yg sedondon jugak....kira adik beradik tiri la ni....

Teko Ricardo, English Pottery Italy dapat dari Teratak Rimbun.

Stamp pada belakang teko.

Pemandangan gambar pada teko kotakku.....cantikkan....

Stamp pada belakang cawan....Churchill.

Creamer Claytan ni aku ada 2 biji.....sape2 yg ada sugar pot extra boleh ler barter dgn creamer aku ni ya.......calling2 or sms jer.





Sekian, salam mesra dan selamat malam...

Monday, October 4, 2010

JOHNSON BROS FRESH FRUIT

Assalamualaikum, Salam ke-25 Syawal

Hari ni n3 aku masih lagi koleksi pinggan mangkuk raya, maklum ler kitapun masih di bulan Syawalkan....
Sementara pinggan2 masih di luar kabinet, so aku buat n3 untuk tatapan rakan blogger...jangan ada yg jemu pulak ya :))

Koleksi pertama Johnson Bros....suka tengok bentuk Hexagon-nya dan gambar Fresh Fruit tu memang lain dr yg lain sbb selalunya bunga ros jer...kan, so sekali sekala jamu mata pulak tgk pic buahan2 segar.

Tekonya yang seksi dimataku......






Stamp pada belakang cawan




Gambar buah2an yg fresh.....mmg cantik!

Sekian dulu, salam sayang.
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E