My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....


Monday, August 30, 2010

GA ANNI / MOMMY NYNA

Assalamualaikum
Salam 20 Ramadhan


Esok Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 tahun....,
semoga bumi Malaysia sentiasa aman damai dan selamat dari ancaman musuh.

Selamat Hari Merdeka buat semua rakan blogger.....


Esok jugak adalah tarikh tutup GA Anni/Mommy Nyna dari blog Anak Manja Abah,
so aku masih ada masa rasanya untuk join GA ni...


Apo yg patut dibuek.


1. Beri cadangan 2 nama baby & maknanyer (1 boy..1 gal)

(i) boy - AMEER DANISH
AMEER maknanya Putera, Ketua, Pemerintah
DANISH maknanya Bijaksana

(ii) girl - NUR DANIA QAISARA
NUR maknanya Cahaya
DANIA maknanya Kebijaksanaan
QAISARA maknanya Permaisuri


2. Resepi simple dlm pantang yg berkhasiat & lazat @ petua2 yg berfaedah bg org pantang.


DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahannya:
Daging dihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin, Sos tomato, Sos tiram
Kicap pekatGaram/serbuk perasa

Caranya:
i)Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar.
Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
iii)Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


Petua yg paling mujarab untuk menyembuhkan luka2 dalaman dengan cepat:

(i) Minum air ibu kunyit 3 hari berturut2 ketika selepas bersalin.
(ii) Ketika mandi...rendam separuh badan dr paras pinggang ke bawah dengan air rebusan sireh


1) Sesaper yg dok kat Malaysia jer, x kira jd follower ker tak. Saper yg xder blog tu kena email nyna (anakmanjaabah@gmail.com)
Memang duduk kat Malaysiapun....dah follow lama dah.....:))


2) Pd yg ader blog, buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog na skali (http://anakmanjaabah.blogspot.com/
Dah buat n3 dan dah link pun kat blog.....


3) Jangan lupa tinggalkan jejak kat shoutbox ker, email ker utk bgtau nyna yg anda join GA ni..bg link skali ek.
Ok....nnt maklumkan ya...dgn link sekali


4) Tarikh tutup 31 ogos 2010.
Esok ler....


5) Peserta yang bertuah akan dipilih secara serius oleh my beloved hubby & maksu cos maksu na yg nak bersalin bulan 8 ni...dan peserta bertuah hanya 2 org ajo
Kalau suka pilihlah akak....hehehe


Ini ler hadiah2nya....2 biji tureen untuk 2 pemenang......bestkan....


Jom kita ramai2 join......masih ada sikit masa lagi nih....


Sekian, salam sayang....

Friday, August 27, 2010

TIFFIN KUNING & KAUM KERABATNYA

Assalamualaikum
Salam 18 Ramadhan


N3 kali ini masih tentang koleksi tiffinku. Tiffin aku kali ni berwarna kuning polos. Ini ler tiffin yg aku mula2 collect masa aku terjebak dalam koleksi pinggan mangkuk antik. Rasanya ramai rakan blogger yang collect tiffin kuning & kaum kerabatnya ni sebab masa tu memang ramai yg jual online. Aku pun ambil kesempatan membelinya. Bukan tiffin saje yang aku beli malah mangkuk, periuk, kole, piring, teko dan kaum yg sewaktu dengannya...heheheh
So, korang layan gambar tiffin kuning & kaum kerabatnya nih ya....







Sekian, salam sayang...

Wednesday, August 25, 2010

KOLEKSI TIFFIN ENAMEL

Assalamualaikum...
Salam 15 Ramadhan

Dah lama tak bersiaran sejak 1 Ramadhan. Sejak puasa mmg agak sibuk sikit & kebetulan penyakit 'M' pun menjadi2 malasnya...

Inspirasi koleksi tiffin ni dapat dari blogger YATT, yg sekarang ni dah menjangkit padaku...lebih2 lagi sekarang ni MRSNOR tengah buat sale di kedainya, so akupun rembat jer la....untuk melengkapkan lagi koleksi tiffin ni....korang layan gambar ya.......


Close-up bunga pada tiffin






Sekian, sampai jumpa lagi....Selamat Malam

Sunday, August 15, 2010

GA RAYA MRSNOR

Assalamualaikum
Salam 5 Ramadhan
Murah sungguh hati rakan blogger kita MRSNOR, selalu aje dia buat GA untuk rakan2 blogger kita menyertainya. Semoga MRSNOR sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Jom ramai2 kita join GA MRSNOR ni....
Hadiah2nya seperti di atas & ada 1 lagi hadiah misteri, cunkan hadiah2 tu....kalau untung sabut timbul, kalau batu tenggelam ler...apa2pun itu semua rezeki masing2, tak salah kalau kita mencubakan!
Syarat2 untuk menyertainya sangat mudah...hanya tinggalkan komen di n3 GA MRSNOR dan mestilah tinggal di Malaysia.
Tarikh tutup penyertaan:
23 Ogos 2010
JOIN....JANGAN TAK JOIN....
Salam Sayang....

Monday, August 9, 2010

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum...

Syukur padamu Ya Allah! kerna Kau panjangkan umurku, Kau sihatkan tubuh badanku.....
agar dapat aku mmenyambut bulan Ramadhan.......bulan yang mulia ini dengan
mengerjakan ibadah puasa dan ibadah2 yang lainnya.....
Insya'Allah.....Amin.


Dalam kita menyambut bulan yang mulia ini, dapatlah kita bermaaf-maafan sekiranya selama kita berblog ini, ada tersilap perkataan atau terlanjur kata, maaf jua dipinta.
"SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER DAN SESIAPA JUA YANG MEMBACA BLOGKU INI.....
DIHARAPKAN...SEMOGA DIPANJANGKAN USIA DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENUNAIKAN IBADAH PUASA
DI BULAN YANG MULIA INI."
Sekian, salam ceria.

Sunday, August 8, 2010

JOM JOIN KELLY'S GA....BEST YOUUUU!

Assalamualaikum.....
& Salam Pagi Ceria Pagi Isnin
JOM KITA RAMAI2 JOIN KELLY'S GA........
best sangat hadiahnya,
boleh ler pakai masa bulan puasa untuk buat kuih raya.....hehehe
Macamana nak join???? jom tengok sini......



Syarat2 nya mudah sahaja : -

Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
Dah buat dah......

Link kan blog Kelly's Life
Pun sudah link awal2 lagi.....

Letak komen kat N3 ni
Dah letak.....yang terawal kot! hehehe

Mestilah follower kat blog Kelly's Life
Dah lama jadi follower Kelly

Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
Akak salah sorang drpnya.....

Ini saja ler n3 akak pasal GA Kelly, inipun buru2 buat....maklum ler curi masa kerja ni.....hehehe

Terima kasih banyak2 pada Kelly kerana selalu buat GA.....menang atau tidak bukan persoalannya, yang penting keikhlasan kita dalam memberi dan menerima.
Semoga Kelly happy disamping suami tercinta dan sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Sekian, salam sayang.....

Saturday, August 7, 2010

KOLEKSI TEMBAGA

ASSALAMUALAIKUM....

Salam ceria semua rakan2 blogger....dah lama tak bersiaran ni, malam ni dapat idea nak wat n3 pasal barang2 tembaga yang ada dirumahku.

Sebenarnya minggu ni aku dalam sessi mengemas rumah, mengelap kesemua koleksi antik yang aku pamerkan (maksudnya....pgn mangkuk yg tak duduk dalam almari ler). Maklum ler minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan....tup tup dah nak raya. Time2 puasa mana la larat buat semua kerjakan....so kena la buat sekarang.

So, korang sudi2kan ler tengok gambar2 tembaga yang aku snap ni ya,....ini gambar lama, baru sekarang buat n3....layannnnn.....

Himpunan koleksi tembagaku.........tapi sekarang kedudukannya dah berubah bila almari antik tiba.

Tepak sireh ........teringat nostalgia dengan arwah nenek yang suka makan sireh pakai gobek...aku la yang selalunya tolong tumbukkan sireh tu untuk arwah....

Sterika arang, tepak sireh, dulang & sanggul tembaga......nostalgia zaman dulu2....

Bekas lilin berkaki 7.....

Bekas ais & bekas kecil isi pin atau barang perhiasan diri.....

Ada gambar kepala singa pada tempat pemegang.....itu yg buat unik.

Sudu2 tembaga & bekasnya.....buat display jer ni.....

Ini pulak bekas tempat lilin tembaga campur batu kristal......
Sebelum terlewat aku nak ucapkan
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK"
Semoga kita sama2 mendapat keberkatannya di bulan yang mulia ini.
Sekian, salam sayang & selamat malam.....

54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E