My Followers

Tentang Rohas, family dan segalanya yang berkaitan dengan hobi Rohas....

Sunday, April 25, 2010

MY BLUE ICE....

Salam,

~ Mudah Thrifting ~

Aku bukanlah seorang yang banyak masa untuk 'hunting' kedai apeks ataupun pergi ke bazar antik seperti di Amcorp ataupun MAEP. Senang kata aku ni "weekend housewife". Walaupun aku cuti on the weekend tapi sibuk menguruskan makan pakai anak2 & hubby dan pada waktu itu jugalah ada bazar antik. So, memang aku tak ada masa nak pegi bazar antik ni walaupun sekejap. Kalau ada sikit masapun, aku dah terkejar2 nak siapkan apa yang patut untuk bersama family. Maklum le anak2 aku semuanya ada kat rumah on weekend jer, waktu ini ler we all get together. Percaya tak korang....sejak aku jadi blogger antik ni, baru sekali aku pegi Amcorp & MAEP. Oh! ada sekali lagi pergi MAEP last weekend itupun dengan hubby sebab nak jumpa Nannie untuk collect barang. Sekejap jer....hubby buru2 nak balik sebab dia belum lunch lagi.
Walaupun aku tak dapat pegi kedai apeks, Amcorp ataupun bazar antik......tapi aku selalu hunting kat mudah.my jer...senang dan mudah. Kat mudah jugak aku kenal dengan silent reader "Y" aka Suzie. Kadang2 dapat barang best jugak....macam apa yang aku nak n3 ni...

Gelas2 berkaki blue ice ni aku beli kat mudah.my harganya murah jer....lepas add postage pun still berbaloi2 membelinya. Very happy masa aku tau dr seller yg gelas2 ni still available.....rasa nak melompat pun ada. Sebab apa aku happy tau....sebenarnya dah lama ushar2 gelas ni kat blog2 seller antik tapi yg cantik2 sumer dah kena rembat dulu (biasa le aku ni mmg selalu tertinggal keretapi.... hehehe), pastu hat kaler blue ni memang belum ada orang jual lagi (kalau tak silap aku ler.....kalau silap sori ya...). Dah rezeki aku nak dapat si blue ice ni.....
Korang layan gambar eiks.....

My blue glass dah digandingkan dengan koleksi blue Spode......dan China porceline.

Sekian saja untuk kali ini....jumpa lagi, wassalam.

Friday, April 23, 2010

CHEMPAQA's GIVEAWAY

Salam.....

Hari ni baru dapat wat n3.....inipun n3 pasal Chemp's GA sempena Chemp's 10th Wedding Anniversary. Dulu b4 aku join blogger2 antik ni, aku jadi silent reader jer.....dan salah satu blog yang aku suka tengok ialah blog Chemp. Aku suka tengok koleksi Chemp, x kira le yang lama atau yang baru, hat england mahupun made in China or Japan, aku memang suka tengok dan koleksi2nya memang kelas.....hehehe....ni bukan bodek tau memang realiti. Aku memang tabik firstly mesti ler kat otai Yatt, Chemp pun tak kurang hebatnya..sbb korang ni muda2 lagi dah collect pinggan mangkuk antik, akak yang veteran ni baru jer nak mula....hehehe

Oleh kerana aku blogger antik, so aku pilih Kategori Antik....ada sabut timbul....mudah-mudahan, Insya'Allah....hehehe
Akhir sekali, akak ucapkan Happy 10th Anniversary.....semoga Chemp berbahagia sekeluarga & berkekalan hidup suami isteri di dunia & akhirat.
Wassalam.

Tuesday, April 20, 2010

HADIAH MYSTERY........TUREEN CONTEST

Assalamualaikum.....,

Sudah lama rasanya aku tak update blog ni gara2 penyakit sindrom "M" dan kekekangan masa dengan kerja2 rutin yang meletihkan. Last weekend pulak aku demam selepas jumpa blogger Nanie di MAEP.
Kelmarin aku terima bungkusan dari Taj dan aku tahu yang bungkusan itu hadiah misteri Tureen Contest yang aku menang tempohari. Aku gembira bila dapat hadiah tu, walaupun hadiah itu tak sehebat hadiah K. Azah dan Chemp tapi aku hargai sangat pemberian dari Taj tu. Dah namanya pun Hadiah Misteri mestilah hadiahnya misteri jugakan, mestilah bukan tureenkan! Btw terima kasih daun keladi ya Taj....next time kalau ada contest lagi boleh la sponsor lagi hehehe....akak sudi nak join contest lagi...hehehe.
Aku rasa bertuah kerana dapat memiliki celepa dari Taj ni....sebab bukan mudah nak mencari celepa yang unik ni, tak semua rumah ada simpan celepa ni, kalau tak caya cuba tengok kat rumah hangpa ada ka? tapi satu yang aku pasti kat rumah otai Yatt memang ada.....hehehe....

Ok korang layan gambar2 di bawah ni ya......
2 biji celepa & 1 creamer bunga teratai yang macam Chemp punya hadiah tureen.
Bentuknya yang mengerutu tu buatnya jadi unik....warnanya....seputih salju....
Aku dah letakkan celepa ni di meja sisi bersama mangkuk kecil 5 roses.....
Pandangan dari atas....

Pandangan sisi.....

Sekian saja n3 kali ini, yang lain2 entah bila nak n3 lagi.....Selamat Malam semua....

Tuesday, April 13, 2010

Award dari Chemp.....

Salam semua....

Dah agak lama aku tak update blog ni....semua blogger dah ada new posting. Kalau penyakit "M..." dah melanda memang semua kerja x jadikan.

Actually aku ni x de citer pun nak wat new post...maklum ler pinggan mangkuk antikpun tak de banyak manapun....ni pun tgh tunggu teko yg menang bid dari Ezany.

Btw, aku amik award dari CHEMP sebagai tanda persahabatan di alam maya ini....walaupun kita belum bersua muka. Moga persahabatan ini bertambah mekar & berseri seceria ros merah ni....Thanks Chemp....

Monday, April 5, 2010

ESSAY TUREEN CONTEST

ASSALAMUALAIKUM.....,

Pertama sekali kuucapkan Syukur Alhamdulillah.....kerana menang contest ni walaupun hanya menang Hadiah Misteri. Pada mulanya aku teragak2 nak masuk ke tidak....contest ni, maklum la aku nikan bloger baru di dunia antik, banyak benda, info antik yang aku kurang arif...apalagi hal2 tureen ni memang aku tak tau banyakpun. Yang aku adapun hanya 4 biji saja...itupun aku beli masa mula2 terjebak dalam dunia antik.

Disebabkan aku banyak kelapangan masa.....ketika aku bekerja di site, aku saja2 menulis essei tureen ni sementara menunggu waktu balik. Picture tureen memang siang2 aku dah snap sebelum contest ini diumumkan oleh Yatt, sbb aku fikir nak buat n3 di blog.

Sebelum terlupa, terlebih dahulu kuucapkan ribuan terima kasih dan setinggi2 penghargaan pada Pn. Mona & En. Taj yang sudi menaja hadiah2 yang begitu istimewa di mataku. Juga kepada Pn. Yatt yang bersusah payah menjayakan contest ini, terima kasih banyak2. Tak lupa juga TAHNIAH pada Kak Azah dan Chempaqa yang berjaya mengungguli hadiah yang lumayan itu. Pada yang tidak berjaya usah gusar, cuba lagi di masa akan datang, penyertaan anda jugak dihargai kerana memeriahkan lagi contest tersebut.

Oklah....dah terpanjang lebar pulak ucapanku ini, bosan pulak rakan2 bloger membacanya.

So, inilah esseiku yang agak simple, yang biasa2 saja....yang tercetus di fikiranku waktu itu(sebab otak aku dah lama beku dan akupun malas nak buat banyak rujukan kat internet...hehehe).

****************************************************

TUREEN ROSKU

KATEGORI: TUREEN ORIENTAL, MADE IN JAPAN

Ohhh…..leganyaaaaa! Aku lihat suasana di sekelilingku…., yang tidak pernah kulihat sebelumnya. Sudah berhari-hari aku dan kembarku terperangkap di dalam kotak gelap yang merimaskan pandanganku. Kini aku sudah berada di tempat baru tapi ……aku tak pasti di mana ya…..?

Dulu aku tinggal di sebuah apartment mewah di Kota Singa, aku dijaga baik oleh tuan lamaku namun suatu hari…..aku terdengar dari tuan lamaku yang aku telah dijual kepada seseorang dari Kuala Lumpur. Kini……ya…. aku pasti benar yang aku memang sudah berada di Kuala Lumpur….harapanku..… aku akan dijaga baik oleh tuan baruku ini seperti dulu......

Setibanya aku di sini, kulihat tuan baruku tersenyum melihat kami……Tuan baruku terus mengangkat kami ke dapur dan dimasukkan ke dalam sinki, lalu diletakkannya air dan sabun. Dia membiarkan kami berendam di dalam air yang bersabun selama seketika….”mahu dibuat apa dengan kami ini?” tanyaku sendirian. Dadaku berdebar2 kencang…..tiba-tiba tuan baruku datang, kami dicuci, dilap dan digosok-gosok…..alahai!….bertuahnya aku…..kerana dapat dibelai dan dimanjakan begini. “Syukur Alhamdulillah”….kerana aku mendapat tuan baru yang baik sekali. Kemudian kami diletakkan di tingkat yang paling atas di dalam sebuah almari antik yang cukup cantik tersusun rapi. Aku benar-benar terharu dan merasa sangat-sangat dihargai oleh tuan baruku ini. Kami dikelilingi oleh saudara-saudara kami yang lain walaupun bukan dari jenis yang sama. Kalaulah aku dapat bersuara dan berteriak “Syukur Alhamdulillah”.......betapa girangnya hatiku.

Menurut kata tuan lamaku, aku berasal dari negara matahari terbit…iaitu Jepun. Aku telah diciptakan pada awal tahun 1950an. Wow! jauhnya aku mengembara hingga ke Malaysia kini…. Aku bernasib baik kerana badanku telah dicorakkan dengan kuntuman ros mekar yang berwarna warni. Corak ros ini memang ramai yang meminatinya. Oleh sebab itulah, kehidupanku sangat beruntung kerana aku setanding dengan saudara-saudara lain yang serba mewah dari England. Aku selalunya digunakan oleh tuanku ketika mengadakan majlis keraian bersama rakan-rakan dan saudara-maranya.
Macam biasa…… aku dipuji kerana kecantikanku. Itulah aku…..si tureen ros….sambil tersenyum bangga.
****************************************************

Saturday, April 3, 2010

ALMARI ANTIK BABA NYONYA

Salam Ahad, salam ceria....

Hari ini aku rasa happy sangat..... Semalam aku tidurpun tersenyum2 sebab apa yang diidamkan dah ada di dalam rumah. Boleh pandang & tengok setiap masa. Rasa macam tak percaya pun ada....tapi itulah hakikatnya. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan segala pekerjaanku dan kehidupanku ini. Syukur Alhamdulillah.....Amin.

Mulanya aku sekadar bertanya....orang kata merisik2 khabar. Memangpun aku berkenan sangat almari bentuk ni....dah banyak kali aku tengok almari antik ni kat rumah orang, dalam internet, dalam blog CMG pun ada. Selalu cakap dalam hati...."bilalah aku nak dapat almari antik ni.....". Orang dulu2 almari ni dia orang buat almari mekap.
Kali ni aku dapat almari ni memang cukup antik, tak shelac lagi pun (betul ke ejaan ni??), original dari peniaga Antik dari Perak. Berurusan dengannya cukup mudah dan selesa sekali bila berbual dengan dia. Seronok rasanya berurusniaga dengan orang macam ni, segalanya ikhlas dan kerana Allah. Menurut katanya almari ni dapat dari rumah orang Cina kaya. Rasanya memang almari bentuk ni orang2 Cina suka especially Cina Baba Nyonya. Aku panggil almari ni Almari Mekap Baba Nyonya. Kalau di Melaka harganya memang sangat2 tinggi, memang tak mampu aku nak memilikinya.

Almari ni direka pada penghujung tahun 1940an dan diperbuat dari kayu jati tua, ukiran tangan, tangam (cara pemasangannya tak pakai paku). Part yang paling aku suka, tiles yang dipasang pada tengah2 almari tu. Katanya tiles ni buatan dari England. Sekarang ni tiles fesyen bunga2 macam ni dah tak boleh dapat lagi dah...Rasanya Cik Tasha kita ada collect tiles antik ni.

Aku tak buat apa2 lagipun pada almari ni sebab baru dapat semalam. Hubby kata nak shelac sikit, pastu barulah aku boleh display barang atau pinggan antik di atasnya.

Layan gambar ya......
54489-238-BD4B8B32DB6D5CAFD2879951CD83A65E